Hari ini Ketua Hakim Syarie, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Agama dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Ia adalah kali pertama berlaku dalam sejarah.

Datuk Dr Na’im juga sebelum ini merupakan Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JSKM) sejak April 2019. Beliau bukanlah nama asing dalam kalangan pengamal undang-undang.

Kami di Wasiyyah Shoppe yang menggunakan kaedah Mahkamah Syariah dalam merangka dokumentasi Hibah dan pewarisan harta orang Islam mendapat tempias dari kerja-kerja baik beliau sebagai Ketua Hakim Syarie dan Ketua Pengarah JKSM.

Semoga dengan posisi sebagai Menteri Agama yang baru beliau dapat merangka polisi bagi memudahkan urusan penyelesaian prosedur tuntutan harta pusaka umat Islam di Malaysia.

Tahniah!

 

 

 

 

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This