Akaun Instagram, Facebook, Twitter, Tik Tok dan media sosial popular yang lain semakin banyak mendapat ruang masa dan perhatian masyarakat. Ramai yang terleka melayari media sosial sehingga tanpa disedari telah menghabiskan banyak masa meneroka kehidupan orang lain, mendapatkan informasi, inspirasi dan sebagainya.

Sepertimana pisau, media sosial adalah serampang dua mata. Jika salah digunakan, ia boleh menghabiskan masa kita dengan aktiviti membawang yang tidak produktif. Juga menerapkan unsur negatif jika ber’kawan’ atau meng’ikuti’ orang yang salah.

Dari sisi positif, penggunaan media sosial seperti Instagram dan Facebook banyak membantu peniaga, penjual dan perunding mendapatkan prospek serta klien.

Saya sendiri pun dapat menyebarkan info pewarisan dan mempromosikan produk hibah kepada seluruh rakyat Malaysia, tak kira jaraknya. 

Teknologi adalah enabler – memudahkan capaian audience, penyampaian maklumat serta info produk servis. Dengan itu, ia menjadi medium yang baik untuk menjalankan pelbagai bentuk perniagaan, termasuklah mengambil caj pengiklanan sebagai ‘orang tengah’.

Satu masa dahulu, pernah hangat diperkatakan tentang seorang artis selebriti yang mengenakan caj tinggi bagi peniaga yang hendak menempel iklan di akaun Instagram beliau. Dengan adanya bilangan ‘pengikut’ yang ramai, iklan itu dapat dilihat oleh ramai orang.

Bukan artis atau selebriti sahaja yang boleh mengumpulkan pengikut atau followers yang ramai.

Page Facebook dengan niche hiburan, sensasi pun mendapat tarikan ramai. Apabila dah mencapai ratusan ribu jumlahnya, page itu menjadi ‘harta’ yang berharga. Boleh menjana pendapatan dengan tawaran slot iklan, malah ada pemilik page yang membuat untung dengan menjual page Facebook tersebut.

 

Sepertimana rumah dan tanah merupakan aset fizikal, akaun Instagram dan Facebook pula adalah aset digital. Akaun yang dikemaskini selalu dengan kandungan yang menarik akan menjana capital growth yang tinggi selari dengan pertumbuhan bilangan followers. Nilaiannya akan melonjak.

 

Kalaulah akaun Instagram dan Facebook boleh diwariskan, maka warisnya akan terus menerima manfaat selagimana aset itu masih bernilai dan menjana pendapatan menerusi tawaran iklan dan sebagai medium pemasaran.

 

Baru-baru ini waris dan sebahagian ahli kumpulan band Search bertelagah berkenaan penggunaan jenama tersebut dalam produk perniagaan. Jika nak merungkai pertikaian tersebut, rujukannya adalah pada perundangan cap dagangan (trademark). 

Tetapi bagaimana dengan aset digital seperti akaun Instagram dan Facebook?   

Macam mana nak tuntut ‘royalti’ jika ada pertikaian? Apakah bidang kuasa dan akta yang relevan?

Itulah isu berbangkit jika ada pertikaian tentang pewarisan aset digital.

 

Sedikit trivia..

Bintang bola sepak tersohor, Christiano Ronaldo memecah rekod sebagai individu pertama mempunyai lebih 300 juta followers di Instagram.

Berdasarkan anggaran pendapatannya yang diperoleh menerusi Instagram, dikatakan setiap posting beliau di Instagram bernilai lebih RM5 juta!

 

waris akaun instagram

 

Hanya akaun Instagram official sahaja yang mempunyai followers melebihi beliau. 

 

 

 

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This