Hibah dalam bahasa yang mudah difahami adalah hadiah. Kita menghibahkan harta kepada penerima sama lah ertinya seperti kita memberinya hadiah. Perbezaan kecil adalah dari sudut niat pemberi.

Hibah mahupun memberi hadiah adalah suatu amalan murni yang digalakkan dalam Islam. Asas kepada tindakan membuat hibah harta adalah kita memberi kerana sayangkan penerima.

Maka apabila ada yang mencari maklumat tentang keburukan hibah, saya kira agak tidak bersesuaian dia memikirkan kesan buruk akibat berbuat satu kebaikan. Mungkin juga info yang dicari sebenarnya bukan keburukan, tetapi ‘risiko’ membuat hibah.

 

Tangan Yang Memberi Lebih Baik Dari Yang Menerima

Kita digalakkan memberi sedekah kepada fakir miskin dan orang yang memerlukan. Janji Tuhan, harta yang dimiliki tidak berkurangan dengan sedekah, malah bertambah lagi. Keberkatan harta yang kita cari.

Adakalanya apabila bertemu peminta sedekah yang kemudiannya kita dapati dia terlibat dalam sindiket, kita halalkan sahaja.

Tidak mahu mengungkit ataupun mencela, takut-takut pahala sedekah itu luput.

 

sindiket sedekah

 

Dengan hibah sepatutnya akhlak yang sama ditunjukkan. Kekalkan sangkaan baik terhadap penerima.

Namun ‘malang’nya ada yang terlalu berfikiran ‘jauh’ dan over-thinking keadaan yang boleh berlaku pada kemudian hari. Sehingga terbantut dari menzahirkan kasih sayang kepada penerima menerusi hibah.

Lazimnya seseorang itu menghibahkan hartanya kepada ahli keluarga terdekat – suami atau isteri, dan anak-anak. Orang yang terdekat dengan kita, yang hidup bersama di bawah satu bumbung. Maka lebih utama lagi untuk kita bersangka baik dengan mereka.

 

Bukan Keburukan, Tetapi ‘Risiko’ Membuat Hibah

Bila memberi, kita akan memperoleh pahala atas amalan kebaikan. Mana mungkin ada keburukan apabila kita menuruti suruhan agama.

Antara ‘risiko’ yang dibangkitkan apabila telah menghibahkan harta kepada pasangan adalah perceraian.

Bagaimana jika saya sudah hibahkan rumah kepada suami, tetapi kemudiannya bercerai?

Adakah terbatal hibah yang dibuat?

Jawapannya, hibah tidak terbatal dengan perceraian. Malah hibah kepada suami atau isteri hanya boleh ditarikbalik dengan persetujuan penerima.

Hikmahnya, kita perlu memberi dengan ikhlas. Tidak boleh sewenangnya buruk siku dengan menarik balik pemberian apabila keadaan tidak memihak kepada kita.

Itulah dia ‘risiko’ membuat hibah.

 

Takut Kepada Kesan Perceraian, Atau Fokus Teguhkan Hubungan?

Bagi pasangan suami isteri, memang akan ada risiko bercerai. Tidak dinafikan, dan kerisauan itu ada tempatnya.

Namun kita ada pilihan. Samada terus takut jika bercerai, atau kita fokus menambah perbuatan yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

Menerusi pemberian hibah, kita tumpukan untuk menguatkan silaturrahim.

Tindakan hibah itu menjadi simbol dan penguat kasih sayang. Bukti komitmen kita dalam memelihara perhubungan kekeluargaan.

What you focus on, expands.

Bila kita fokuskan kepada perhubungan, kita tidak kedekut mahupun berkira-kira dalam memberi. Kerana bahagia yang memberikan kesan berpanjangan itu pada tindakan memberi, bukan pada menerima.

Dan yang perlu kita ingati adalah..

Bercerai itu tidak pasti, tetapi mati itu pasti berlaku.

 

Untuk penyediaan dokumentasi Hibah Harta, Whatsapp saya Ansari 019-749 8210

 

 

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This