Arwah Tan Sri Jamaluddin Jarjis meninggal dunia akibat helikopter yang naikinya terhempas pada tahun 2015, meninggalkan aset bernilai berbilion-bilion ringgit di luar dan dalam negara. Walaupun prosedur tuntutan pusaka telah dimulakan bertahun-tahun lalu, ia masih belum selesai.

Bagi yang mengikut secara dekat kes ini, berlakuya perebutan harta antara para waris arwah. Pelbagai bentuk saman serta dakwaan yang menjejaskan kelancaran prosedur tuntutan melibatkan Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah.

Kita mungkin tidak mempunyai harta mencecah berbilion RM. Malah mungkin kita kata harta sikit saja. Bagaimanapun, jangan menolak kemungkinan boleh berlakunya konflik perebutan pusaka dalam keluarga sendiri.

Akhirnya, fikirkan bagaimana risiko konflik tersebut dapat dikurangkan, dengan membuat perancangan pewarisan lebih awal. Semasa masih bernyawa.

 

Isu Konflik Pusaka Antara Waris TS Jamaluddin Jarjis

 

Berikut antara konflik dan perselisihan yang berlaku dalam prosedur tuntutan pusaka arwah Tan Sri Jamaluddin yang penuh dengan ‘drama’ dan ranjau berduri (Rujukan: Edge, Edge, dan hmetro):

 

1) Nenek (ibu arwah) menyaman anak arwah atas dakwaan melakukan penipuan.

 

2) Anak arwah menyanggah dakwaan penipuan tersebut. Menurut mereka, nenek telah diterangkan implikasi melepaskan hak Faraidnya di hadapan beberapa orang peguam, dan telah menandatangani persetujuan itu secara sukarela.

 

3) Namun begitu, nenek tidak ditemani oleh peguamnya ketika menandatangani perjanjian tersebut, maka dikhuatiri nenek tidak memahami dengan jelas implikasi perjanjian.

 

 

 

4) Anak arwah mendakwa neneknya tidak mampu menjadi pentadbir harta pusaka arwah kerana telah berusia 86 tahun, tidak boleh membaca dan tidak memahami bahasa Inggeris.

 

5) Dua orang anaknya berjaya mendapatkan kuasa sebagai pentadbir bersama pusaka arwah dengan memperoleh LA dari Mahkamah Tinggi pada tahun 2017.

 

6) Walaupun setelah adanya LA, pembahagian harta alih (tunai dsb) ditangguhkan berikutan perselisihan nenek dengan ibu mereka (isteri arwah) untuk mencapai kata sepakat. Ibu telah memfailkan tuntutan harta sepencarian di Mahkamah Syariah KL, maka pengagihan pusaka alih itu perlu ditangguh dahulu. 

 

7) Anak arwah mendakwa nenek diper’guna’kan oleh pakcik mereka sebagai proksi untuk membuat tuntutan. Hanya pakcik seorang sahaja anak nenek mereka yang masih hidup. Dengan anggapan nenek tiada waris faraid terdekat yang lain, maka pakcik sebagai waris asobah akan mewarisi kesemua harta pusaka nenek. Secara tidak langsung, pakcik berkepentingan dalam pusaka arwah.

 

8) Arwah konsisten membiayai perbelanjaan ibu dan adik tirinya. Elaun bulanan diberi menerusi tiga syarikat arwah, namun setelah kematian arwah, elaun dikurangkan dan akhirnya diberhentikan. 

 

9) Perbincangan keluarga dibuat selepas pemergian arwah. Peguam mendraf surat ikatan perjanjian keluarga, yang mana intipatinya adalah cadangan pembahagian harta pusaka mengikut persetujuan waris. Namun disanggah oleh ibu arwah yang mahukan pembahagian mengikut hukum Faraid. 

 

pusaka keluarga bergaduh

 

10) Apartmen mewah di USA disangka diwarisi hanya oleh isteri arwah apabila mengikut undang-undang tempatan. Namun sebenarnya ia adalah pusaka dan patut dibahagiakan kepada kesemua waris-waris Faraid yang berhak.

 

11) Perebutan hak ke atas saham syarikat. Yang ini panjang ceritanya.

 

12) Dan isu-isu lain yang tidak disertakan di sini…

 

Perbicaraan berlangsung di Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah, bergantung kepada isu yang diperselisih dan bidang kuasa mahkamah.

Lebih banyak isu yang dihadapi, lebih panjang lah tempoh perbicaraan. Kesannya, lebih lama lah harta pusaka tersebut terbeku sebelum dapat dicairkan kepada waris.

 

Pandang Lebih Jauh

Mungkin kita terdetik waris kita akan berdamai kerana tidak banyak harta yang kita miliki.

Harta kita sikit saja.. apalah yang nak direbutkan?

 

 

Itu kata kita semasa hidup. Apa yang membuatkan kita pasti yang apabila kita telah tiada nanti, para waris akan bertolak ansur perihal pusaka, demi menjaga silaturrahim?

Saya pasti, pemilik harta tidak berhasrat waris bergaduh kerana harta yang ditinggalkan.

 

Rancanglah Pewarisan Harta

Pergolakan dari segi perlantikan pentadbir, perselisihan hak, kata sepakat yang tidak tercapai antara waris untuk bersetuju pembahagian harta alih dan tak alih, elaun bulanan yang terhenti, dan sebagainya.

Yang di atas adalah antara perkara yang boleh dielakkan, atau dikurangkan kebarangkalian berlaku sekiranya pemilik harta telah membuat perancangan pewarisan harta semasa hidup dengan kaedah yang tepat. 

 

Bukan sahaja menyentuh soal pembahagian harta, tetapi juga juga merancang dari sudut pengurusan – iaitu melantik pentadbir yang akan menjalankan urusan dengan amanah.

 

Kita sebagai pemilik harta bertanggungjawab memelihara kebajikan waris, bahkan berusaha mengelakkan mereka termakan harta batil tanpa disedari.

 

Sila Whatsapp saya 019-749 8210 untuk merancang pewarisan harta anda.

 

 

 

 

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This