Antara sebab mengapa banyak kes pusaka terbeku sehingga mencecah RM70 bilion berpunca daripada para waris yang tidak sepakat mengeluarkan kos untuk mengurus prosedur tuntutan pusaka arwah.

Ya, nak urus pusaka memang perlukan kos. Kos dalam bentuk wang ringgit, masa dan tenaga.

Walaupun semua waris telahpun bersetuju dengan agihan mengikut hak Faraid, harta pusaka tersebut masih akan kekal terbeku di bawah nama arwah selagimana tidak diuruskan. 

 

Urus Pusaka RM70 Ribu, Kos Urus RM13 Ribu?

Berlegar-legar di sosial media gambar sebutharga RM13 ribu yang perlu dibayar untuk menjalankan urusan tuntutan harta pusaka bernilai RM70 ribu.

Nampak mahal kan?

 

Kos urus pusaka tinggi

 

Ada perunding yang terkhilaf dengan terus mengatakan RM13 ribu itulah kos pengurusan pusaka yang dikenakan oleh syarikat tersebut.

Yang sebenarnya, RM13k itu dah termasuk kos-kos lain.

Kos atau caj sebenar yang dikenakan untuk pengurusan pusaka tersebut adalah dalam RM3 ribu. Iaitu sekitar 4.3% daripada nilai aset si mati yang diurus.  

Jika diteliti perinciannya, jumlah yang perlu dibayar itu sudah termasuk cukai LHDN dan bayaran cucuran – iaitu bayaran tebus bahagian Faraid. Dalam kes di atas, cucuran tersebut adalah hak waris bawah umur. 

Mengikut peruntukan undang-undang, caj 4.3% yang dikenakan masih di bawah kadar maksimum.

Mengikut Akta Probet dan Pentadbiran 1959, wasi atau pentadbir dibenarkan untuk mengenakan caj servis pengurusan tidak melebihi 5% atas nilaian aset si mati yang diuruskan.

Kiraan mudah, bagi harta bernilai RM1 juta (harta alih dan harta tak alih) yang diuruskan, maksimum caj servis yang boleh dikenakan adalah RM50 ribu.

Itu adalah kadar maksimum.

Kadar caj yang dikenakan berbeza mengikut syarikat penyedia servis.

 

Adakah Kos Urus Pusaka Tinggi?

Kos urus pusaka tinggi atau rendah bergantung kepada beberapa faktor, antaranya jenis dan nilaian harta pusaka yang diuruskan; yang menentukan institusi mana yang berbidang kuasa:

 

  • Pusaka Kecil, atau
  • Mahkamah Tinggi Sivil, atau
  • Amanah Raya

 

Selain itu, kos bergantung kepada sejauh mana waris nak menglibatkan diri dalam menjalankan prosedur tuntutan yang perlu dijalankan.

Sekiranya para waris nak bersenang lenang hanya perlu menunggu keluarnya surat kuasa dan perintah pembahagian, mereka bolehlah mengupah pihak ketiga seperti syarikat amanah seperti Wasiyyah Shoppe untuk menjadi pentadbir harta pusaka arwah yang akan diuruskan A-Z.

Namun kosnya pun akan menjadi tinggi. Bersesuaian dengan tanggungjawab, amanah dan skala tugasan yang dipikul oleh pihak syarikat.

Kos lebih rendah sekiranya waris sendiri yang bertindak sebagai pentadbir dan menguruskannya sendiri.

Tetapi jangan dilupakan kos masa dan tenaga di samping perlunya kesepakatan para waris nak menentukan siapa yang akan menanggung tugasan sebagai pentadbir.

 

Nak Kos Yang Lagi Rendah?

Kos terendah adalah apabila pemilik harta telah membuat perancangan pewarisan semasa hidupnya.

Bukan berserah kepada takdir dan membiarkan para waris menguruskannya sendiri apabila masanya tiba.

Jika waris gagal menguruskan pusaka tersebut, kekallah ia terbeku sampai ke anak cucu cicit.

Pemilik harta merancang pengurusan pusaka pertamanya dengan menyediakan dokumen perlantikan wasi atau pentadbir. Pentadbir ini yang akan diamanahkan untuk menguruskan prosedur tuntutan pusaka apabila pemilik harta pergi dahulu.

Seterusnya pemilik harta melapangkan sebahagian harta khusus untuk menampung kos pengurusan pusaka. Berbeza dengan syarikat lain, Wasiyyah Shoppe menawarkan konsep front-loading menerusi pakej pengurusan pusaka Al-Wasitah yang lebih jimat.

 

Plan Pengurusan Pusaka Al-Wasitah

Menerusi plan Al-Wasitah ini, caj pengurusan pusaka menjadi ‘percuma’ buat waris.

Benefit plan ini adalah seperti di bawah:

plan pengurusan pusaka al wasitah

 

Pakej Wasitah ini berbentuk bayaran bulanan dan berasaskan tabarru’.

Ada yang berfikir panjang kerana tidak mahu ‘komitmen’ bayaran bulanan.

Bagi saya, anggap sahaja bayaran ini umpama ansuran. Bayar sedikit-sedikit setiap bulan.

Actually lebih baik dari itu kerana maksimum tempoh bayaran hanya 15 tahun bayaran sahaja.

Jika umur tidak panjang, baki yang tidak mencukupi 15 tahun bayaran itu TIDAK dikira hutang.

Setakat itu sahaja bayaran yang dikenakan. Servis pengurusan masih dapat tip top tidak kurang dari klien yang membayar penuh.

Melainkan anda tidak kisah waris menanggung kos pentadbiran pusaka yang tinggi dan membayar secara lump sum, plan al-Wasitah ini lah pilihan terbaik untuk memastikan harta pusaka akan diuruskan dengan baik.

Boleh PM / Whatsapp saya apabila berminat.

 

 

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This