Seorang anak yang kehilangan ibu akibat Covid-19 mendakwa dia diminta membayar RM1,400 bagi kos memandikan jenazah ibunya secara tayamum oleh Unit Forensik sebuah hospital di Kota Bharu.

 

“Kena bayar dulu barulah hospital akan mandikan (jenazah). (Kos) mandi jenazah sampai RM1,400 berat (membebankan) sangat untuk orang seperti kami, kena kurangkanlah (kos) itu, kita tidak ada (duit) simpanan,”

 

Mujurlah ada khairat kematian bagi menampung kos urusan pengebumian dan penggalian liang lahad.

 

NGO Urus Jenazah COVID Dedahkan Kos Tayammum Yang Terlalu Tinggi

Pengasas Tengku Harith Team Ventures, sebuah NGO kerja amal yang telah menguruskan lebih 50 jenazah pesakit COVID-19 di Kelantan mendakwa caj yang dikenakan oleh pihak pengurusan jenazah di hampir semua hospital di Kelantan mencecah antara RM1,300 hingga RM1,800.

 

“Caj berkenaan terlalu tinggi dan membebankan sedangkan harga debu tayamum tidak sampai RM10 setiap pek, yang boleh digunakan untuk proses tayamum enam jenazah” 

 

Isu caj yang tinggi itu pernah diajukan kepada pengurusan hospital, dan dirujuk kepada Unit Forensik hospital.

Bagaimanapun, unit forensik pula menyalahkan pengurus jenazah yang dilantik.

 

“Jadi timbul persoalan, siapa yang menetapkan harga setinggi RM1,800 untuk tayamum (pengurusan jenazah)… pihak forensik atau tukang mandi jenazah (pengurus jenazah) yang dipilih oleh pengurusan forensik?,”

 

Menurut beliau, selain kos pengurusan mayat atau tayamum, kos lain termasuk kain kapan melebihi RM100, keranda antara RM200 hingga RM300 dan upah gali liang lahad (RM250-300).

Susulan aduan itu, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) telah mengadakan pertemuan dengan pengurusan hospital di seluruh Kelantan.

Maik menetapkan kadar RM200 bagi tayamum dan menggariskan kos pengurusan jenazah bagi negeri Kelantan yang perlu diikuti oleh semua imam masjid dan pihak pengurusan jenazah.

 

Komen Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII)

Pengarah HRPZII menjelaskan pihak hospital tidak menyediakan perkhidmatan pengurusan jenazah. Bagaimanapun, tiada bayaran dikenakan bagi menggunakan kemudahan fasiliti dan utiliti untuk tujuan itu di Jabatan Forensik hospital.

Menurutnya lagi, senarai pengurus jenazah yang diluluskan oleh MAIK telah disediakan. Namun pihak waris juga bebas untuk membawa pengurus jenazah sendiri yang tiada dalam senarai.

Kos pengurusan jenazah tertakluk kepada persetujuan bersama waris dan pihak pengurus jenazah yang dipilih.

 

“Pihak hospital khususnya Jabatan Forensik tidak pernah menetapkan sebarang kos pengurusan jenazah. Urusan bayaran dan pengeluaran resit adalah di antara pihak pengurus jenazah dengan waris berkenaan tanpa melalui pihak hospital”

 

Mungkin ada miscommunication antara pihak yang terlibat.

Semoga dipermudahkan keluarga arwah bagi meneruskan kehidupan dan ruh mangsa-mangsa COVID khususnya dicucuri rahmah. Amiin.

 

P/s: Kos pengurusan jenazah boleh diambil dari harta pusaka arwah. Untuk permudahkan urusan, ambillah khairat kematian. Tak mahal pun kos tahunannya. 

 

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This