Bukanlah menjadi sesuatu yang asing apabila ada isu perebutan harta pusaka. Biasa sudah kita dengar waris bergaduh kerana tidak berpuas hati dengan hak yang diperolehi, tamak mahukan hak Faraid waris yang lain, membuli waris yang tidak mampu bersuara dan ada yang menyorok kewujudan waris lain kerana ingin membolot keseluruhan pusaka.

Pelbagai taktik yang digunakan sehingga tidak mengendahkan halal haram harta tersebut dan dosa.

Sesekali kita akan dikejutkan dengan tindakan ekstrem dan luar kawal sehingga cuba membunuh ahli keluarga yang lain kerana merebut harta pusaka. 

Dalam kejadian di Hulu Selangor baru-baru ini, seorang lelaki melanggar abangnya sendiri dan kakak ipar yang sedang menunggang motosikal dengan kereta dan seterusnya menetak mereka dengan parang sehingga berlumuran darah di kaki dan tangan.

Mangsa stabil. Tetapi suspek ditemui mati terapung di samping keretanya yang dijumpai terjunam di tebing lombong. Motif dikenalpasti kerana perebutan harta pusaka. 

 

Harta Pusaka Tak Dapat, Mati Pula

DIsebabkan merebut harta pusaka, suspek mati dalam keadaan terhina selepas melakukan jenayah melanggar dan menetak keluarga terdekat. Di dunia, suspek terlepas habuan pusaka yang direbutkan. Lebih menyedihkan di akhirat, kesalahannya amat berat terhadap manusia yang lain.

Harta pusaka telah ditetapkan pembahagiannya mengikut Hukum Faraid. Ayat berkaitan Faraid telah dijelaskan seterang-terangnya dalam al-Quran mengenai siapa waris yang berhak dan bahagian-bahagian mereka, menerusi surah an-Nisa ayat 11, 12, dan 176.

Sekiranya semua waris akur dan taat dengan perintah tersebut, maka tiada lah berlakunya perebutan pusaka. Isu berbaki ialah untuk menentukan siapa yang akan diberi tanggungjawab menguruskan prosedur tuntutan pusaka.

Sifat manusia yang tamak dan jahil tentang dosa maksiat membuatkan mereka bertindak luar batasan. Hati menjadi gelap kerana inginkan harta dunia. Semoga kita terpelihara daripada berbuat dosa ini.

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This