Tempoh moratorium 6 bulan – penangguhan pembayaran pinjaman untuk rumah – yang bermula April lalu bakal berakhir dalam tempoh 2 bulan lagi. Bermula Oktober, jika tiada extension, kita perlu menyediakan wang untuk meneruskan bayaran bulanan rumah seperti sebelum ini. Ada sudah bersedia?

Awal-awal lagi semasa moratorium bermula, ramai penasihat kewangan mengingatkan agar kita menguruskan perbelanjaan untuk keperluan sahaja. Payment holiday ini sementara. Perlu beringat kesukaran yang bakal tiba 6 bulan kemudian setelah moratorium tamat. Malah mungkin setahun dua mendatang, menantikan efek ekonomi untuk pulih seperti sedia kala. 

Pada masa ini, unemployment dilaporkan sudah meningkat melebihi 5%. Peratusan sebenar mungkin lebih tinggi lagi.

Malaysian Employers Federation (MEF) pada April lalu menjangkakan unemployment boleh meningkat sehingga 13% pada tahun ini – sehingga 2 juta orang bakal kehilangan kerja.    

Apabila tiada kerja, tiadalah aliran tunai masuk. Gaya hidup perlu diubah mengikut kemampuan dan simpanan. Malangnya menurut kajian Bank Negara yang dilaporkan media mendedahkan 75% rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan walau serendah RM1,000. Sukar untuk ditelan dan dihadam data ini.

Wang kecemasan yang disaran adalah sekurang-kurangnya 6 – 12 bulan gaji. Sedihnya, BNM menganggarkan hanya 6% mempunyai wang kecemasan untuk hidup lebih 6 bulan dan hanya 18% untuk tempoh 3 bulan.

Dalam situasi sekarang, komitmen kewangan perlu disusun semula – fokuskan kepada keperluan, tangguhkan perbelanjaan tidak/kurang perlu. Dalam situasi kegawatan ekonomi ini, pengurusan aliran tunai (cashflow) sangat penting.

Bagi mereka yang mempunyai komitmen wajib bulanan yang tinggi (Debt Service Ratio – DSR) atau over-leverage menggunakan konsep Other People’s Money (OPM) untuk mengumpulkan aset hartanah, cabarannya lebih besar. Aliran tunai akan terganggu sekiranya bayaran bulanan itu tidak dapat ditampung dengan sewa. Orang kata.. bleeding.

Jika sampai hartanah itu terpaksa dilelong, pemiliknya berisiko untuk diisytiharkan muflis. Bila dah dicop muflis, banyaklah kekangannya.

Inilah yang dijangka akan berlaku. Bertambahnya rumah yang terpaksa dijual. Jika rumah dijual atau dilelong lebih rendah dari baki pinjaman, maka perlulah top-up dengan simpanan. Jika tidak mampu juga, risiko muflis di hujung tanduk. Non-performing loan (NPL) juga akan meningkat naik.

Sebelum moratorium berakhir, usahakan untuk menambah pendapatan. Bukan semua sektor terkesan. Bisnes ecommerce contohnya meningkat naik sekarang apabila masyarakat ‘terpaksa’ dan semakin yakin untuk membeli atas talian.

Inilah masanya untuk upskilling – belajar skil baru atau re-skilling – asah skil lama.

Bisnes pewarisan adalah bisnes evergreen, dengan itu ini adalah peluang yang baik untuk anda cuba. Dalam susah, atau dalam senang – semua orang akan merancang kerana deadlinenya adalah sakit terminal, atau mati. Syarat mati bukanlah tua atau penyakit.

Apabila masyarakat timbul kesedaran, merancang pewarisan adalah satu keperluan, bukan hanya kehendak.

COVID-19 adalah satu musibah yang memburukkan ekonomi negara. Pada masa yang sama, ia juga adalah satu faktor penolak yang membuatkan diri menjadi desperate untuk keluar dari kepompong zon selesa.

Inilah masanya untuk anda belajar dan praktis benda baru. Anda belajar, merancang untuk keluarga sendiri, dan berkongsi dengan orang lain.

Kata Einstein, “Once you stop learning, you start dying”. Dunia sentiasa berubah, sepertimana yang kita sedang saksikan dan alami, efek dari COVID-19. Jika kita berada di takuk lama dan takut untuk berubah, kita akan ketinggalan.

Sila daftar untuk menjadi perunding Wasiyyah Shoppe di SINI.

Dapatkan Perkongsian EKSKLUSIF

Sila semak email dan CONFIRM langganan. Terima kasih!

Share This
× Berminat?