Dalam dua tiga tahun kebelakangan ini, saya perasan banyak syarikat baru yang muncul menawarkan khidmat penyediaan dokumen hibah, wasiat dan pengurusan pusaka. Semakin rancak bidang konsultasi pewarisan harta orang Islam dan khususnya bagi saya selaku perunding, persaingan mendapatkan pelanggan semakin kompetitif.
Sebenarnya bukan persaingan luaran sahaja yang lebih mencabar, malah persaingan dalam syarikat pun lebih kompetitif berbanding hampir 6 tahun yang lalu semasa saya baru menjejak kaki di Wasiyyah Shoppe Berhad. Banyak perunding baru dari bidang Takaful, Unit Trust dan hartanah yang mula nampak potensi dan melebarkan sayap perkhidmatan dalam bidang pewarisan harta pula.
Dari sudut persaingan luaran pula, kalau dahulu hanya terdapat segelintir sahaja syarikat utama mahupun syarikat kecil yang berkecimpung khusus dalam bidang ini, bilangan tersebut meningkat dan terus bertambah. Begitu juga firma guaman yang lebih aktif menawarkan khidmat penulisan suratcara hibah. Malah mereka turut mempromosikan hibah bersyarat yang tidak lama dahulu ditolaknya!
Industri ‘sunrise’
Dalam piramid perancangan kewangan, pewarisan harta terletak di bahagian bucu teratas sekali.
Di bahagian asas piramid, pemilik harta giat
i) mengumpul aset dan mengurus liabiliti;
ii) mendapatkan perlindungan risiko menerusi takaful;
iii) mengembangkan harta dengan pelaburan; dan
iv) merancang dana persaraan…
…dan di ‘kemuncak’ piramid, harta-harta yang dimiliki harus diagihkan kepada pewaris yang dikehendakinya apabila dia sudah tiada kelak. Dalam istilah lain, perancangan ini disebut sebagai estate planning atau succession planning.
Sebelum ini tidak ramai mengambil inisiatif untuk merancang pewarisan harta disebabkan pelbagai stigma ‘merebut harta’, ‘tamak harta’, ataupun mengelakkan dari menyentuh isu sensitif berkait ‘kematian’.
Namun perkembangan semasa menunjukkan masyarakat mula memberi perhatian. Disebabkan permintaan yang semakin menaik, semakin banyak syarikat amanah, sdn bhd, berhad dan firma guaman yang beralih fokus kepada servis hibah dan pewarisan harta.
Dulunya suram, kini ia dah menjadi industri sunrise!
Cabaran Untuk Memilih Service Provider
Di sebalik pertumbuhan pesat pemain industri baru, timbul satu cabaran baru bagi masyarakat untuk memilih service provider bagi mendapatkan khidmat konsultasi hibah.
Memang mencabar bagi masyarakat umum untuk memahami perbezaan produk antara syarikat berlainan bersifat teknikal dan undang-undang. Khususnya bagi mereka yang nak ‘survey’ servis hibah di pasaran.
Bagaimanapun, ramai yang mengambil jalan pintas dengan tertumpu hanya pada harga SEMASA mendapatkan perkhidmatan semata-mata.
Bagaimana pula dengan kos SELEPAS, semasa perlaksanaan turunmilik nanti?
Adakah solusi yang diberikan efektif dan efisien?
Saya telah huraikan perbandingan produk hibah di pasaran berbanding penawaran WSB dalam artikel terdahulu. Saya tidak berhasrat untuk membawa pembaca ke arah itu kerana boleh membawa kepada analysis paralysis yang merugikan.
Kesimpulan
Sekiranya anda tahu apa yang saya tahu, saya yakin anda tidak akan menyibukkan diri untuk survey lagi.
Wasiyyah Shoppe sudah beroperasi hampir dua dekad, dikuatkan dengan panel Syariah dan pakar undang-undang, aktif berkembang malah sering menjadi pelopor dalam industri pewarisan harta orang Islam.
Itu antara forte yang menjadi faktor prioriti berbanding syarikat baru tumbuh.
Kalau dahulu WSB yang giat mengetengahkan hibah bersyarat untuk rumah yang masih dalam pinjaman di kala ramai yang menentang, kini yang menentang itu pula turut sama men’jual’ produk sedemikian. Saya saksikan situasi itu berlaku.
Pewarisan harta adalah perancangan jangka masa panjang di kala anda sebagai pemilik harta sudah tiada lagi. Maka utamakanlah kualiti dan lebih ‘terjamin’, berbanding ‘asal ada’.
- Punca Banyaknya Tanah Pusaka Terbiar di Malaysia - November 28, 2023
- Sah ke Hibah Signing Menggunakan Apps? - November 14, 2023
- Meninggal Dunia Tanpa Wasiat Boleh Menyukarkan Proses Pentadbiran Pusaka - November 7, 2023