Musibah Covid-19 yang bermula awal tahun 2020 telah mengubah kehidupan kita secara drastik. Ekonomi negara jatuh merudum, dan banyak industri terjejas teruk. Ramai yang kehilangan kerja, dipotong gaji dan kehilangan pendapatan. 

Dengan berkurangnya pendapatan boleh guna dan kuasa belian, rakyat Malaysia semakin berhati-hati berbelanja dan menyimpan untuk kegunaan masa terdekat. Itulah sebabnya memang di luar jangkaan apabila…

 

Wasiyyah Shoppe Mencatat Jualan Pecah Rekod Semasa PKP!

 

bayi susuan

 

Di sebalik musibah ekonomi keluarga dan masa depan yang suram, industri pewarisan mencatatkan peningkatan jualan servis yang sangat memberangsangkan.

 

Tahniah kepada pihak pengurusan Wasiyyah Shoppe, para perunding, dan yang terutamanya pelanggan Wasiyyah Shoppe kerana telah membuat pilihan tepat dengan meletakkan pewarisan harta sebagai prioriti.

 

Dan memilih Wasiyyah Shoppe sebagai rakan perancang pewarisan anda!

 

Mengapa Mereka Menjadikan Hibah Sebagai Prioriti Perbelanjaan?

Saya sendiri pun kagum. Memang tidak dijangka.

Bagaimana di sebalik kesulitan yang melanda dan ekonomi yang merudum, rupanya ada hikmah tersembunyi.

Seseorang itu tidak akan mengeluarkan wang untuk pewarisan melainkan mereka benar-benar faham implikasinya jika tidak BERTINDAK SEKARANG.

Bukan esok, lusa, tahun depan atau menangguh setelah ekonomi pulih.

 

Tidak Murah, Tapi Perlu

Saya faham, bukanlah suatu keputusan yang mudah untuk berbelanja membuat dokumen Hibah dan merancang pembahagian harta.

Kosnya tidak picisan dan tidaklah boleh dibayar dengan sebelah mata.

Nilai kasih sayang kepada penerima yang dizahirkan dari tindakan pemberian hibah itu lebih diutamakan oleh pelanggan-pelanggan Wasiyyah Shoppe.

Mudah saja bagi mereka beralasan – perbelanjaan untuk hidup lebih diperlukan sekarang ini, berbanding perbelanjaan pewarisan untuk kebaikan ‘masa hadapan’.

Bukankah itu alasan dan sebab yang digunakan oleh netizen bagi menggesa pengeluaran KWSP sebelum ini?

 

“Perbelanjaan sekarang lebih utama dan perlu, berbanding menyimpan dana persaraan. Kerana boleh jadi kita tidak sempat pun merasai wang persaraan KWSP itu” 

 

Ada betulnya, dan ada yang kurang tepat.

 

Persaraan dan Pewarisan

KWSP adalah simpanan untuk persaraan. Kita boleh congak pada umur berapa kita akan bersara.

Perancangan pewarisan pula berkait dengan mati.

Bila kita akan meninggal dunia itu termasuk dalam ilmu ghaibiyyat yang tidak diketahui oleh sesiapa pun melainkan Allah SWT.

Dana persaraan boleh diusahakan kembali sementelah ekonomi telah pulih.

Tetapi bagaimana keadaannya jika kita meninggal dunia tanpa sempat merancang pewarisan, kerana menangguh menunggu ekonomi pulih?

Apakah kesannya kepada waris yang ditinggalkan?

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Share This
× Berminat?