Tahun 2020/2021 adalah tahun yang sukar bagi negara kita dan dunia seluruhnya. Setelah dua tahun berlalu, kita masih lagi dibelenggu dengan sekatan PKP, SOP pengawalan dan pandemik COVID-19 yang merencatkan pergerakan dan percambahan ekonomi keluarga dan negara.

Namun di sebalik musibah tersebut, Wasiyyah Shoppe telah mencatatkan kejayaan yang membanggakan berbanding tahun-tahun sebelum nya. Malah saya sendiri telah mencatat pencapaian peribadi terbaik setakat ini.

 

Pencapaian Wasiyyah Shoppe Tahun 2021

Bagi tahun kewangan 2020/21, Wasiyyah Shoppe telah berjaya meningkatkan pendapatan syarikat setinggi 61% berbanding tahun sebelumnya; iaitu RM20.3 juta berbanding RM12.4 juta!

Ini adalah pencapaian tertinggi dan bersejarah bagi Wasiyyah Shoppe sejak ditubuhkan pada tahun 2004!

Produk hibah menyumbang sebanyak 65% daripada angka pendapatan tersebut.

Sebagai peneraju dan pengeluar dokumen hibah terbanyak di Malaysia, peningkatan ketara ini menggambarkan lebih tinggi kesedaran untuk merancang pewarisan harta, dan kepercayaan masyarakat terhadap kredibiliti Wasiyyah Shoppe.

Antara inovasi signifikan yang telah diperkenalkan dalam tempoh tersebut adalah pengenalan akad hibah dalam talian. Inovasi ini membolehkan akad hibah dilaksanakan tanpa berada dalam satu sesi fizikal. Pihak-pihak terlibat hanya perlu berada dalam talian ketika sesi berlangung, dan boleh berada jauh antara satu sama lain.

Malah ia juga adalah kaedah alternatif bagi pelanggan yang bimbangkan penularan COVID-19.

 

Pencapaian Peribadi Saya Bersama Wasiyyah Shoppe

Bagi saya sendiri, dalam Konvensyen Wasiyyah Shoppe bagi tahu 2020/21 yang berlangsung pada November 2020, saya telah merangkul 3 anugerah, yang mana 2 daripadanya adalah dalam kategori anugerah tertinggi syarikat.

 

 

Antara ketiga-tiga anugerah yang dimenangi, anugerah yang paling bermakna bagi saya adalah Anugerah Perkhidmatan Terbaik Kepada Pelanggan.

Mengapa?

Kerana ia adalah pengiktirafan terhadap kualiti usaha, konsultasi dan servis yang saya berikan kepada pelanggan. 

Hanya seorang sahaja pemenang untuk kategori ini pada setiap tahun. Dan pada tahun 2020/2021, orang itu adalah saya!

Tambah lagi, tahun 2021 juga melakar sejarah saya dinaikkan pangkat kepada ‘Daie Profesional Mawarith’. Lebih tinggi peranan dan tanggungjawab.

Alhamdulillah ‘ala kulli ni’mah..

Saya nyatakan di sini bukan untuk berbangga, tetapi tidak dapat tidak untuk mendapatkan kepercayaan daripada bakal pelanggan untuk mendapatkan perkhidmatan konsultasi dan perancangan pewarisan harta dari saya.

Jika wujud lah keraguan terhadap saya sebelum ini – dalam apa-apa bentuk sekalipun, harapnya pencapaian yang saya kongsikan ini menjadi penutup keraguan itu.

Ayuh merancang pewarisan harta bersama saya!

😀

 

 

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This