Beberapa hari lepas, rakan perunding saya berkongsi kes klien yang mana penerima hibah yang meninggal dunia dahulu dari pemberi hibah (klien). Kes ini berbeza dengan kelaziman; biasanya pemilik harta membuat hibah dengan mengandaikan dia yang akan pergi dulu. 

Berasaskan andaian tersebut, lazimnya ibu bapa yang menghibahkan harta kepada anak-anak. Namun kita semua maklum, tua atau muda bukan syarat untuk mati. 

Buat hibah untuk menjaga kebajikan waris adalah amalan murni. Namun kepentingan pemberi pun perlu diambil kira. Dalam senario luar jangka seperti kematian awal penerima hibah, jenis hibah yang dibuat menentukan harta hibah bahagian penerima berkenaan menjadi milik siapa. 

 

Penerima Hibah Meninggal Dunia Tidak Lama Selepas Akad 

Dalam kes klien rakan ini, pada awal bulan ini – Mac 2023 seorang ayah telah melaksanakan akad hibah hartanah kepada tiga orang anaknya; seorang anak lelaki dan 2 anak perempuan. Hartanah tersebut dihibahkan dengan pembahagian sama rata kepada semua penerima (jika menurut hukum faraid, anak lelaki mendapat bahagian yang lebih).

Namun takdir Ilahi menetapkan, hanya selepas seminggu (atau secara tepat, 8 hari) selepas akad hibah dimeterai, salah seorang dari tiga penerima hibah iaitu anak lelaki tunggal telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. 

Sedih tu memang tidak boleh digambarkan.

Seorang ayah kehilangan anak lelaki tunggal, hanya selepas beberapa hari menzahirkan tanda kasih sayang kepada anaknya menerusi hibah harta.

Namun menjadi lebih sayu lagi sekiranya harta yang dihasratkan untuk dihibahkan kepada penerima yang khusus, jatuh pula kepada tangan orang lain.

Bagaimana boleh jatuh ke orang lain?

Menerusi bahagian penerima yang telah dihibahkan.

Namun tidak kesemua hibah akan berlaku sedemikian; ia bergantung kepada jenis hibah yang dibuat oleh si ayah – samada hibah bersyarat atau hibah mutlak.

 

Perbandingan Jenis Hibah Bersyarat dan Mutlak

Umumnya terdapat dua jenis hibah, iaitu Hibah Mutlak dan Hibah Bersyarat. 

 

Hibah Mutlak

Hibah Mutlak adalah hibah TANPA adanya syarat yang mengikat. Apabila akad hibah telah sempurna, maka harta itu telah menjadi hak penerima secara mutlak. Jika penerima meninggal dunia lebih awal, maka ia akan menjadi pusaka penerima dan diwarisi oleh waris-waris Faraidnya. 

Ala.. waris-waris pun anak dan isteri penerima saja kan? Keluarga terdekat juga…

Mungkin ya, mungkin tidak. Bergantung kepada struktur keluarga anda, siapa yang ada dalam keluarga. Itu yang kena faham hukum Faraid. 

Sekurang-kurangnya kena kenalpasti siapa waris-waris dan bahagian hak setiapnya. Tidak sama hak setiap waris.    

Dalam situasi Hibah Mutlak, pemberi hibah akan mendapat semula bahagian hak Faraidnya sahaja. Kalau hak Faraidnya 1/6, maka 1/6 sahaja lah yang diperoleh semula.

Itupun kalau dia termasuk dalam kalangan waris Faraid penerima. 

Tetapi sekiranya hubungan pemberi-penerima ialah hubungan angkat, mereka saling TIDAK waris mewarisi. Apabila penerima yang pergi dulu, maka harta hibah itu akan diwarisi oleh keluarga kandungnya

Tak tahu siapa keluarga kandung anak angkat?! Jemmm…

 

Hibah Bersyarat

Berbeza dengan Hibah Mutlak, Hibah Bersyarat ialah pemberian hibah yang diikat dengan syarat. Syarat ini bukan kita boleh letak sesuka hati, tetapi pucuk pangkalnya mestilah syarat yang tidak bertentangan dengan hakikat hibah.

Mudahnya, perihal syarat mana yang boleh dan tidak boleh kita serahkan kepada fuqaha’ untuk menentukan.

Majoriti yang kami sediakan bagi klien ialah Hibah Bersyarat Ruqba. Bagi kes ayah di atas, alhamdulillah beliau telah membuat jenis Hibah Bersyarat untuk hartanahnya. 

Oleh yang demikian, bahagian hibah anak lelaki yang telah meninggal dahulu itu berpatah balik kepada ayahnya.  

Seterusnya terpulang kepada ayah untuk menyimpan bahagian tersebut atas namanya, atau menghibahkannya kepada penerima yang lain.

 

Word of caution berkenaan Hibah Bersyarat

Sebelum anda terus berjumpa dengan mana-mana syarikat atau peguam untuk membuat Hibah Bersyarat, saya perlu tekankan bahawa hibah bersyarat perlu dibuat dengan teliti bagi mengharmonikan pandangan khilaf ulama’ berkaitan boleh atau tidak jenis hibah ini diaplikasikan.

Selaras dengan itu, penyedia dokumen perlu fahami teknikaliti berkenaan hibah bersyarat. Ia berbeza dengan Hibah Mutlak yang lebih straight-forward

Sejarahnya… sebelum Hibah Bersyarat menjadi lebih mainstream dalam masyarakat berbanding dahulu, Wasiyyah Shoppe Berhad yang giat bertahun-tahun mengeluarkan kos wang ringgit yang besar bagi tujuan penyelidikan akademik dan field work berkaitan hibah bersyarat ini.

Objektifnya, untuk memastikan solusi yang ditawarkan kepada masyarakat dan para waris efektif digunapakai dan tidak tertolak di Mahkamah.  

Pengalaman dan kepakaran penyedia dokumen – jadikan ia faktor penting untuk diambil kira dalam anda memilih syarikat yang berkepakaran luas menyediakan dokumentasi hibah harta anda. 

 

Whatsapp saya Ansari 019-749 8210 untuk merancang Hibah dan Pewarisan Harta

 

 

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This