Semua makhluk yang hidup akan berakhir dengan kematian. Itu adalah pengakhiran yang kita semua maklum akan tiba jua, namun tidak diketahui bila masanya akan tiba. Samada pergi dalam keadaan bersedia dengan amalan mahupun dengan wasiat pembahagian harta, tiada jalan u-turn kembali ke dunia. 

Apabila takdir kematian tiba, ia tidak akan awal mahupun lewat walau sesaat pun. Semuanya telah tertulis.

Dalam keadaan lazim, para waris akan cepat-cepat meminta untuk arwah dikebumikan dengan segera kerana bimbang arwah akan terseksa apabila tidak disegerakan pengkebumiannya.

Itulah tanda kasih dan sayang waris terhadap arwah.

Walaupun arwah telah tiada di muka bumi, waris masih lagi berharap ruh arwah tenang di alam barzakh kelak.

Dalam hadis ini disaran untuk menyegerakan pengkebumian jenazah:

 

Segerakanlah jenazah. Jika ia jenazah yang baik, maka ia satu kebaikan yang kamu percepatkan untuknya. Kalau ia jenazah yang tidak sebegitu (yakni tidak baik), maka ia merupakan satu keburukan yang kamu letakkan daripada tengkuk-tengkuk kamu (iaitu kamu tidak perlu lagi mengiringi suatu yang tidak ada kebaikan).

Sahih Bukhari dan Muslim

 

Namun adakalanya urusan pengebumian jenazah terpaksa ditangguh. Contohnya untuk membuat post mortem menyelidiki punca kematian bagi urusan menuntut manfaat Takaful.

Apabila urusan tersebut dilewatkan, waris akan menjadi resah. Kesiankan arwah yang terseksa.

Namun tindakan sayang itu jangan terhenti setakat itu sahaja.

 

Percepatkan Juga Pengurusan Pusaka Arwah

Mengapa urusan pentadbiran pusaka arwah tidak dipercepatkan sebagaimana jenazahnya dikebumikan?

Walhal kita disaran untuk menguruskan pusaka sesegera mungkin, iaitu sebaik sahaja jenazah usai ditanam.

Semasa semua waris telah berkumpul setempat dan dapat memutuskan siapa yang akan dilantik sebagai pentadbir pusaka dan menjalankan tanggungjawab mentadbir dan menguruskan pusaka arwah dengan amanah.

Apabila urusan pusaka tersebut ditangguhkan, hak arwah juga mungkin tidak ditunaikan.

 

Dalam harta pusaka tersebut ada hak arwah seperti menyelesaikan hutangnya yang tidak sempat dilangsaikan dengan manusia, hutangnya dengan Allah, wasiat amal kebajikan yang memberikan pahala berterusan buat arwah dan hak-hak waris yang lain.

 

Apabila seseorang pemilik harta itu meninggal dunia, harta yang dimilikinya akan dibekukan bagi memelihara hak-hak arwah dan waris Faraid yang berhak.

 

🙏 Wang simpanan dalam akaun bank ditahan pengeluarannya.

🙏 Rumah tidak dapat dipindahmilik kepada waris.

🙏 Kereta pusaka pun hanya boleh diperbaharui cukai jalan dalam tempoh singkat.

 

Yang dikhuatirkan adalah status hutang si mati. Orang yang sudah pergi tidak boleh kembali ke dunia untuk melangsaikan hutangnya.

Adalah menjadi tanggungjawab pentadbir harta untuk menjelaskan hutang arwah dengan menggunakan harta pusaka sebelum mengagihkannya kepada waris-waris Faraid.

Namun dengan melengahkan prosedur tuntutan pusaka, adakah para waris yang ingin menyegerakan pengkebumian kerana risaukan jenazah terseksa kini rela membiarkan ruh arwah yang disayangi itu tergantung?

 

p/s: Wasiyyah Shoppe menawarkan plan pengurusan pusaka Al-Wasitah bagi tujuan pentadbiran pusaka. Caj pengurusan percuma kepada waris, kerana telah diambil plan oleh pemilik harta semasa hidupnya.

 

 

 

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This