Dalam kegairahan masyarakat membeli emas sebagai ‘pelindung’ nilai matawang dan barang perhiasan, ramai yang tidak tahu terdapat banyak berlaku penipuan jual emas ‘tulen’ yang sebenarnya adalah emas palsu yang dicampur dengan besi tungsten.

Malah alat pengujian ketulenan emas yang digunakan di pasaran juga tidak dapat membezakan emas tipu tersebut dengan yang tulen.

Maka, pembeli perlu lebih peka dalam memilih penjual atau kedai yang diyakini jujur.  Jika tersilap langkah, banyaklah kerugian yang ditanggung disebabkan nilai emas yang begitu tinggi. 

 

Hasil Kajian Makmal

Institut Metrologi Kebangsaan (NMIM) Sirim Berhad telah menjalankan kajian makmal untuk mengkaji ketulenan emas di pasaran. Mereka mendapati nilai karat spesimen emas yang dikaji tidak sama seperti yang dinyatakan dalam sijil.

Contohnya, gelang emas yang diperiksa menggunakan densimeter di kedai pajak gadai menunjukkan nilai 10 karat, sedangkan dalam sijil dinyatakan nilainya 20 karat.

NMIM yang membuat kajian menggunakan instrumen lebih canggih seperti X-Ray Fluorescence (XRF) dan Hydrostatic weighing system (HWS) juga mendapati adanya perbezaan karat sebenar berbanding yang didakwa. 

Mereka mendapati cincin 916 yang sepatutnya mempunyai nilai 22 karat hanya sekadar 10 karat; jongkong emas yang sepatutnya 24 karat, hanya 23 karat.

 

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Bacaan Karat?

Karat adalah indikasi tahap ketulenan emas. Semakin tinggi nilai karat, semakin tulen emas tersebut.

Kebiasannya di kedai, anda akan nampak kategori emas 999 atau 916.

Emas 999 adalah 99.9% emas tulen dan mempunyai nilai 24 karat – iaitu nilai maksimum untuk mengukur tahap ketulenan emas.

Emas tulen bersifat lembut. Campuran logam lain bertujuan mengubah sifatnya untuk menjadikannya lebih utuh bagi kegunaan spesifik. Ketumpatannya juga lebih rendah, maka emas 999 banyak dijual dalam bentuk bar dan syiling berbanding perhiasan.

Emas 916 pula terbentuk dari 91.67% adalah emas tulen, manakala selebihnya adalah campuran logam seperti perak, zink, dan nikel. Ia lebih tumpat dan keras, maka sesuai untuk dibentuk menjadi perhiasan untuk lebih tahan lama dipakai.

Ada banyak lagi kategori lain, seperti di bawah:

Karat Emas
24K 999
23K 950
22K 916
21K 875
20K 835
19K Paun
18K 750
14K 585
9K Suasa

 

Selain itu, komposisi logam atau aloi lain juga disesuaikan untuk mengubah warna emas yang terhasil.

Contohnya emas bewarna rose dapat dihasilkan dengan menambah elemen tembaga.

Dari sini, kita maklum bahawa campuran logam bendasing adalah amalan biasa dalam penghasilan emas. Pengurangan tahap ketulenan disesuaikan mengikut matlamat penggunaannya.

Namun begitu, penipuan berlaku apabila pihak terbabit men’ganti’kan emas tulen dengan logam lain untuk menipu daya pembeli. 

 

Campuran Tungsten Dalam Emas Palsu

Taktik penipuan emas yang sering dibuat adalah menggunakan logam tungsten dan menyadurnya dengan lapisan nipis emas.

Taktik ini berjaya dibuat kerana ketumpatan tungsten hampir sama dengan emas 24 karat.

Sukar untuk membezakan kedua-dua logam tersebut, malah alat densimeter yang digunakan di pasaran tidak dapat mengesahkan nilai kandungan karat emas.

 

Densimeter yang digunakan di premis pajak gadai dan ar Rahnu di Malaysia mungkin tidak dapat mengesan kehadiran tungsten.

 

Proses pengesahan ketulenan pula memerlukan emas tersebut dikikis atau dipotong.

Maka sukar lah untuk pemiliknya bersetuju kerana tindakan tersebut berisiko merosakkan fizikal emas tersebut bahkan mungkin akan menjatuhkan nilai emas itu.

Saduran tungsten dengan emas ini berlaku di seluruh dunia terutama industri China, malah dikesan berlaku di Malaysia sejak awal 2000 lagi.

Di India dan United Kingdom, setiap logam berharga mempunyai piawaian dan peraturan tanda rasmi untuk mengesahkan ketulenannya sebelum dijual. Antaranya dinyatakan ketulenan, pihak yang mengecop emas terbabit, pengilang dan tahun ia dibuat.

 

Semak Dulu, Sebelum Beli

Emas seringkali menjadi instrumen pelaburan yang dianggap dapat menyimpan nilai wang dan kalis inflasi.

Sejauh mana ia benar atau tidak benar, terpulang kepada kefahaman dan kawalan risiko masing-masing.

Sekiranya anda membeli emas untuk pelaburan mahupun perhiasan, saranan saya agar berhati-hati dengan emas tipu. Pemilihan kedai dan syarikat amatlah penting kerana sukar untuk menentukan tahap ketulenan emas yang dijual beli.

Tidak dilupakan juga, ramai juga yang mudah terpedaya dengan janji cepat untung menerusi ‘pelaburan’ emas skim cepat kaya yang berakhir dengan penipuan.

Jangan mudah terpedaya.

Akhir sekali, sekiranya anda berhasrat untuk mewariskan emas fizikal ataupun akaun emas simpanan kepada anak, suami, isteri atau sesiapa sahaja yang tersayang, boleh lah PM saya di 019-749 8210 bagi menghibahkan emas tersebut.    

 

 

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This