Wasiyyah Shoppe Bhd berbesar hati mengalu-alukan kehadiran Dato Dr Afifi Al Akiti, tokoh agamawan Malaysia di Oxford University London sebagai PENASIHAT Wasiyyah Shoppe Berhad efektif 1hb Mei 2020.

penasihat wasiyyah shoppe

 

Dato Dr Afifi tersenarai dalam 500 Tokoh Muslim Paling Berpengaruh sejak tahun 2010. Selain itu, beliau telah mendapat pelbagai anugerah berprestij lain yang menaikkan namanya sebagai tokoh yang disegani dunia.

Saya difahamkan beliau sendiri menawarkan diri untuk menawarkan khidmat nasihat kepada Wasiyyah Shoppe. Ini adalah testimoni yang kuat yang membuktikan bahawa produk servis yang ditawarkan oleh Wasiyyah Shoppe adalah selari dengan tuntutan syariah.

Masakan seorang ahli akademik yang mengukir nama di Universiti Oxford sanggup mempertaruhkan reputasi dan kepercayaan ramai dengan memberikan sokongan melainkan syarikat tersebut betul-betul diyakini?  Sudah pasti beliau telah membuat homework dan kajian sebelum bersetuju untuk mewakili sesebuah syarikat.

Hujung pangkalnya, beliau sudah mempunyai kedudukan yang selesa dari segi reputasi, prospek kerjaya, pengaruh dan saya pasti gaji yang diberikan oleh Oxford bukan calang-calang. Saya positif tujuan beliau menceburkan diri dalam industri perancangan harta dan pengurusan pusaka ini adalah bagi tujuan murni untuk membantu syarikat meluaskan lagi capaian ke dalam masyarakat melalui produk patuh syariah yang terbukti berkesan.

Akhir kata, Ahlan Wasahlan Dato Dr Afifi al Akiti!

Dapatkan Perkongsian EKSKLUSIF

Sila semak email dan CONFIRM langganan. Terima kasih!

Share This
× Berminat?