Dari sudut pemilikan dan pewarisan harta, anak kurang upaya, kelainan upaya (OKU) atau anak istimewa berada dalam kategori yang sama dengan anak bawah umur. Iaitu mereka mewarisi, tetapi tidak berkemampuan dan tidak berkelayakan di sisi undang-undang untuk menguruskan harta sendiri.

Namun dari sudut keperluan seharian, kos pemeliharaan dan pendidikan bagi anak-anak OKU biasanya lebih tinggi berbanding penjagaan anak yang normal. Mereka memerlukan lebih pemerhatian dan penjagaan rapi.

 

Pentingnya Merancang Pewarisan Harta Bagi Anak OKU

Walaupun umur anak OKU telah menginjak umur dewasa, selagi mana keadaan mereka ditakrifkan belum mampu mengurus diri, maka terdapat kekangan bagi mereka layak menguruskan harta mereka sendiri.

Disebabkan itu, ibu bapa bagi anak-anak OKU haruslah proaktif merancang hala tuju anak-anak mereka bagi persediaan sekiranya ajal menjemput awal. Tahap kebergantungan mereka tinggi terhadap keluarga terdekat.

Kebajikan anak-anak bawah umur, khususnya anak-anak istimewa yang memerlukan perhatian khusus perlu difikirkan dan dirancang awal mengikut keperluan mereka. Malah isu anak OKU dan anak yatim yang ditindas atau terabai bukanlah perkara asing dalam masyarakat kita.

اِنَّ الَّذِيْنَ يَأْكُلُوْنَ اَمْوَالَ الْيَتٰمٰى ظُلْمًا اِنَّمَا يَأْكُلُوْنَ فِيْ بُطُوْنِهِمْ نَارًا ۗ وَسَيَصْلَوْنَ سَعِيْرًا

Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api dalam perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka).   (An-Nisa’: 10)

Bahagian hak anak-anak yatim dan OKU tidak harus disalah guna oleh penjaga harta mereka. Kadang kala hak mereka diabaikan, dan kezaliman itulah yang ditegur keras dalam ayat Quran di atas.

 

Siapa penjaga harta bagi anak OKU?

Hak penjagaan (hadhanah) anak bawah umur dan penjaga harta adalah dua tanggungjawab yang berbeza menurut undang-undang. Pengurusan harta anak OKU terletak di bawah tanggungjawab penjaga hartanya.

Secara asasnya, penjaga harta bagi anak bawah umur adalah mengikut turutan berikut:

a) Bapa

b) Datuk lelaki sebelah bapa;

c) Wasi yang dilantik menurut wasiat bapa;

d) Wasi kepada wasi bapa;

e) Wasi datuk lelaki sebelah bapa;

f) Wasi kepada datuk sebelah bapa;

 

Selain itu, Amanah Raya juga boleh dilantik sebagai Pemegang Amanah menerusi Perintah Mahkamah bagi menguruskan kepentingan dan kebajikan waris bawah umur yang berkait dengan harta mereka, sehingga mereka mencapai umur 18 tahun.

Hak waris bawah umur tersebut akan dijaga dalam tabung amanah dan hanya boleh dikeluarkan bagi tujuan tertentu sahaja khasnya yang berkait dengan keperluan kebajikan seharian mereka.

Bermakna, penjaga anak tersebut perlulah memohon pengeluaran beserta justifikasi dari Amanah Raya.

 

Ada Perancangan Lain?

Dalam soal pewarisan harta, anak atau individu OKU tetap akan mendapat hak Faraid dari harta ayahnya, sebagai contoh.

Namun sekiranya ibu bapa kandung sudah tiada, persoalan berbangkit adalah:

>> Siapa yang akan mengambil alih urusan menjaga mereka?

>> Disebabkan kos penjagaan lebih tinggi, adakah penjaga yang mengambil alih sanggup mengeluarkan kos yang lebih untuk menyara anak ‘angkat’ istimewa tersebut sebaik mungkin?

Sesukar mana pun cabaran yang dihadapi ibu bapa dalam menyara kehidupan anak OKU mereka, anak tersebut adalah anak kandung mereka. Tentunya mereka mengharapkan didikan dan jagaan yang sama diteruskan.

Anak-anak OKU tidak dapat memelihara diri sendiri apabila ditindas. Sekiranya harta mereka disalahguna, mereka tiada upaya untuk mempertahankan hak.

Oleh yang demikian, sekiranya ibu bapa kepada anak OKU mempunyai saudara atau kenalan yang dipercayai dapat meneruskan penjagaaan anak mereka, maka boleh disediakan satu tabungan saraan bagi menampung kos penjagaan dan upah sebagai imbalan usaha mereka.

Kaedah pembayaran tersebut boleh menggunakan khidmat syarikat amanah seperti Wasiyyah Shoppe.

Wang saraan boleh ditetapkan untuk diambil dari sumber tertentu, dan arahan dibuat bagi pihak syarikat membayar kos kepada penjaga harta yang dilantik pada setiap bulan.

Begitu juga keperluan lain seperti rumah tempat tinggal.

Boleh menggunakan instrumen hibah bagi merancang pewarisan harta yang sesuai dan mencukupi bagi memelihara kebajikan anak-anak istimewa dan OKU yang disayangi.

 

Bagi mendaftar Hibah atau berbincang lanjut, sila Whatsapp Ansari 019-749 8210

 

 

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This