Isu ‘poligami scam’ hangat dibangkitkan sejak beberapa bulan yang lalu. Isunya berasal dari posting facebook Puan Mona Din yang mendakwa suami (kini bekas suami) rakannya telah berpoligami di luar pengetahuannya.

Yang pelik dari kebiasaan, akad nikah tersebut bukannya dilakukan di Thailand.

Tetapi akad telah dilafazkan di Malaysia dan perkahwinan itu telahpun didaftarkan tanpa pengetahuan rakannya, iaitu isteri pertama. 

Prosedur untuk berpoligami menetapkan seseorang itu mestilah mendapatkan perakuan daripada isteri pertama sebelum boleh berpoligami. Tujuan murninya adalah untuk memastikan suami itu berkemampuan untuk berkahwin dan menanggung nafkah seorang isteri lagi, iaitu dengan berdasarkan keterangan dari isteri pertama.

Di sinilah dakwaan berlakunya scam atau sindiket poligami tersebut.

Puan Mona mendakwa tandatangan perakuan isteri pertama dan beberapa dokumen lain telah dipalsukan. Rakannya itu tidak tahu pun tentang suaminya yang hendak berpoligami, apatah lagi menandatangani perakuan kebenaran berpoligami.

Dipendekkan cerita…

Setelah diselidiki, mereka mengesyaki terdapatnya satu sindiket melibatkan pihak atasan yang berpengaruh dan kehakiman yang berkonspirasi dalam memalsukan dokumen. Tujuannya untuk membolehkan poligami ini dapat dilaksanakan dan didaftarkan secara sah tanpa pengetahuan isteri pertama.

 

Tuduhan ini berat, kerana melibatkan dakwaan salah laku terhadap pegawai agama dan pihak Mahkamah Syariah.

 

Namun begitu, Puan Mona dikatakan telah bersedia dengan bukti untuk menyokong dakwaan tersebut.

Ketua Hakim Mahkamah Syariah, YAA Datuk Dr Na’im dan Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr Zulkifli bersikap terbuka dan profesional. Mereka mengarahkan siasatan mendalam dibuat, tanpa bersikap defensif dan tidak cuba menafikan kemungkinan berlakunya ketirisan dalam pentadbiran mereka.

Telah pun ada banyak forum panel yang membincangkan isu poligami scam ini setelah isu tersebut timbul.

Bagaimanapun sesi forum Analisis TV AlHijrah malam semalam agak berbeza. Panel forum menampilkan mufti Perlis, iaitu negeri di mana salah laku ini didakwa berlaku dan Pengarah JAWI.

 

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Share This
× Berminat?