Dalam artikel sebelum ini saya berkongsi tentang keperluan mendapatkan persetujuan waris lain semasa membuat dokumentasi dan melaksanakan hibah.

Berkaitan dengan itu, penulisan kali ini menyentuh isu samada kita dibolehkan untuk merahsiakan pemberian hibah harta dari pengetahuan waris-waris.

Begitu juga samada kita boleh merahsiakan pemberian hibah itu kepada penerima itu sendiri. Saya kira persoalan ini lebih meruncing lagi berbanding isu mendapatkan persetujuan waris kerana penerima hibah adalah pihak yang wajib terlibat dalam akad.

 

Merahsiakan Hibah Harta Kepada Waris-waris Lain

Dalam isu pemberi hibah ingin merahsiakan pemberian hibah dari pengetahuan waris-waris lain, tiada masalah berbangkit dari segi kesahan hibah yang menyentuh akad dan prosedur.

Apabila cukup rukun dan syaratnya, Hibah itu sah tanpa waris-waris lain perlu tahu sekalipun, kerana yang wajib hanya melibatkan pemberi dan penerima sahaja.

Namun disaran untuk memaklumkan waris-waris faraid sekiranya tiada keperluan meruncing untuk berahsia.

Tujuannya adalah untuk memudahkan perlaksanaan turunmilik harta yang dihibahkan itu kepada nama penerima, selepas pemberi hibah meninggal dunia nanti.

Kebarangkalian waris-waris tersebut untuk mempertikaikan kesahan hibah mungkin lebih rendah kerana akan berkonflik dengan ‘persetujuan’ mereka semasa dimaklumkan tentang hasrat hibah dahulu.

Namun, secara praktikalnya, mereka tetap boleh mempertikaikan hibah yang dibuat atas kapasiti mereka sebagai waris faraid yang sah. Walaupun mereka dahulunya ber’setuju’, tetapi berubah kepada perakuan tidak setuju setelah perginya pemberi hibah. 

Apatah lagi sekiranya para waris tidak maklum pun tentang hibah tersebut.

Disebabkan itu, disarankan untuk pemberi mempersiapkan penerima dengan jalan keluarnya.

 

Pakej Hibah Komprehensif

Sekiranya para waris bertindak mempertikai hibah yang telah dibuat, jalan keluarnya ialah memohon perintah pengesahan hibah di Mahkamah Syariah.

Klien kami di Wasiyyah Shoppe Berhad yang mengambil pakej hibah komprehensif tidak perlu risau kerana pakej tersebut sudah siap dengan khidmat peguam syari’e bagi tujuan pengesahan hibah tersebut.

Maka bagi klien yang hendak merahsiakan pemberian dari makluman waris-waris lain, disarankan untuk mempertimbangkan pakej hibah komprehensif.

Kerana ia lebih tenang buat pemberi.

Dan lebih mudah buat penerima.

 

Merahsiakan Hibah Harta Kepada Penerima Hibah

Situasi pemberi hibah yang ingin merahsiakan pemberian kepada penerima lebih rumit lagi.

Sebelum kita pergi kepada solusinya, mungkin timbul persoalan.. apakah situasi yang menyebabkan pemilik harta mahu hibahkan harta tanpa diketahui oleh penerima?

Sekiranya..

👉 …dia risau penerima akan menjual rumah sebaik sahaja selesai pindahmillik di geran, jangan dibuat pindahmilik tersebut. Cukup dengan membuat dokumen hibah bersyarat.

👉 …dia risau penerima yang meninggal dahulu darinya, hibah bersyarat ruqba juga cukup sebagai solusi.

Tetapi jika pemberi ingin berahsia dengan penerima berkenaan hibah, kemungkinan ia berbangkit kerana beliau risau penerima hibah itu sendiri akan berubah sikap sebaik sahaja tahu sesuatu harta itu telah diserahkan kepadanya.

Pemilik harta risau keadaan dan perhubungan silaturrahim dengan penerima akan terjejas. Tetapi pada masa yang sama, beliau ingin memastikan pemberian harta tersebut terlaksana dan kebajikan penerima terpelihara sebaik pemergiannya kelak.

 

Solusi Hibah Amanah

Bagi mencapai hasrat pemberi hibah untuk menyembunyikan pemberian hartanya kepada penerima, solusi pewarisan yang boleh dibuat tidak straight-forward.

Solusinya berbentuk hibah amanah.

Penerima merupakan rukun yang wajib dipenuhi bagi memastikan sesuatu hibah itu sempurna. Jika tidak sempurna, maka akad dan tindakan hibah itu berisiko terbatal.

Penerima mestilah dengan jelas menyatakan akad persetujuan untuk menerima (qabul) harta tersebut yang mana ia tidak berlaku dalam situasi penerima tidak tahu pun harta itu akan diserahkan kepadanya.

Maka solusi hibah amanah yang boleh dibuat ialah dengan mewakilkan individu lain sebagai penerima yang menerima harta tersebut menerusi hibah. Wakil itu bertindak sebagai pemegang amanah yang diikat kontrak untuk menyerahkannya kepada penerima yang sebenar setelah pemilik harta tiada.

Melalui hibah amanah ini, penerima tersebut tidak tahu harta tersebut telah diserahkan kepadanya sehinggalah masanya tiba kelak.

 

Kesimpulan

Situasi setiap keluarga tidak sama. Setiap orang ada concern dan kerisauan tersendiri berkaitan pembahagian harta – kepada siapa, bagaimana dan bila nak diserahkan, pertikaian para waris dan sebagainya.

Tugas kami sebagai perunding mawarith bukanlah untuk menghakimi, tetapi menawarkan solusi yang bersesuaian.

Bagi pemilik harta yang risaukan kebajikan waris dan bertindak merancang pewarisan harta, syabas kerana itu adalah satu langkah terpuji.

Sekiranya anda merasakan perlu untuk merahsiakan hibah yang dibuat, maka boleh rujuk saya untuk terus dengan solusi pewarisan yang sesuai.

 

Untuk mendaftar/berbincang lanjut mengenai hibah dan solusi pewarisan, Whatsapp saya Ansari 019-749 8210

 

 

 

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This