Baru-baru ini ada seorang prospek yang dah hampir sangat nak daftar hibah. Semuanya dah nampak sempurna; penjelasan lengkap dah diberikan tentang servis Hibah yang kami tawarkan. Malah prospek itu sendiri memberitahu saya yang dia ada mendengar CEO kami ditemuduga di salah satu radio stesyen terkenal tanah air. Dah nampak yakin di situ.

Namun rupa-rupanya ada keraguan lagi yang masih berbekas. Isunya adalah dia ragu-ragu kalau hibah yang dibuat nanti tidak dapat disahkan selepas pemilik meninggal dunia.

Persoalan yang akan dijawab dalam artikel ini:

i) Adakah hibah untuk rumah yang masih berhutang boleh mendapat pengesahan daripada Mahkamah Syariah? Bukankah masih terikat dengan pemiutang?

ii) Apakah ‘jaminan’ Wasiyyah Shoppe bahawa Hibah ini dapat dilaksanakan selepas meninggal?

 

Pengesahan Semasa Hidup Hibah Rumah dalam Pinjaman 

Fyi, kami tiada halangan untuk anda cuba dapatkan pengesahan hibah semasa hidup. Untuk tujuan itu, anda perlu mendapatkan kebenaran pemiutang yang bersetuju bahawa harta yang masih bercagar itu dihibahkan kepada penerima hibah.

Dan setelah mendapat kebenaran itu, anda perlu bawa dokumen ke Mahkamah Syariah untuk disahkan. Kos yang terlibat seperti khidmat peguam perlu ditanggung sendiri.

Bagaimanapun, isu yang lebih besar ialah agak mustahil untuk pemiutang meluluskan kebenaran tersebut, kerana ia akan menambahkan komplikasi dalam kontrak pinjaman rumah yang telah dibuat. Bagi pemiutang, ini adalah unnecessary risk yang tidak perlu mereka ambil, malah tiada benefit bagi mereka.

SOP kami ialah pengesahan hibah hanya dibuat bila perlu sahaja, dan selepas pemberi hibah meninggal dunia. 

 

Jaminan Hibah Wasiyyah Shoppe

Isu tentang kesahan Hibah ini memang menjadi prioriti Wasiyyah Shoppe dalam menawarkan produk Hibah. Sebab itu lah syarikat telah melabur banyak untuk memberikan geran penyelidikan hibah harta bercagar. Dan sebab itulah syarikat sentiasa mengemas kini maklumat berkaitan perubahan undang-undang dan prosedur.

Wasiyyah Shoppe telahpun ada lebih 300 rekod pengesahan di Mahkamah Syariah dan tercatat alasan penghakiman mengenai bentuk ‘kebenaran pemiutang‘ yang membolehkan hibah hartanah bercagar ini diterima pakai. Cuba anda cari syarikat atau peguam lain yang ada rekod pengesahan Hibah sebegini. 

Yang pernah berurusan dengan saya akan tahu yang saya tidak akan mis-selling dengan mengatakan confirm hibah akan disahkan. Tapi saya akan sebut, very high probability, sebab risikonya telah diuruskan di belakang tabir oleh WSB. 

Itulah yang cuba saya jelaskan kepada prospek tersebut apabila dia hendak membatalkan hasrat membuat hibah atas alasan bimbang ia tidak sah. Namun, setelah memberikan penjelasan lanjut usaha yang telah dilakukan oleh WSB, dia memilih untuk berdiam diri. Di sini pentingnya untuk berlapang dada dan membuka minda terhadap perkara yang di luar bidang kita.

Di belakang pendirian Wasiyyah Shoppe, ada panel syariah yang terdiri daripada bekas hakim Mahkamah Syariah, pakar akademik yang khusus tentang hibah dan pusaka, dan bekas pegawai kanan pusaka kecil.  

jawatankuasa

Mereka ada kredibiliti, pengetahuan dan pengalaman yang berkaitan. Adakah dengan mudah mereka akan meluluskan sesuatu servis yang tidak terbukti berkesan?

Dalam video ni, CEO Wasiyyah Shoppe Berhad, En Ariffin memberikan penjelasan tentang hibah hartanah bercagar. Sudah tentu dia ada bias yang memihak kepada WSB, kerana ini syarikatnya. Berdiri di atas prinsip ilmu, kalau ada keraguan, dipersilakan untuk mengesahkan atau mencari hujah yang membelakangkan apa yang didakwa olehnya dalam video ini.

Yang penting, kena buka minda. 

Sebab at the end of the day, waris yang akan terima kesannya atas keputusan yang anda ambil hari ini. Adakah anda sanggup melabur untuk kos hibah (kalau tidah dapat disahkan sekalipun – low probability, ini saja kos yang anda rugi), ataupun membiarkan rumah dibahagi kepada waris-waris Faraid?

Boleh hubungi saya, Ansari 019-749 8210 untuk maklumat lanjut. Atau jika hendak mendaftar Hibah.

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This