Kematian ahli keluarga terdekat meninggalkan pelbagai kesan termasuklah kesan emosi, kewangan, silaturrahim dan sebagainya. Pemergian arwah boleh mengubah kehidupan keluarganya 180 darjah terutamanya apabila arwah adalah tempat pergantungan, breadwinner, dan individu penting yang mengikat perhubungan antara keluarga kecilnya dengan keluarga besar. 

Antara urusan penting yang patut dipercepatkan setelah arwah selesai dikebumikan adalah mengurus tadbir harta pusaka peninggalannya. Malangnya ia tidak berlaku dalam masyarakat kita.

Banyak kes yang terlewat untuk diuruskan berpuluh-puluh tahun lama setelah kematian.

Lebih lama urus tadbir pusaka arwah ditangguhkan, sebenarnya lebih banyak isu baru yang mungkin timbul.

 

Punca Waris Bertangguh Uruskan Pusaka

Ada pelbagai sebab waris-waris menangguhkan urusan tadbir pusaka.

Antaranya berpunca dari pergolakan dalam keluarga arwah; antara keluarga kecil dan keluarga besar – yang melibatkan ibu, ayah, mahupun adik beradik.

Ketiadaan arwah boleh mengubah keharmonian dalam perhubungan kekeluargaan yang sebelum itu murni, khususnya apabila arwah meninggalkan banyak harta dan terdapat ahli waris yang berhasrat untuk mendapatkan bahagian Faraid. 

 

rebut pusaka

 

Malah ada juga waris yang tidak berhak dari segi Hukum Faraid, namun meletakkan dirinya seolah-olah ‘berhak’. Berkait dengan itu, punca kedua lewatnya pusaka diurus adalah disebabkan kejahilan.

Meskipun waris atau ahli keluarga demikian tidak berhak dari sudut hukum Syariah kerana terhalang atau memang bukan ahli waris Faraid, bagaimanapun dia boleh memasukkan jarum untuk mempengaruhi waris-waris Faraid yang berhak. 

Jahil di sini juga merujuk kepada para waris tidak tahu bagaimana caranya untuk menguruskan prosedur pusaka. Urus pusaka bukanlah rutin harian mahupun tahunan kita; malah jika seseorang itu pernah pun menguruskan prosedur tuntutan pusaka sebelum ini, pengalaman kali ini mungkin tidak sama kerana pelbagai pihak berlainan yang terlibat untuk menyelesaikan prosedur.

Para waris yang tidak tahu urus akan memerlukan bantuan pihak luar. Sekiranya waris mengambil servis perkhidmatan syarikat seperti kami di Wasiyyah Shoppe, maka perlulah mengeluarkan kos profesional servis.

Walaupun kos tersebut boleh diambil dari pusaka arwah, namun harta itu sedang terbeku dari sebarang pengeluaran selagimana belum selesai prosedur.

Maka siapa antara waris yang akan mendahulukan wangnya?

Adakah kesemua waris sepakat untuk mengeluarkan kos untuk pengurusan pusaka tersebut?

 

Kesan Bertangguh Urus Pusaka

Anggaran harta beku di Malaysia telah melebihi RM70 bilion. Malah dengan peningkatan nilai hartanah dari tahun ke tahun, nilai harta beku yang tidak diurus dianggar lebih tinggi lagi dari nilai tersebut.

Maka kesan makro adalah kerajaan rugi kerana tidak dapat memperoleh cukai dari harta beku. Transaksi jualbeli harta pusaka tidak dapat dijalankan kerana ‘tuanpunya’ harta masih di atas nama arwah. Umat Islam di Malaysia keseluruhannya juga rugi kerana kebanyakan harta beku adalah milik waris yang beragama Islam.

Kesan mikro yang dialami oleh keluarga arwah pula adalah harta tak alih seperti wang tunai tidak dapat dikeluarkan bagi kegunaan waris terdekat untuk kelangsungan hidup. Sekiranya arwah adalah satu-satunya yang bekerja dan waris yang ditinggalkan tiada simpanan, maka kesannya lebih tragis lagi.

Bagi pasangan suami isteri yang kedua-duanya bekerja dan berkongsi pendapatan, pastinya kehilangan itu seperti patah sebelah sayap. Beban yang ditanggung berdua kini perlu dipikul keseorangan.

Lebih lama bertangguh untuk mengurus tadbir pusaka, lebih lama lah tidak dapat diringankan sedikit beban itu.

 

Prosedur Pentadbiran Pusaka Berisiko Terjejas

Risiko menangguhkan tuntutan ini juga turut menjejaskan kelicinan prosedur pentadbiran pusaka.

Bagaimana?

Lebih lama bertangguh, lebih tinggi risiko untuk waris berlapis. Maka pentadbiran pusaka arwah perlu melibatkan lebih ramai waris-waris.

Lebih ramai waris, lebih sukar nak berurusan. Malah motivasi juga mungkin akan merudum kerana bahagian pusaka waris yang diperoleh adalah kecil.

 

Sebagai contoh mudah, Ahmad mati meninggalkan isteri (Aminah) dan anak (Abu). Aminah dan Abu kedua-duanya tidak tahu bagaimana nak mulakan tuntutan pusaka Ahmad, lalu bertangguh sehingga 20 tahun lamanya.

Abu meninggal dunia, dan meninggalkan isterinya Aisyah dan anak (Afifah). Disebabkan Abu tiada waris asobah anak lelaki, ayah, dan datuk, maka pembahagian harta pusakanya akan melibatkan waris-waris yang lebih jauh lagi. Jika tiada waris asobah dalam kalangan waris, baitulmal pun akan mendapat bahagian.

 

Kembali semula kepada persoalan pokok..bagaimana dengan pembahagian harta pusaka ayahnya, Ahmad?

Jawapannya, akan menjadi lebih rumit lagi. Bahagian Abu ke atas pusaka Ahmad akan diwarisi oleh waris-warisnya yang sudah ‘berkembang’ jauh itu.

 

Elakkan Waris Bertangguh Dengan Pemilik Harta Sendiri Bertindak Awal

Isu berkaitan waris tidak tahu prosedur tuntutan pusaka, tiada bajet, atau tiada yang ingin mendahulukan wang untuk menanggung kos pengurusan sebenarnya boleh dielakkan sedari pemilik harta masih hidup lagi. 

Pemilik harta boleh merancang hal ehwal pentadbiran pusakanya dengan mengambil solusi Wasiyyah Shoppe, dengan:

  • Melantik individu atau syarikat sebagai pentadbir pusaka
  • Memperuntukkan kos dan mengunci perkhidmatan syarikat bagi membantu pengurusan pusaka dengan mengambil plan al-Wasitah

 

Terletak kepada bahu anda sebagai pemilik harta samada untuk memudahkan waris menguruskan harta pusaka yang ditinggalkan, atau ingin menyerah kepada takdir.

Suka untuk saya ingatkan.. tindakan mempercepatkan urusan pentadbiran pusaka bukan hanya melibatkan kepentingan waris sahaja, malah kepada anda sebagai pemilik harta juga.

Hutang yang anda tinggalkan.. itu antara perkara pertama yang diselesaikan dengan harta pusaka anda. Tetapi kalau prosedur tuntutan pusaka tidak dilaksanakan oleh para waris, adakah hutang anda akan terlangsai?

Jika hutang tidak diselesaikan, adakah ruh anda akan tenang..atau tergantung?

 

Boleh Whatsapp saya Ansari 019-749 8210 SEKARANG untuk rancang pentadbiran harta pusaka dan membuat hibah

 

 

 

 

 

 

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This