Kepada pembaca semua, Selamat Tahun Baru 2021!

Sesi ‘Roaring & Soaring’ adalah program rutin tahunan Wasiyyah Shoppe yang dianjurkan pada awal tahun, khusus untuk perunding berdaftar Wasiyyah Shoppe. Juga dikenali sebagai Business Kickoff.

Dalam sesi ini, pihak pengurusan syarikat berkongsi pembaharuan dan perkembangan yang telah dirancang dalam pipeline action plan syarikat bagi tahun 2021.

Bagi Wasiyyah Shoppe yang sememangnya dalam fasa growth, perancangan syarikat sangat mengujakan.

Namun maaf, tidak banyak yang boleh saya kongsikan lagi secara terbuka. Cukuplah saya bagi gambaran, antara yang akan diterokai adalah hibah harta di luar negara.

Hibah harta di luar negara sukar dilaksanakan kerana setiap negara ada undang-undang tersendiri yang mengawal selia proses turunmilik harta berkenaan.

Sebelum Wasiyyah Shoppe memperkenalkan servis ini, panel syariah telah membuat kajian menyeluruh bagi memastikan hibah tersebut tidak akan berhadapan masalah untuk dilaksanakan.

Bagi perunding, ini memberi lebih banyak ruang untuk mengembangkan servis. Untapped market.

Dalam masa yang sama, ia memenuhi keperluan masyarakat yang mempunyai harta di serata dunia bagi merancang pewarisan.

 

Insentif Percutian Percuma

Dalam Roaring and Soaring ini juga ada pengumuman penting yang ditunggu-tunggu oleh semua perunding setiap tahun. 

Iaitu…

Tidak lain lagi.. insentif percutian PERCUMA bagi perunding yang berjaya mencapai tahap jualan.

Alhamdulillah, saya berjaya merangkul insentif percutian ke Taiwan untuk tahun 2020.

insentif trip wasiyyah Shoppe

Terima kasih daun keladi diucapkan kepada semua klien saya 🤗 🤗 kerana memberikan kepercayaan kepada saya merancang pewarisan harta anda.

Moga ada rezeki lagi untuk tahun 2021.

Insentif percutian untuk tahun 2021 bagaimanapun berbeza kerana ancaman COVID-19.

Ada kekangan untuk bercuti ke luar negara 😥 😥 , maka lokasi percutian di dalam negara sahaja. Tetapi…

…disertakan duit poket untuk belanja!

Mengapa saya kongsikan semua ini?

 

Peluang Terbuka..

Bagi anda yang berminat nak turut serta bersama team saya di Wasiyyah Shoppe, ini peluang yang patut dikejar.

Ada insentif percutian, pasaran yang luas, dan akan lebih luas lagi dengan pembaharuan yang akan diperkenalkan oleh syarikat.

Boleh juga tambahkan cabang pendapatan bagi mengharungi keadaan ekonomi yang kurang baik sekarang ini.

 

Ucapan Penasihat Wasiyyah Shoppe

Ucapan pembukaan sesi oleh penasihat Wasiyyah Shoppe, Dato’ Dr Afifi al-Akiti juga menjadi sesi highlight yang ditunggu-tunggu.

Beliau bersiaran secara langsung dari Universiti Oxford pada sekitar jam 2 pagi waktu tempatan.

 

Dato’ Dr Afifi sekarang berkhidmat sebagai pensyarah di Oxford University dan memegang posisi penasihat Wasiyyah Shoppe sejak Mei 2020 yang lepas. Dari segi kredibiliti, Dato’ Dr Afifi tersenarai dalam 500 Tokoh Muslim Paling Berpengaruh sejak tahun 2010.

Beliau boleh sahaja mengulas dan menggoreng topik mudah bagi menyampaikan ucapan pembukaan, tetapi beliau memilih untuk mengulas tentang epistemologi atau asal perkataan ‘soaring’ dan ‘roaring’.

Suatu topik yang menarik, tetapi sukar untuk dihuraikan melainkan ada kefahaman yang kukuh.

‘Soar’ berasal dari bahasa Jerman, manakala ‘roar’ pula asalnya dari bahasa Perancis. Perbahasan terperinci juga disentuh, dari sudut falsafah dan lebih mendalam.

Beliau juga menyentuh isu semasa COVID-19. Jika di Malaysia kes Covid telah mencapai rekod melebihi 3,000 kes dan kematian 16 orang dalam sehari, di UK telah mencecah lebih 60,000 dan seribu lebih kematian sehari.

Ada orang melihat situasi ini sebagai bala. Namun Dato’ menyarankan kita melihat musibah ini dari sudut positif.

Terdapat inovasi zaman silam yang tercetus di kala sedang berkuarantin. Atau dalam bahasa Arabnya, disebut juga sebagai ber’khalwah’ atau uzlah.

Isaac Newton menemui teori graviti semasa dalam pandemik dan beliau di terperuk di rumahnya menjalani kuarantin.

Begitu juga Imam Ghazali, mendapat idea besar dalam menulis kitab agungnya semasa berkhalwah panjang selama 2 tahun.

Dalam situasi pandemik sekarang ini, kita mengasingkan diri secara fizikal dari orang lain, tetapi tidak terpisah dengan dunia.

“To be in the world, but not of the world”, kata Dato’ Dr Afifi.

Berusahalah untuk menjadi seorang yang zuhud, iaitu tidak tergantung kepada dunia. Gunakan masa kuarantin ini untuk berhijrah secara minda dan amalan serta memperbaiki diri.

Sekian perkongsian di awal tahun 2021. Moga ada manfaatnya.

 

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Share This
× Berminat?