Cerai fasakh bermaksud membatalkan atau memutuskan ikatan yang wujud antara suami isteri, atau membatalkan akad perkahwinan dengan sebab kerosakan yang berlaku semasa akad perkahwinan itu atau dengan sebab-sebab mendatang yang menghalang perkahwinan itu daripada berkekalan.
Cerai Fasakh Mengikut Enakmen di Selangor
Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor, memperuntukkan bahawa seorang perempuan berhak mendapat perintah untuk membubarkan perkahwinan (fasakh) atas satu alasan atau lebih daripada alasan berikut:
1. Tidak diketahui di mana suami berada selama tempoh lebih daripada SATU TAHUN.
2. Suami telah cuai atau telah tidak memberi nafkah selama tempoh TIGA BULAN.
3. Suami telah dihukum penjara selama tempoh TIGA TAHUN ATAU LEBIH.
4. Suami tidak memberikan nafkah batin (tanpa alasan yang munasabah) selama tempoh SATU TAHUN.
5. Suami telah MATI PUCUK pada masa perkahwinan dan masih lagi sedemikian dan isteri tidak tahu pada masa perkahwinan bahawa suami telah mati pucuk.
6. Suami telah gila selama tempoh 2 TAHUN atau sedang menghidap penyakit kusta atau vitiligo atau penyakit kelamin dalam keadaan boleh berjangkit.
7. Isteri, setelah dikahwinkan oleh bapa atau datuknya sebelum mencapai umur 16 tahun, menolak perkahwinan itu sebelum mencapai umur 18 tahun, dan ia belum disetubuhi oleh suaminya.
8. Suami MENGANIAYA ISTERI. Contohnya dalam keadaan berikut;
😰 Lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan kelakuan aniaya tersebut.
😰 Berkawan dengan perempuan jahat atau hidup berperangai keji mengikut pandangan syarak.
😰 Cuba memaksa isteri hidup secara lucah.
😰 Melupuskan harta isteri atau melarang isteri daripada menggunakan haknya di sisi undang-undang terhadap harta tersebut.
😰 Menghalang isteri daripada menunaikan atau menjalankan kewajipan atau amalan agama.
😰 Jika dia mempunyai isteri lebih daripada seorang, dia tidak melayani isteri yang berkenaan secara adil mengikut kehendak hukum syarak.
9. Walaupun empat bulan telah berlalu tetapi isteri masih belum disetubuhi atau oleh sebab suami sengaja enggan menyetubuhinya.
10. Isteri tidak mengizinkan perkahwinan itu atau izinnya tidak sah sama ada kerana paksaan, kesilapan, ketidaksempurnaan akal atau lain2 hal yang diakui oleh hukun syarak.
11. Pada masa perkahwinan itu walaupun isteri berkebolehan memberi izin yang sah tetapi dia seorang yang sakit otak sama ada sekali-sekala atau berterusan dan sakit otaknya itu menjadikannya tidak layak untuk berkahwin.
12. Apa-apa alasan lain yang diiktiraf sebagai sah bagi membubarkan perkahwinan atau fasakh di bawah hukum syarak.
Rujukan: Sahabat Mahkamah Syariah
- Hibahkan Keseluruhan Harta? - June 5, 2023
- Waris Perlu Tanggung Cukai LHDN Arwah? - June 3, 2023
- Zayd Ibn Thabit Sahabat Nabi Pakar Ilmu Faraid - May 22, 2023
Assalamualaikum… Saya ingin mnta pendapat, saya dan suami mempunyai masalah rumah tangga, akan tetapi dia jga ada memberikan nafkah tpi jarang, suami jga selalu berjudi, suami buat saya mcm bukan isteri,klau hendak kluar berurusan suami suruh saya jln kaki… Saya dan family sebeli suami pun xsuka saya dan saya dah xtahan hidup denhan suami saya.Suami xmau lepaskan saya… Tolong bagi tau saya mcm mna mau urus prceraian dengan suami saya😔
Wslm wbt puan Aishah,
Takziah atas musibah rumahtangga puan. Puan boleh failkan fasakh atas sebab yg puan nyatakan mengenai nafkah dan tanggungjawab suami yang diabaikan. Bagaimanapun, untuk nasihat dan urusan permohonan perceraian puan sewajarnya merujuk kepada pegawai mahkamah atau peguam syarie. Saya hanya boleh berikan nasihat berkaitan hibah, wasiat, pusaka dan amanah sahaja
Assalamualaikum…sye tlh dihalau oleh suami dr rmh sewa kami,dn skrng sye mnyewa tmpt lain dgn ank2 dr bln 12 thn lps.tetapi smpai skrng suami xnk ceraikn sye krn dia nk sye mnderita smpai bila2.dn smpai skrng dia menaniayai sye dgn roskkn motosikal,curi kasut/selipar dn beberapa kali dtg memaki hamun dirumh sewa sye.spnjg perkahwinan kmi slma 18thn suami xada keje tetap,dn xprnh menunaikn solat dn puasa.sye cukup tertekan skrng ni…ape perlu sye buat?
Assalamualaikum, sye dan suami bru berkahwin 2tahun. Dari awal perkahwinan kami kerap bergaduh. Wlaupon bnda kecil tpi suami tk pernah ajak berbincang tapi keluar rumah, kdang blik kdang tidak. The worst, suami anak tunggal dan selalu becerita mslah rumahtangga kami pada keluarganya. Sekaligus menjatuhkan air muka saya. Suami selalu kluar rumah hingga lewat mlam bersama kwan ii. Sye mengandung 8bulan, tpi hampir semua tanggungjwab sye perlu buat sndri dgan bantuan mertua. Suami cuma keluar bekerja, blik kerja dan melepak. Kdang sye sakit tpi keluarga yg dtang tlong. Setiap kali Ade perselisihan faham msti nama keluarga saya jdi mangsa hina suami. Boleh ke sye tuntut fasakh ?
Assalmualaikum…Saya dan suami telah berkahwin 13 tahun. Kami mempunyai 2 orang anak yg bersekolah.Sepanjang perkahwinan saya banyak menanggung kos untuk isi rumah kerana saya bekerja tetap sedangkan suami hanya berniaga kecil-kecilan. Suami tidak pernah mengambil tahu bil2 dalam rumah.Rumah yang saya duduki sekarang adalah rumah peninggalan arwah ibu saya. Ibu dan ayah saya telah meninggal dunia sebelum saya berkahwin. Adik beradik pula tidak ramai.hanya saya dan kakak sahaja yang ada. yang seorang lagi telah meninggal dunia 2 tahun lepas. Kakak saya pula tidak sihat..Saya rasa sangat terbeban untuk menanggung kos isi rumah seorang diri. Suami tidak banyak membantu. Adakah saya patut memohon fasakh?
Wslm wbt.
Semoga dipermudahkan urusan puan