pakej pengurusan pusaka
perkhidmatan percuma* untuk waris
Pakej ini memastikan prosedur tuntutan pusaka arwah dapat dijalankan dengan sempurna kerana dikendalikan oleh staf profesional. Dengan itu, waris dapat memperoleh harta pusaka peninggalan arwah dengan cepat, mudah dan percuma*.

penyelesaian harta beku umat islam

waris tidak tahu urus


waris tiada masa untuk urus


waris tiada kos untuk urus
kami ada di setiap langkah
Mulai dari merancang perlantikan wasi sehinggalah mendapatkan perintah pembahagian pusaka, pakej ini akan memudahkan urusan waris mendapatkan harta yang ditinggalkan untuk meneruskan hidup


perancangan awal
Sediakan dokumen Perlantikan Wasi semasa hidup lagi bagi melantik pentadbir yang akan menguruskan harta peninggalan.


khidmat peribadi yang memudahkan waris
Waris perlu hubungi Wasiyyah Shoppe untuk memaklumkan arwah meninggal dunia. Wakil syarikat akan dihantar ke tempat waris berkumpul pada bila-bila masa sahaja yang diperlukan.


khutbah pusaka
Wakil Wasiyyah Shoppe akan menjelaskan kepada para waris mengenai perancangan harta yang telah dibuat oleh arwah semasa hidupnya dan prosedur tuntutan pusaka yang akan dijalankan.




tuntutan pusaka yang mudah
Wasiyyah Shoppe akan membantu Wasi membuat tuntutan pusaka. Waris tidak perlu pening kepala memikirkan cara dan meluangkan masa kerja untuk menyelesaikan prosedur.


tempoh singkat untuk dapat perintah
Dengan adanya khidmat profesional dari wakil syarikat, prosedur di Pusaka Kecil biasanya selesai dalam masa 5-6 bulan sahaja.
Mengenai wasiyyah shoppe
Wasiyyah Shoppe adalah sebuah syarikat amanah (trustee company) yang berdaftar di bawah SSM. Kelebihan syarikat amanah ialah perpetuity, iaitu syarikat ini tidak akan bungkus atau ‘tutup kedai’.
Maka pakej perkhidmatan yang diambil oleh pelanggan Wasiyyah Shoppe insyaAllah akan dapat dilaksanakan bagi kemudahan waris, walaupun pelanggan dikurniakan umur yang panjang.






kelebihan lain pakej pengurusan
Selain yang di atas, ini kelebihan lain yang dinikmati oleh waris pelanggan pakej pengurusan Wasiyyah Shoppe ini


dokumen wasiat 1/3 untuk bukan waris


penyimpanan selamat dokumen


Khairat Kematian




akad tabarru'
Betul ke percuma* untuk waris?
Pakej pengurusan pusaka Wasiyyah Shoppe menggunakan konsep front-loading, iaitu caj perlaksanaan pengurusan ini telah dibayar semasa hidup lagi oleh pemilik harta secara bayaran langganan (akad tabarru’); pemillik harta berpeluang untuk membayar kos yang lebih rendah. Maka ia percuma* untuk waris, dan mereka tidak lagi terbeban untuk membayar kos tersebut selepas peninggalan arwah.
Sebaliknya, caj back-loading banyak diamalkan oleh syarikat lain. Caj yang dikenakan oleh mereka adalah berdasarkan persen daripada keseluruhan nilai harta pusaka yang diuruskan, dan ia dibayar selepas peninggalan pemilik harta. Memang kosnya akan jadi TINGGI!

