Sekiranya anda ada tanggapan Hibah hanya sesuai dibuat oleh orang yang kaya, berwang atau yang dalam kategori T20 sahaja, anda silap. Kaya atau kurang kaya, masing-masing ada keperluan dan hasrat yang hendak dicapai berkenaan harta yang ditinggalkan.

“Harta yang kami ada cuma sebuah rumah ni saja”.

Bukankah kerana anda ada sebuah rumah sahaja, maka lebih penting dan kritikal untuk anda pastikan rumah itu diwarisi oleh anak dan isteri anda sahaja?

Kalaulah rumah yang satu itu perlu dibahagi-bahagikan hak dengan waris Faraid yang lain, adakah anak dan isteri anda mempunyai pilihan rumah yang lain untuk berpindah masuk?

Orang yang mempunyai rumah yang banyak mempunyai ruang negosiasi yang lebih banyak untuk berunding kaedah pengagihan hak dengan waris-waris lain.

Mungkin Rumah A untuk Waris D dan E dan mereka melepaskan hak ke atas Rumah B, yang diserahkan kepada Waris F dan G.

Namun masih ada ruang masalah juga. Bila kita berhadapan dengan emosi dan perangai manusia, bersedialah dengan pelbagai karenah.

Contohnya.. Bagaimana jika ada waris yang enggan berunding, dan tetap mahukan hak ke atas rumah yang keluarga anda diami? Atau mahukan hak Faraid ke atas semua rumah?

 

Berharta Tak Semestinya Kaya

Sesiapa pun boleh membuat deklarasi Hibah, asalkan dia adalah seorang yang berharta. Berharta tidak bermakna anda mesti seorang yang kaya.

 

Berharta bermaksud anda adalah seorang pemilik harta yang sah di sisi undang-undang dan harta yang dimiliki tersebut mempunyai nilaiannya di sisi syara’.

 

Oleh sedemikian, jika tiada harta yang dimiliki, maka tiadalah harta untuk dihibahkan. 

Jika ada banyak harta yang dimiliki, maka boleh dihibahkan semuanya atau sebahagian harta yang tertentu.

 

Mempunyai Hasrat Untuk Mengagihkan Harta Berlainan Dengan Faraid

Sekiranya pemilik harta mempunyai hasrat dan formula pembahagian tertentu kepada siapa nak diwariskan harta tersebut dan pecahan pembahagian bagi setiap penerima, maka Hibah boleh digunakan sebagai instrumen yang sesuai.

Oleh sedemikian, jika hasrat agihan anda sama sahaja dengan hak dan pecahan Faraid, maka tidak perlulah dibuat Hibah.

Ini kerana Faraid adalah kaedah pembahagian default sekiranya tiada perancangan pewarisan yang dibuat semasa pemilik harta hidup.

Dalam situasi ini, anda boleh membuat dokumen perlantikan wasi/pentadbir atau mengambil plan al-Wasitah bagi memudahkan proses pentadbiran pusaka.

 

Sepertimana kita disaran merancang kewangan bagi menstrukturkan pendapatan dan perbelanjaan, kita juga disyorkan untuk merancang pewarisan dengan menggunakan instrumen Hibah, Wasiat, Amanah dan sebagainya bagi mengagihkan harta yang dimiliki kepada penerima. Malah, merancang pewarisan juga termasuk dalam piramid perancangan kewangan, dari sudut pengagihan harta yang dimiliki. 

 

Hibah Bercanggah Dengan Faraid?

Saya ada sebutkan Hibah dibuat sekiranya pemilik harta mempunyai hasrat yang berlainan dengan pembahagian mengikut hukum Faraid.

Saya sudah pun mengulas pandangan pihak yang tidak bersetuju dan berpandangan Hibah melanggar hukum Faraid dan mengambil hak waris-waris Faraid. Hujah meraka, hukum Faraid itu adalah hukum Allah dan tidak sewajarnya kita menidakkan dan menafikan bahagian hak waris.

Saya setuju. Hukum Faraid wajib diikuti. Namun bila hak-hak Faraid itu wujud?

Hak Faraid wujud setelah pemilik harta meninggal dunia. Manakala hibah terlaksana semasa pemilik masih hidup lagi.

Kesimpulannya sesiapa pun boleh berhibah, asalkan harta yang dihibahkan itu miliknya secara sah. 

 

Nak rancang Pewarisan? PM saya Ansari, 019-749 8210 atau Whatsapp dengan KLIK SINI.

 

 

 

 

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This