Bagi menjaga kepentingan pihak yang berurusan, semua urusan transaksi yang melibatkan pertukaran hakmilik perlulah didokumenkan secara rasmi dalam bentuk hitam putih. Ini termasuklah urusan pemberian hibah harta.

Dokumen yang dibuat akan menjadi bahan bukti yang dipersembahkan dan dihujahkan oleh peguam di Mahkamah Syariah sekiranya perlu.

 

Dokumen Hibah Sebagai Bahan Bukti

Setelah dibicarakan, jika sebaliknya hakim menghukumkan dokumen itu tidak sah sebagai hibah, atau menafsirkan ia sebagai wasiat atau sekadar pesanan, siapakah yang menanggung kesannya?

Tentunya individu yang anda hasratkan dan namakan sebagai penerima yang akan terjejas.

Maka persoalan siapa yang layak menyediakan dokumen hibah adalah sangat penting untuk dipertimbangkan untuk memastikan penerima hibah dapat menerima harta yang dihadiahkan tanpa masalah.

 

Soal Kelayakan Penyedia Dokumen

Soalan berkaitan kelayakan penyedia dokumen di atas sebenarnya datang dari seorang prospek.

Soalan sebegini jarang sekali ditanya dan mungkin kurang diambil berat. Kebanyakan soalan yang datang tertumpu kepada kos.

Asalkan peguam atau seorang ustaz itu menawarkan servis dengan kos yang rendah, itu yang biasanya dipandang dahulu.

Tetapi adakah ditanya samada mereka layak?

Bagaimana pula nak menilai kelayakan itu?

 

Autoriti dan Kapasiti

Saya pecahkan soal kelayakan penyedia dokumen hibah dari segi autoriti dan kapasiti.

 

Autoriti

Soal autoriti berkait dengan punca kuasa iaitu entiti yang mengawal selia.

Hibah dan perkara berkait dengan harta (mal) orang Islam berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Namun persoalan samada hanya individu, peguam atau syarikat tertentu sahaja yang layak untuk menyediakan dokumen hibah jarang dibincangkan.

Saya pernah membaca status seorang peguam yang menyatakan hanya orang tertentu sahaja yang layak. Jika tidak silap saya, mereka yang berkecimpung dalam undang-undang seperti peguam. Namun, saya tidak pasti akta atau enakmen mana yang dirujuk.

Secara praktis, setakat pengetahuan saya sesiapa pun boleh mendraf dokumen hibah dan boleh diterima untuk dihujahkan di Mahkamah Syariah.

Walaupun sesiapa pun boleh kerana tiada autoriti yang khusus ditetapkan… tetapi adakah yang berkenaan layak dari segi kapasiti?

 

Kapasiti

Kapasiti yang dimaksudkan adalah dari sudut keupayaan (ability) dan kredibiliti yang khusus dalam bidang hibah pusaka.

Dari segi keupayaan, adakah penyedia dokumen mempunyai latar belakang praktis ilmu dan kefahaman undang-undang sivil dan syariah berkaitan pusaka?

Dokumen hibah adalah dokumen legal, maka persoalan ini sangat releven untuk difikirkan. Jika penyedia pun tidak faham secara menyeluruh, bagaimana dokumen yang disediakan itu yang menjadi bukti akan dapat dihujahkan di Mahkamah nanti?

Dari sudut kredibiliti, adakah penyedia dokumen berpengalaman mendapatkan pengesahan hibah di Mahkamah Syariah?

Pengalaman ini penting kerana pelbagai persoalan berkait teknikal syariah boleh ditimbulkan oleh peguam pihak lawan, dengan merujuk kepada dokumen hibah yang ditandatangani.

Sekiranya ia gagal dipertahankan, maka hibah tersebut boleh terbatal.

 

Jangan Pandang Enteng Soal Kelayakan dan Kredibiliti

Walaupun tidak menyebut secara langsung soal kelayakan, saya seringkali menekankan tentang kredibiliti penyedia dokumen.

Sekiranya mahukan solusi hibah yang lebih terjamin buat penerima dan menjadikan anda lebih tenang, pilihlah penyedia dokumen yang berkelayakan dari segi kapasiti dan kredibiliti.

 

 

Ansari
Latest posts by Ansari (see all)
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This