Baru berlaku sepasang suami isteri terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika menunggang motosikal bersama. Kedua-duanya meninggal dunia sekaligus merubah status anak-anak yang ditinggalkan menjadi anak yatim piatu. Mereka mati ‘serentak’ dalam satu tragedi, tetapi tidak serentak dalam istilah sebenar kerana terdapat perbezaan masa kematian antara keduanya.

Sudah lumrah, semua makhluk yang hidup akan mati. Namun asbab kematian yang tidak di’jangka’ seperti kemalangan jalanraya menimbulkan risau dan bimbang – adakah kita sendiri sudah siap menghadapi alam barzakh pada bila-bila masa? Bagaimana pula dengan kebajikan waris yang ditinggalkan…

Bagi mereka yang bergelar ibu dan ayah – termasuk saya – pastinya akan terkesan, simpati dan empati dengan nasib mereka sekeluarga. Bagaimana anak-anak tersebut akan mengharungi hidup dalam ekonomi yang mencabar ini dengan hilangnya tempat bergantung harapan. Emosi merudum memikirkan masa depan.

 

Kemalangan Mati ‘Serentak’

Tragedi mati ‘serentak’ bukanlah suatu yang asing, malah sering juga dilaporkan. Risiko sentiasa ada apabila suami isteri pergi bekerja dengan kenderaan yang sama. Ibu ayah dan anak-anak pergi berjalan atau balik kampung bersama-sama.

Secara praktikalnya, ia sukar untuk dielakkan.

Ada yang mencadangkan suami isteri pergi bekerja berasingan untuk mengelakkan risiko mati ‘serentak’ sekiranya ditakdirkan terlibat dalam kemalangan. Namun ia akan meningkatkan kos perbelanjaan. Malah mungkin ada risiko berbangkit yang lain pula apabila masing-masing memandu kereta atau motosikal sendiri.

Dari sudut pewarisan harta, untuk ditakrifkan sebagai mati serentak, pasangan tersebut mestilah mati pada masa yang sama.

Iaitu tiada sela masa antara masa kematian keduanya.

 

Gap Masa Mati Serentak

Sekiranya salah seorang mati di tempat kejadian, manakala seorang lagi mati semasa dalam perjalanan ke hospital; ia bukanlah takrifan mati serentak kerana terdapat gap masa kematian.

Perbezaannya besar dari sudut pewarisan Faraid.

Pasangan yang mati terkemudian akan mewarisi harta pusaka yang mati terdahulu, walaupun sela masa kematian hanya berbeza beberapa minit sahaja.

Apabila dia pula yang menyusuli pergi, harta yang diwarisi itu akan menjadi harta pusaka yang diwarisi oleh waris-waris Faraidnya. Kesannya, kes ini akan menjadi kes pusaka waris berlapis.

Perkara ini perlulah dititikberatkan semasa proses pentadbiran pusaka dijalankan, agar para waris tidak tersilap memakan harta batil tanpa sengaja.

 

Hukum Faraid Bila Disahkan Mati Serentak

Pasangan suami isteri dikatakan mati serentak apabila masa kematian keduanya disahkan sama oleh pihak autoriti.

Sekiranya asbab sesuatu kejadian tersebut sukar untuk menentukan siapa yang meninggal terlebih dahulu, contohnya seperti kapal karam, tertimbus di bawah runtuhan, dan kemalangan maut; jumhur fuqaha’ memutuskan mereka saling tidak waris mewarisi antara satu sama lain.

Harta pusaka masing-masing akan dibahagikan kepada waris-waris yang hidup tanpa mengambil kira bahagian faraid arwah yang meninggal serentak tersebut.

 

Pengajaran Bagi Yang Masih Bernyawa

Bagi mereka yang telah pergi, masa mereka di dunia telah tamat. Tidak lagi ada kesempatan untuk mengubah nasib anak-anak yang ditinggalkan. Sekiranya persiapan tidak sempat dibuat untuk mengagihkan harta, maka kita doakan yang terbaik bagi para waris. 

Namun bagi kita yang masih bernyawa jangan sia-siakan masa yang berbaki; ambil ia sebagai pengajaran untuk kita bertindak merancang pewarisan harta.

Gunakan masa dan kesempatan yang ada untuk merancang masa depan anak sekiranya kita pergi terlebih dahulu.

Bila kita risaukan harta pusaka lambat dapat dicairkan, usahakan dengan melantik pentadbir dan bersiap dengan menempah servis pihak profesional untuk membantu menguruskan pentadbiran pusaka kelak, seperti plan Al-Wasitah.

Jika risaukan duit tidak cukup, atau terpaksa berkongsi tempat tinggal dengan waris lain, usahakan untuk buat hibah.

 

Untuk mendaftar Hibah dan berbincang lanjut, sila Whatsapp Ansari 019-749 8210

 

 

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This