Seringkali saya mendapat pertanyaan mengenai urusan tuntutan pusaka. Ramai yang tidak jelas bagaimana caranya untuk membolehkan harta pusaka yang ditinggalkan arwah ditukar milik kepada para waris. Bukanlah suatu yang pelik kerana lazimnya kita terdorong untuk mengambil tahu prosedur tuntutan pusaka apabila berlaku kematian dalam keluarga terdekat.

Ada juga pertanyaan menyentuh pembahagian hak. Siapa waris yang mendapat hak Faraid, dan berapa banyak hak yang diperoleh.

Pertanyaan pertama berkait dengan pentadbiran pusaka. Manakala persoalan kedua berkait dengan pengagihan hak. Kedua-duanya boleh dirancang semasa hidup.

Kembali kepada persoalan: Susah ke urus sendiri pusaka?

Jawapan pendek saya: Complicated (susah) bagi waris yang tiada ilmu dan pengalaman, dan complex (kerana melibatkan ramai pihak).


Mengapa Urus Pusaka Jadi Complicated?

Pengurusan pusaka mesti ditadbir mengikut garis panduan undang-undang yang telah ditetapkan.

Di Malaysia, terdapat tiga institusi yang menguruskan pentadbiran harta pusaka umat Islam, iaitu

  • Pejabat Pusaka Kecil,
  • Mahkamah Tinggi Sivil
  • Amanah Raya.

 

Waris yang menjadi pentadbir perlu tahu institusi mana yang perlu dituju untuk memfailkan tuntutan, di daerah mana, cara nak memfailkan permohonan, borang dan dokumen yang diperlukan.

Di samping itu, pentadbir juga mesti meluangkan masa pada hari bekerja untuk menyelesaikan urusan tersebut.

Pentadbir yang tiada pengalaman mahupun pengetahuan berkemungkinan akan menghadapi masalah untuk menyelesaikan tanggungjawab sehingga selesai.

Berkemungkinan juga akan menangguh atau mengambil masa lebih lama dari yang sepatutnya.

 

Mengapa Urus Pusaka Jadi Complex?

Urus pusaka melibatkan banyak pihak – institusi yang menguruskan pusaka, para waris, dan pendaftar harta.

Setiap institusi yang dituju itu berbeza kaedah pentadbiran pusaka dan akta yang mengawal selia.

Begitu juga kosnya boleh jadi jauh berbeza. Kos yang terlibat boleh menjadi isu besar yang menghalang perjalanan pengurusan pusaka.

 

Silap faham biasa: Hukum Faraid sudah jelas, maka tidak perlu merancang pewarisan harta kerana yakin waris tidak akan bergaduh atau berebut pusaka.

 

Memang benar hukum Faraid telah jelas menyatakan hak para waris. Namun perlaksanaan Faraid sekalipun melibatkan manusia, yang bertindak dengan pengaruh emosi dan hubungan.

Pentadbir yang memfailkan kes memerlukan kerjasama daripada setiap waris untuk menyerahkan dokumen yang diperlukan.

Sekiranya mereka enggan atas alasan tersendiri, maka perlaksanaan tuntutan akan tergantung.

Selain itu, Pentadbir juga perlu berurusan dengan pendaftar harta dan pihak berkaitan, mengikut jenis harta pusaka yang ditinggalkan. Setiap pendaftar harta dikawal selia oleh akta dan prosedur yang berlainan.


Adakah Servis Pihak Ketiga Dapat Membantu Urus Pusaka?

Para waris yang tiada masa dan pengetahuan untuk menguruskan pusaka, boleh mengambil servis pihak ketiga yang berkecuali seperti khidmat Wasiyyah Shoppe.

Tentunya ia akan memudahkan urusan kerana kami ada team yang berdedikasi dan berpengalaman.

Apabila pentadbiran pusaka dibuat mengikut prosedur yang ditetapkan, maka tiadalah risiko pentadbir perlu berulang alik dan mengulangi prosedur disebabkan dokumen tidak lengkap dan sebagainya.

Begitu juga kehadiran orang tengah memberikan nasihat mungkin dapat menyelesaikan isu waris yang enggan memberikan kerjasama.

Kesannya, waris-waris yang berhak dapat menerima harta pusaka dengan lebih cepat.

 

Siapa Yang Perlu Bayar Caj Urusan?

Walau bagaimanapun, mengikut pengalaman saya, tidak mudah untuk mendapatkan waris yang sanggup hendak mengeluarkan wang sendiri untuk mendahulukan bayaran caj servis perkhidmatan untuk pihak ketiga membantu menguruskan pusaka.

Mungkin mereka memilih untuk men’jimat’kan kos dengan cuba menguruskannya sendiri.

Andaian saya mereka menganggap urusan pusaka ini tidak susah, tidak complicated dan tidak complex.

Namun sebenarnya, masa yang diluang untuk mengurus, dan usaha mereka ke sana sini itu melibatkan kos kewangan juga. Begitu juga opportunity cost yang sepatutnya boleh digunakan untuk melakukan aktiviti lain.

Jangan dilupa… lebih banyak hiccup dalam pengurusan, maka lebih lambatlah para waris memperoleh bahagian pusaka.

 

Wasitah Sebagai Khairat Pusaka

Pemilik harta boleh bertindak proaktif merancang pentadbiran harta pusakanya dengan melanggan produk Wasitah.

Menerusi Wasitah, pemilik harta telah menyelesaikan kegusaran waris dengan telah mempersiapkan peruntukan untuk khairat pusaka.

Khairat pusaka ini peranannya seumpama khairat kematian, tetapi menjurus kepada peruntukan untuk menguruskan prosedur tuntutan pusaka.

Melalui plan Wasitah yang telah dilanggan, pemilik harta telah mengunci perkhidmatan Wasiyyah Shoppe dan telah me’langsai’kan kos servis untuk membantu waris-waris mendapatkan pusaka.

Waris tidak lagi dikenakan caj kerana telah dibayar dari plan Wasitah.

Menarik, bukan? Plan revolutionary yang tiada ditawarkan oleh syarikat pusaka lain.

 

Boleh Whatsapp saya, Ansari di 019-749 8210 untuk mendaftar Wasitah!

 

 

Ansari
Latest posts by Ansari (see all)
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This