Varian Delta dan mutasi COVID yang lainnya telah menaikkan tahap kebolehjangkitan penyakit ini dalam masyarakat. COVID lebih mudah merebak dan dibimbangi boleh tersebar menerusi udara.

Yang lebih membimbangkan lagi, semakin ramai yang tewas dan demografi kematian akibat COVID banyak juga yang melibatkan golongan muda.

Ada yang tiba-tiba sahaja meninggal dunia tanpa sebarang simptom. Apabila didiagnos, rupa-rupanya telah dijangkiti COVID tanpa disedari.

COVID pada tahun lepas tidak seganas yang kita sedang hadapi sekarang ini. Secara kasarnya, kebanyakan yang meninggal dunia sebelumnya adalah orang berumur yang sudah ada penyakit tiga serangkai. Pada tahun ini, kita banyak mendapat berita kematian orang muda yang tidak berpenyakit kronik.

 

Maradhul Maut Semasa Hibah Dibuat

Perbincangan panel syariah Wasiyyah Shoppe semasa awal pandemik ini menyerang berkisarkan tentang isu Maradhul Maut.

 

Iaitu apakah status hibah yang dibuat sekiranya pemilik harta membuat Hibah dalam keadaannya telah dijangkiti COVID-19?

 

Kita tahu implikasi jangkitan penyakit ini boleh membawa kepada keadaan tenat dan kematian. Keadaan tersebut dikhuatiri akan mempengaruhi kewarasan pemberi Hibah untuk berakad.

Maka adakah hibah yang dibuat ketika itu sah?

Kerana itu kita menggalakkan Hibah dibuat sesegera yang mungkin. Agak mustahil untuk membuat Hibah dalam keadaan seseorang itu sudah masuk wad kerana komunikasi dengan keluarga terbatas. Tambah lagi isu Maradhul Maut tersebut.

 

Perbandingan COVID Tahun Lepas dan Tahun Ini

Pada tahun lepas, kebanyakan kes COVID dapat dikesan dengan simptom yang jelas. Mereka yang telah dijangkiti biasanya boleh merasakan virus tersebut telah berada dalam badan menerusi tanda-tanda seperti demam tak kebah, batuk-batuk dan sebagainya.

Situasi sekarang tidak sama. Seseorang itu boleh rebah dan meninggal dunia secara tiba-tiba ketika asyik berbual di sofa bersama suami, tanpa tahu menahu dirinya telah dijangkiti COVID. Ini kisah benar yang berlaku. Sangat tragis kerana ia berlaku terlalu pantas. 

Tahun lepas kita menggesa masyarakat agar cepat-cepat membuat Hibah kerana bimbangkan kesahan hibah berikutan isu Maradhul Maut.

Tahun ini, risikonya lebih dahsyat lagi apabila bertambahnya korban kematian orang-orang muda yang tiada penyakit kronik. Yang ditinggalkan pula anak-anak yang masih kecil dan bawah umur.

Meninggal dunia dan dibimbangi tidak sempat membuat persediaan perancangan Hibah dan pewarisan.

 


Happy Hypoxia – Pembunuh Senyap

Antara punca kematian tiba-tiba ini adalah akibat Happy Hypoxia.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Hypoxia berpunca terutamanya akibat jangkitan penyakit paru-paru dan jantung yang menyebabkan kerosakan pada otak, paru-paru dan organ dalaman badan.

Keadaan itu berlaku apabila kandungan oksigen dalam badan seseorang itu kurang daripada 95 peratus.

 

happy hypoxia

 

Apa yang membimbangkan, pesakit tidak menunjukkan gejala sukar bernafas walaupun tahap oksigen dalam badan rendah.

Mereka kelihatan tenang seperti orang biasa dan normal –  disebabkan itu mereka dalam keadaan yang dipanggil sebagai ‘Happy Hypoxic’.

Oleh kerana itu, penyakit tidak dapat dikesan dan dirawat lebih awal, yang menyebabkan mereka boleh meninggal dunia secara tiba-tiba.

 

Urgensi Untuk Merancang Pewarisan

Dalam keadaan pre-COVID dan selepas ini sekalipun, kematian boleh datang pada bila-bila masa sahaja. Itu kita memang yakini.

Namun begitu, situasi sekarang ini membuatkan kita lebih merasai betapa dekatnya kematian itu dengan kita. 

Mati tetiba kerana happy hypoxia. Naudzubillah..

Pendek kata, jika anda memiliki harta dan berhasrat untuk merancang pewarisan, buatlah segera. Jangan ditangguhkan lagi.

Kita semua tahu risikonya dan sejauh mana bahayanya varian Delta ini. 

Yang muda. Yang Tua. Yang Berpenyakit dan Sihat. Semua kita berisiko.

Mudah-mudahan kita dipanjangkan umur dan diselamatkan dari jangkitan pandemik ini. InsyaAllah.

 

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This