GO+ adalah satu ciri atau feature baru Touch ‘N Go e-wallet yang baru dilancarkan 29 Mac lalu. Ciri GO+ ini membolehkan pengguna TNG memperoleh pulangan faedah harian daripada wang yang berbaki dalam e-wallet TNG.

Menarik, kerana wang baki yang belum digunakan dalam e-dompet dapat menghasilkan pulangan. Duit beranak, kata orang. Walaupun mungkin tidak banyak, tetapi lebih baik sedikit daripada tidak ada langsung, betul?

Bagi peserta GO+, wang baki tersebut dilaburkan secara automatik dalam Dana Pasaran Wang (Money Market Fund) yang diuruskan oleh Principal Asset Management (Principal Malaysia), iaitu kerjasama di antara Principal Financial Group dengan CIMB Group Holdings.

Pelaburan ini dinamakan sebagai Principal e-Cash.

Di sinilah timbulnya isu bagi peserta dalam kalangan orang Islam yang telah atau berminat untuk menyertai TNG GO+ ini.

Secara jelas, pada masa ini pelaburan Principal e-Cash atau GO+ ini tidak patuh syariah. Kenyataan ini diakui sendiri oleh Touch ‘N Go dalam laman webnya iaitu jawapan di bawah.

 

TNG GO+ tidak shariah compliant

 

Berita baik, Touch ‘N Go sedang berusaha ke arah mendapatkan solusi patuh syariah bagi GO+ ini.

Namun buat masa ini, wajib untuk berhenti atau tidak mendaftar kerana pelaburan yang dilakukan bercampur pelaburan Islamik dan konvensional tanpa pemantauan panel Shariah. Kita wajib mengelakkan diri terjerumus dalam dosa riba’.

 

“Orang yang sudah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang sudah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang mengulangi (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.”

(Surah al-Baqarah, ayat 275).

 

Menurut Touch ‘N Go, GO+ telah disertai seramai sejuta orang peserta setakat ini, dan 73 peratus adalah dari luar Lembah Klang. 

Dikhuatiri angka ini boleh meningkat dengan cepat kerana TNG menjalankan kempen referral +Kawan berupa bonus bagi setiap rujukan pendaftaran GO+.

Sekiranya pembaca ada rakan, kenalan atau keluarga beragama Islam yang terlibat dengan GO+ ini, sila SHARE maklumat ini.

Pastikan info ini sampai kepada mereka. Mudah-mudahan ada saham amal menghalang kemungkaran, insyaAllah. 

 

 

 

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This