Sedang hangat diperkatakan isu perselisihan seorang wanita dengan bekas suaminya, seorang pendakwah dari program televisyen PU berkaitan status rumah yang dibina sendiri semasa dalam tempoh perkahwinan dahulu.

Wanita itu menuntut mut’ah RM300,000 sebagai tebus nilai atau ganti rugi kos perbelanjaan yang dikeluarkannya untuk membina rumah tersebut.

Isu timbul kerana rumah itu dibina di atas tanah ayah bekas suaminya, bukan di atas tanah miliknya sendiri. Disebabkan itu, bermasalah baginya untuk menuntut hak ke atas rumah tersebut.

Pertikaian tersebut meruncing sehinggakan ada dakwaan bekas suaminya itu ingin merobohkan rumah yang dibina di atas tanahnya itu kerana tidak bersetuju dengan tuntutan bekas isterinya.

 

bina rumah atas tanah orang lain

 

Dari sisi positif, isu ini menimbulkan kesedaran kepada masyarakat mengenai pemilikan harta dan juga pewarisan.

Ini adalah contoh kes seseorang itu membuat rumah di atas geran tanah orang lain.

Mungkin semasa masih dalam status suami isteri, isu berbangkit seperti ini tidak terlintas di fikiran kerana tidak menyangka hubungan akan terputus di tengah jalan.

Tiada siapa pun berkahwin untuk bercerai. Walaupun kemungkinan untuk bercerai itu ada, tidaklah pula kita disaran untuk berfikir tentangnya terlalu kerap, kerana ingat… what we focus on, expands. Fokuskan kepada perkahwinan lebih bermakna.

Pelaburan harta bersama sewajarnya dibincangkan bersama suami isteri bagi menghadapi segala kemungkinan, termasuklah pewarisan sekiranya berlakunya kematian salah seorang dari pasangan. Eloklah sekiranya kita semua tambahkan ilmu bagaimana kaedahnya undang-undang mengiktiraf pemilikan sesuatu jenis harta itu.

 

Fahami Undang-undang Tanah

Meskipun wanita tersebut telah banyak membelanjakan wang untuk pembinaan rumah, namun pada asasnya tanah dan segala binaan atau sesuatu di atasnya seperti pokok dan tumbuhan adalah milik tuanpunya tanah.

Sandaran hakmilik sesuatu harta itu ditentukan oleh undang-undang harta yang berkenaan. Dalam kes yang melibatkan hartanah, kita rujuk pada klausa dalam Akta Kanun Tanah Negara 1965.

Wanita itu adalah pihak yang berkepentingan terhadap tanah terbabit kerana beliau telah mengeluarkan perbelanjaan wang sehingga wujudnya rumah.

Namun tuntutan tersebut perlulah mengikuti lunas undang-undang juga. Pembinaan rumah tersebut mestilah ada dinyatakan mendapat kebenaran dari tuan tanah.

Surat Kebenaran Tuan Tanah perlu ditandatangan oleh penama dalam geran, dan disaksikan oleh pesuruhjaya sumpah. Disarankan untuk terus menghubungi pihak PBT yang terlibat, unit perancang bandar atau unit OSC untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Dari segi hak apa yang boleh dituntut dan kemungkinan untuk menang/kalah kes, boleh lah merujuk peguam yang berkaitan.

 

Buat Hibah Untuk Melindungi Kepentingan?

Setelah melabur sekian banyak wang untuk membina rumah, tidaklah salah bagi seseorang itu untuk meminta pihak tuan punya tanah bagi menghibahkan rumah tersebut kepadanya.

Namun pemberi Hibah atau tuan tanah itu tidak boleh dipaksa, kerana Hibah adalah suatu akad sukarela.

Hibah terlaksana semasa hidup lagi, setelah sempurna ijab qabul, rukun dan syaratnya. Maka ia akan memberi kesan langsung kepada tuan tanah sebagai pemberi Hibah.

Walaupun ada pelbagai niat yang mendorong seseorang itu untuk membuat Hibah, suka untuk saya mengingatkan asas mengapa Hibah itu disyariatkan.

Iaitu Hibah untuk menyuburkan kasih sayang antara Pemberi dengan Penerima.

Meskipun hibah itu dijadikan sekuriti untuk me’lindungi’ pelaburan wang yang telah dikeluarkan untuk membina rumah di atas tanah suami atau orang lain, asas Hibah ini perlulah digarap sebaik mungkin.

 

Buat Hibah bukan kerana takutkan berlakunya perceraian, tetapi sebagai pengikat kasih sayang dan penyubur perkahwinan.

 

Nak rancang Pewarisan? PM saya Ansari, 019-749 8210 atau Whatsapp dengan KLIK SINI.

 

 

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This