Topik mengenai wasiat telah banyak kali saya sentuh, kerana inilah antara topik yang paling banyak mengelirukan masyarakat. Tambah lagi kekeliruan apabila adanya perunding wasiat yang mengatakan wasiat kepada waris tidak terbatal walaupun ada waris lain yang membantah.

Bagi perunding wasiat senior yang sudah lama bertapak dalam industri pusaka, saya yakin mereka faham tentang konsep asas wasiat, iaitu tujuan dokumen dibuat adalah untuk melaksanakan hasrat pemilik harta mewariskan harta kepada BUKAN WARIS.

Dalilnya sangat jelas, iaitu berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Amr Ibn Kharijah:

إِنِ اللَّهَ قَدْ أَعْطَى كُلَّ ذِي حَقٍّ حَقَّهُ، فَلَا وَصِيَّةَ لِوَارِثٍ

“Sesungguhnya Allah telah memberikan hak kepada setiap yang berhak, maka tiada wasiat bagi ahli waris.”

(Riwayat Bukhari, Abu Dawud, At-Tirmidzi, An-Nasai, Ibnu Majah, Ad-Darimi, Ahmad)

Tiada kesangsian di situ; wasiat ditujukan bukan kepada ahli waris. Bagi para waris, bahagian mereka telahpun ditetapkan menerusi hukum Faraid.

Walaupun perunding wasiat itu akur, mereka tetap bertegas bahawa TIDAK SEMUA perkara dalam dokumen wasiat yang akan terbatal jika dibantah oleh waris lain.

Betul, tetapi boleh jadi seakan satu cara manipulasi jika tidak diterangkan dengan jelas.

Di sinilah kekeliruan timbul.

Masyarakat umumnya membuat wasiat untuk tujuan membahagikan harta, yang disebut sebagai Wasiat pembahagian harta. Dari sudut perlaksanaannya, wasiat ini hanya akan mengikat dan terlaksana sekiranya penerima wasiat adalah bukan waris dan terhad 1/3 daripada keseluruhan harta. Jika penerima wasiat adalah waris, maka ia tertakluk kepada persetujuan semua waris. 

Kalau begitu, bahagian wasiat mana yang TIDAK terbatal, menurut perunding wasiat itu?

Mereka sebenarnya merujuk kepada Wasiat pentadbiran, iaitu dokumen perlantikan wasi/pentadbir harta. Wasiat ini adalah perakuan pemilik harta melantik wasi dan ia tidak terbatal walaupun dibantah oleh para waris, sekiranya pengurusan tuntutan pusaka dibuat di Mahkamah Tinggi Sivil. 

Perbezaan ini sepatutnya dijelaskan secerah-cerahnya kepada klien supaya risikonya difahami betul-betul dan klien membuat pilihan yang tepat secara sedar. Waris yang akan menanggung kesannya jika tersalah menggunakan instrumen wasiat.

Dengan limitasi Wasiat tersebut, sekiranya penerima harta adalah anak dan isteri, maka instrumen yang sepatutnya dibuat adalah Hibah.

Bagi perunding Wasiyyah Shoppe, kami lebih banyak menggunakan Hibah, kerana kebanyakan orang ingin meletakkan penerima dalam kalangan waris terdekat.

Bagaimanapun, ramai perunding wasiat yang lain lebih gemar menjual wasiat berbanding hibah.

Mengapa?

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This