Wasiyyah Shoppe Berhad adalah sebuah syarikat berstatus syarikat amanah yang berdaftar di bawah Akta Syarikat Amanah 1949 (Akta 100).

Tatacara Wasiyyah Shoppe berada di bawah kawal selia Suruhanjaya Syarikat Malaysia

Walaupun Wasiyyah Shoppe tidak bertanggungjawab melaporkan aktiviti kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara Malaysia, syarikat tetap menuruti standard dan undang-undang berkaitan yang ditetapkan oleh dua regulator tersebut.

Ini merupakan standard tadbir urus korporat yang diamalkan bagi menjaga kepentingan pelanggan syarikat.

 

Adakah Panel Syariah Wasiyyah Shoppe Certified?

Di Wasiyyah Shoppe, kami mewar-warkan perkhidmatan servis 100% patuh syariah. Syarikat mempunyai panel Syariah yang berperanan mengesahkan segala perkhidmatan yang ditawarkan selari dan tidak bercanggah dengan hukum agama.

Namun bagi anda yang lebih bersifat terperinci, mungkin hendak tahu; adakah panel Syariah Wasiyyah Shoppe yang dilantik ini certified, iaitu mempunyai sijil perakuan daripada institusi tertentu?

Adakah kredibiliti panel syariah syarikat diperakui oleh badan berwajib?

 

Perlukah Ada Certification Untuk Panel Syariah?

Sebenarnya TIADA peruntukan undang-undang khusus yang mewajibkan Panel Syariah yang dilantik oleh syarikat perlu ada certification dari BNM, Suruhanjaya Sekuriti. 

Juga TIADA juga dinyatakan panel syariah syarikat amanah perlu mempunyai lesen IFP, ShRFP, atau RFP.

Terserah kepada syarikat amanah tersebut untuk melantik individu yang difikirkan sesuai dan berkelayakan.

 

Kriteria Perlantikan Panel Syariah Wasiyyah Shoppe Berhad

Meskipun tidak memerlukan certification khusus, namun pihak pengurusan di Wasiyyah Shoppe Berhad tetap mengenakan syarat yang ketat bagi melantik Panel Syariah.

Saringan tersebut bertujuan menjamin Panel Syariah syarikat benar-benar berkelayakan dan berpengalaman bagi mengeluarkan keputusan Syariah yang tepat mengikut hukum syarak.

Antara kriteria perlantikan panel syariah Wasiyyah Shoppe Berhad ialah:

 

1. Mesti berkelulusan minima Ijazah kedoktoran (PhD) di dalam bidang yang berkaitan (Fiqh Mawarith/Muamalat), atau

2. Berpengalaman melebihi 20 tahun dalam bidang berkenaan.

 

Barisan Panel Wasiyyah Shoppe dan Kredilibiti

Pada masa ini, seramai tujuh orang Panel Syariah Wasiyyah Shoppe telah dilantik. Mereka terdiri dari pakar yang bukan sahaja berkelayakan malah berpengalaman luas di dalam bidang fiqh mawarith, iaitu:

1) Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, pengalaman lebih 30 tahun – Dato Seri Dr Hj Md Yusup Che Teh.

2) PhD dalam Fiqh Mawarith dan penasihat jawatankuasa penggubalan undang-undang Syariah – Prof Madya Dr Nasrul Hisyam Nor Mohammad, Dr Mohd Zamro Muda dan Dr Noor Lizza Mohd Said.

3) Pakar muamalat dan panel syariah bank – Dr Nik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani.

4) Pengalaman lebih 25 tahun sebagai pegawai pusaka di Pejabat Pusaka Kecil – Tn Hj Sulaiman Kadimi dan Tuan Seh Nilamuddin. Hassan.

 

panel syariah wasiyyah shoppe

 

 

Tiada Campur Tangan Bagi Panel Syariah WSB Menjalankan Tugas

Dalam tadbir urus korporat Wasiyyah Shoppe Berhad yang telah diluluskan Lembaga Pengarah, panel-panel Syariah yang dilantik diberikan kuasa membuat keputusan berkaitan Syariah yang membabitkan operasi syarikat.

Keputusan yang dibuat yang berdasarkan terma dan rujukan (bidang kuasa dan tanggungjawab) tidak boleh diubah atau dibatalkan oleh mana-mana pihak termasuklah ahli Lembaga Pengarah sendiri.

Tadbir urus korporat ini menjamin ‘kedaulatan’ panel syariah Wasiyyah Shoppe untuk mengeluarkan keputusan syariah tanpa dipengaruhi oleh pihak lain.

Oleh yang demikian, keputusan panel Syariah terjamin mematuhi hukum syarak dan berkuatkuasa mengikut undang-undang di Malaysia.

 

 

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This