Ex-gratia adalah pampasan wang yang dikurniakan oleh pihak kerajaan kepada waris anggota penjawat awam yang meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan.

Pemberian ex-gratia ini dilaksanakan mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2019.

 

Kelayakan Untuk Menuntut Ex-Gratia

Ex-gratia adalah suatu keistimewaan yang diberikan kepada ‘anggota’ penjawat awam yang berkhidmat di…

 

👨‍💼 Perkhidmatan Awam Persekutuan

👨‍💼 Perkhidmatan Awam Negeri

👨‍💼 Pihak Berkuasa Berkanun

👨‍💼 Pihak Berkuasa Tempatan

 

Anggota tersebut mestilah berstatus tetap atau sementara; dan meninggal dunia pada atau selepas 1 Januari 2020.

 

Waris Yang Layak Menuntut Pampasan

Waris yang layak mendapat bahagian:

i) Balu atau duda kepada anggota menerusi perkahwinan yang sah dan diiktiraf di Malaysia, dan/atau

ii) Anak kepada anggota mengikut tafsiran undang-undang pencen; samada anak kandung, anak angkat, anak tiri atau anak tak sah taraf, dan/atau

iii) Ibu kandung kepada anggota. Jika sudah meninggal, bapa kandungnya.

 

Jumlah Pampasan Ex Gratia

Nilai pampasan ex-gratia yang layak dituntut oleh waris diberikan mengikut tempoh perkhidmatan anggota, seperti jadual di bawah:

 

berapa banyak ex gratia

 

Sekiranya anggota disahkan meninggal dunia akibat membunuh diri, tiada pampasan diberikan.

Bahagian bagi setiap waris yang layak menerima pampasan tidak sama, iaitu tertakluk kepada prinsip bayaran berikut:

 

hak ex gratia waris

 

Sekiranya anggoda tidak meninggalkan ibu, bapa, balu/duda atau anak, maka pampasan tidak akan dibayar. 

 

Pengecualian

Terdapat pengecualian bagi anggota yang tersenarai seperti berikut:

 

pengecualian dapat ex gratia

 

Rujukan: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2019

 

 

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This