Majoriti ulama’ sepakat berpandangan bahawa seorang pembunuh terhalang dari mewarisi harta pusaka.

Tetapi bagaimanakah sekiranya pembunuh itu tidak siuman ketika melakukan pembunuhan tersebut?

Orang yang tidak siuman sifatnya dia tidak sempurna akal dan tidak dapat berfikiran secara waras.

Oleh yang demikian, sekiranya kesalahan itu dibuat dalam keadaannya tidak siuman dan tidak waras, adakah hak yang bersangkutan dengannya tidak terjejas?

Pucuk pangkal persoalan yang akan dibincangkan adalah:

Adakah pembunuh tidak siuman masih mewarisi pusaka dan mendapat hak Faraid dari pusaka orang yang dibunuhnya?

 

Kes Muhamad Suhaimi vs Amanah Raya Berhad

Carian saya menemukan satu kes terdahulu di Mahkamah, iaitu Muhamad Suhaimi yang menuntut hak Faraid ke atas pusaka arwah isteri yang didakwa dibunuh olehnya, iaitu Faizah.

Kes difailkan oleh Amanah Raya Berhad (ARB) sebagai plaintif selaku pentadbir yang mentadbir pusaka Faizah.

Harta pusaka yang ditinggalkan berupa wang tunai berjumlah RM319,445. 

Dalam perbicaraan tersebut, ARB memohon Mahkamah agar menggugurkan Suhaimi dari senarai waris faraid Faizah atas kedudukannya yang didakwa sebagai pembunuh Faizah.

 

Fakta Kes

Suhaimi didakwa membunuh Faizah dengan cara menikam di dalam bilik air di rumah mereka di Bukit Damansara pada 25 September 1999.

Bagaimanapun, dia dibebaskan atas alasan kurang siuman.

Seorang psikiatri forensik yang merawat Suhaimi mendakwa dia mengalami kecelaruan delusi yang membuatnya menjadi cemburu dan berhalusinasi.

Menurutnya, Suhaimi mendengar bisikan suara yang menghasut anggapan bahawa isterinya telah berlaku curang.

Setelah dibebaskan dari tuduhan, Suhaimi menjalani rawatan pemulihan di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan atas perkenan Yang diPertuan Agong sehingga 4 Okt 2007.

Dia kemudiannya menjalani hidup seperti biasa di bawah jagaan bapanya.

 

Alasan Penghakiman Hakim Syarie

Hakim Syarie yang menghakimi perbicaraan telah membenarkan permohonan agar Suhaimi digugurkan dari senarai waris

Dalam erti kata lain, Suhaimi terhalang dari mewarisi harta pusaka arwah isterinya.

Dia tiada hak untuk menuntut.

Penghakiman tersebut dikeluarkan atas alasan-alasan berikut:

👨‍⚖️ “Berdasarkan Imam Syafie, seorang pembunuh tidak layak untuk mewarisi harta orang yang dibunuhnya sama ada dibuat secara sengaja atau tidak sengaja atau terpaksa. Mahkamah bersetuju dengan pendapat Imam Syafie bahawa seorang pembunuh adalah terhalang untuk mewarisi (harta orang yang dibunuhnya) termasuk orang tidak siuman.

👨‍⚖️ “Pendapat ini bagi menjaga hubungan kekeluargaan kerana pembunuhan boleh dikatakan sebagai cuba untuk mempercepatkan perwarisan harta kepadanya. Mahkamah secara asasnya mengambil kira empat pendapat itu tetapi daripada sudut pengalaman ia lebih mengutamakan pendapat Syafie.”

👨‍⚖️ Walaupun Suhaimi dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan kerana tidak siuman, tetapi tidak menafikan pembunuhan telah dilakukan.

👨‍⚖️ Suhaimi menggunakan sebilah pisau untuk membunuh isterinya, maka boleh dikategorikan sebagai membunuh dengan niat. Ini konsisten dengan pendapat mazhab Syafie bahawa alat pembunuh ialah alat tajam yang boleh memotong daging dan benda keras.

 

Kefahaman dari Hadis Berkaitan

Dari hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A:

«القَاتِلُ لَا يَرِثُ»

Maksudnya: Pembunuh tidak akan mewarisi (harta pusaka)

Riwayat Tirmizi (2109)

 

Begitu juga dalam riwayat lain:

لَيْسَ لِلْقَاتِلِ شَيْءٌ

Maksudnya: “Pembunuh tidak layak menerima apa-apa (harta pusaka).”

Riwayat Abu Daud (4564)

 

Pembunuhan boleh dianggap cubaan untuk pembunuh mempercepatkan pewarisan harta kepadanya, maka dia terhalang untuk menerima harta warisan tersebut.

Ia bersandarkan kepada kaedah:

مَنْ تَعَجَّلَ شَيْئًا قَبْلَ أَوَانِهِ عُوْقِبَ بَحُرْمَانِهِ

Maksudnya: “Siapa yang gopoh dalam sesuatu sebelum tiba masanya maka dihalang untuk mendapatkannya”

 

Wallahua’lam.

 

 

Ansari
Latest posts by Ansari (see all)
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This