Hibah adalah suatu tindakan penyerahan harta milik pemberi hibah yang terlaksana semasa beliau masih hidup. Pemilik harta memberi kerana rasa kasih, mahu menyenangkan dan menjaga kebajikan penerima, terutamanya setelah ketiadaan pemberi.

Pemberi, selaku pemilik harta juga sanggup mengorbankan wang ringgit bagi membuat perancangan pewarisan yang sempurna agar penerima lebih terjamin untuk memperoleh harta yang telah dihibahkan.

Namun begitu, adakalanya pemberi mahu merahsiakan pemberian hibah dari pengetahuan penerima atas sebab-sebab tersendiri. Selepas pemberi meninggal dunia, baru lah penerima dimaklumkan.

Ada pelbagai sebab pemberian harta itu ingin dirahsiakan.

Mungkin pemilik harta bimbang anaknya berubah sikap setelah mengetahui terdapat harta berharga yang telah diserahmilik kepadanya menerusi hibah. Pada masa yang sama, beliau sebagai ayah atau ibu yang prihatin mahukan harta tersebut diwariskan kepada anaknya itu.

 

Sah ke Hibah Jika Penerima Tidak Tahu?

Dalam merancang pewarisan harta, jangan dipandang enteng bab perlaksanaannya, terutamanya yang berkait dengan ketepatan instrumen yang digunapakai. Sekiranya salah instrumen yang digunakan, atau tidak dibuat dengan sempurna, maka penerima yang dinamakan itu yang menanggung kesannya jika terbatal.

Oleh yang demikian, persoalan penting yang patut dipertimbangkan adalah;

Adakah hibah yang dirahsiakan itu SAH di sisi syara’?

Untuk menentukan kesahannya, perlulah diteliti pematuhan rukun dan syarat hibah yang dilaksanakan.

Apabila pemberian harta tersebut dirahsiakan dari pengetahuan penerima, sudah tentunya penerima tidak berkesempatan untuk melafazkan qabul menerima harta yang dihibahkan sebaik setelah pemberi melafazkan ijab.

Ini berisiko menjejaskan kesahan hibah yang dibuat.

Adakah ini bermakna tiada kaedah yang boleh digunakan untuk mencapai hasrat pemberi untuk merahsiakan pemberiannya?

Ada alternatifnya, iaitu dengan menggunakan kaedah…

 

Hibah Amanah

Bagi yang memang ada keperluan untuk merahsiakan pemberian dari pengetahuan penerima, boleh menggunakan solusi Hibah Amanah.

Ini adalah solusi hibrid – menggabung-jalin penggunaan dua instrumen, iaitu hibah dan amanah.

Kaedah ini memerlukan seorang lagi individu yang kita namakan pihak A, yang bertindak sebagai pemegang amanah.

Penerima sebenar yang ditujukan kita namakan sebagai pihak B.

Ringkasnya, pemberi akan menghibahkan harta kepada A. Dan A yang menjadi pemegang amanah terikat untuk memindahkan hakmilik harta tersebut kepada B.

 

Jika Tidak Tahu, Bagaimana Nak Menghargai…

Pemberian harta terus kepada penerima lebih menjurus kepada dasar hibah dibuat, iaitu menyemai kasih sayang antara kedua-dua pihak semasa hidup lagi.

Dalam keadaan penerima hanya mengetahui pemberian tersebut setelah pemberi meninggal dunia, maka dikhuatiri penerima tidak ‘berpeluang’ meluahkan rasa penghargaannya terhadap tindakan dan keprihatinan pemberi yang sudah tidak lagi berada di muka bumi pada masa itu. 

Bagaimanapun, tidak dinafikan keadaan setiap orang berbeza.

Masing-masing mempunyai keperluan dan hasrat tersendiri.

Hibah amanah adalah kaedah alternatif yang boleh digunakan untuk perancangan pewarisan harta jika pemberi ingin menyembunyikan pemberian hartanya kepada penerima.

 

Bagi yang berminat untuk membuat Hibah Amanah harta anda, boleh Whatsapp saya di 019-749 8210

 

 

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This