Saya banyak mendapat mesej peribadi dan Whatsapp yang meminta pandangan saya untuk menyemak dokumen hibah yang telah ditandatangani.

Mereka ragu-ragu dengan kesahan dokumen hibah yang telah dibuat.

Ada yang..

πŸ‘‰ Buat sendiri dengan merujuk buku atau template.

πŸ‘‰ Disediakan oleh peguam. Tak pasti peguam sivil atau syariah, dan pengkhususan peguam tersebut.

πŸ‘‰ Ada juga yang mengupah servis pesuruhjaya sumpah untuk penyediaan dokumen.

Biasanya soalan yang ditujukan kepada saya:

“Sah ke dokumen hibah yang saya dah buat ni?”

Soalan yang lebih advanced pun ada:

“Hibah yang ayah saya buat ni hibah bersyarat atau hibah mutlak? Boleh minta semakkan?”

Β 

Isi Kandungan Dokumen Tidak Sama, Walaupun Tajuknya Hibah

Rata-rata masyarakat kurang mengambil berat isu pemilihan penyedia servis yang diambil.

Mungkin kerana kurang arif apakah kriteria yang perlu dititiberatkan. Maka akhirnya, dipilih solusi yang paling murah.

Tapi adakah terbukti berkesan dan efektif akan terlaksana?

Lain penyedia dokumen, lain isi kandungan dokumen hibah yang disediakan.

Lain juga kaedah perlaksanaan yang akan digunapakai untuk serahan hak.

Mengapa begitu?

Ini kerana pengetahuan, kefahaman dan pengalaman khusus mengenai hibah dan perundangan berkaitan pusaka TIDAK SAMA antara syarikat pusaka atau peguam yang berlainan.

Yang demikian menyebabkan berlakunya perbezaan berikut dalam dokumen yang dihasilkan untuk klien:

πŸ‘‰ Ayat dan terminologi yang digunakan berbeza.

πŸ‘‰ Format dokumen hibah berlainan.

πŸ‘‰ Akta atau enakmen yang dirujuk mungkin berbeza.

πŸ‘‰ Bentuk dokumen; adakah hibah mutlak atau bersyarat? Atau kaedah sivil?

πŸ‘‰ Adakah format dokumen hibah yang dibuat akan dibawa ke Mahkamah Sivil, atau Mahkamah Syariah sekiranya perlu pengesahan hakim?

Β 

Pentingkah untuk dipastikan semua ini?

Kesilapan, kesamaran, atau sebarang kekurangan teknikal akan membuka ruang loophole untuk pihak lawan menafikan sahnya hibah yang dibuat.

Masakan tidak penting!

Itupun kalau anda nak pastikan penerima yang dinamakan terjamin untuk mendapatkan harta yang telah dihibahkan.

Jika anda berfikiran asal ada dokumen; atau biarlah waris yang menghadap nanti; atau tawakal sahaja dengan apa yang dah ada, maka tiada keperluan untuk menyemak lagi.

Β 

Mengapa Ragu-ragu Dengan Dokumen Yang Dah Dibuat?

Apabila anda meminta saya menyemak dokumen hibah yang telah dibuat, mesej tersiratnya ialah anda meragui kredibiliti penyedia dokumen – syarikat atau peguam – yang telah anda ambil servis mereka.

Mungkin anda perlukan pandangan kedua.

Mungkin anda tidak faham sepenuhnya semasa melanggan perkhidmatan mereka dahulu.

Maka sebelum merujuk saya, bagi saya sebaiknya anda rujuk peguam atau syarikat yang anda langgan terlebih dahulu.

Dapatkan penerangan tentang rukun dan syarat hibah yang sepatutnya dipenuhi dalam dokumen hibah yang telah disiapkan.

Minta juga penerangan kaedah perlaksanaan turunmilik nanti – bagaimana penerima hibah dapat dimasukkan sebagai pemilik, berdasarkan bukti dokumen hibah yang telah mereka sediakan.

Apabila maklumat tersebut ada dalam tangan, lebih mudah untuk saya berikan konsultasi dan semakan.

Β 

Apa Tindakan Anda Jika Masih Ada Keraguan?

Saya terbuka untuk bantu menyemak dan memberikan pandangan profesional.

Namun yang perlu saya pastikan ialah apakah tindakan susulan yang anda bersedia buat sekiranya masih ada keraguan dengan dokumen hibah yang sedia ada?

What’s your end in mind?

Adakah anda bersedia untuk membuat dokumen hibah yang baru dengan kami untuk menutup keraguan?

Masa dan konsultasi saya tidak percuma, walaupun saya tidak caj untuk semakan.

Fikirkan masa depan dan kebajikan penerima hibah anda.

Alang-alang dah merancang pewarisan harta, buatlah yang terbaik.

Β 

Β 

Ansari
Latest posts by Ansari (see all)
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This