Hubungan susuan antara ibu dan anak susuan terjalin apabila seseorang wanita itu menyusukan seorang bayi yang umurnya kurang daripada dua tahun dan bayi itu mestilah kenyang dalam lima kali susuan secara berasingan.

Bagaimanapun, para fuqaha kontemporari berpendapat hukumnya makruh menyusukan kanak-kanak yang bukan anak sendiri sekiranya tanpa keperluan yang mendesak. Wanita tersebut juga perlulah meminta izin suaminya dan ayah kepada bayi itu terlebih dahulu sebelum menyusukan. 

Dalam Al-Quran, Allah menyebut tentang penyusuan ini dalam surah At-Talaq:

فَإِنْ أَرْضَعْنَ لَكُمْ فَآتُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ ۖوَأْتَمِرُوا بَيْنَكُم بِمَعْرُوفٍ ۖ وَإِن تَعَاسَرْتُمْ فَسَتُرْضِعُ لَهُ أُخْرَىٰ
 
“Kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya; dan berundinglah di antara kamu (dalam hal menyusunya) dengan cara yang baik. Dan (sebaliknya) jika kamu (dari kedua pihak) mengalami kesulitan, maka bolehlah perempuan lain menyusukannya.”

(Surah al-Talaq: 6)

Perlu jelas, hubungan susuan tidak mengubah nasab dan keturunan antara ibu dan anak susuan tersebut.

Ini kerana hubungan susuan bukanlah hubungan kandung. Anak susuan dan anak-anak wanita tersebut yang lain TIDAK menjadi adik beradik seIBU – dan tidak wujud hubungan pewarisan antara mereka. Tiada hubungan darah antara mereka. Oleh itu, adik beradik susuan tidak waris mewarisi, dan ini berbeza dengan hubungan adik beradik seibu. 

Syeikh Muhammad Zuhaili dalam kitabnya al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e menyebut:

.

Tidak disabitkan ke atas hukum nasab kepada anak susuan seperti hukum pembahagian harta pusaka, nafkah, wali, hak penjagaan dan lain-lain yang bersangkutan dengan hukum-hakam nasab dan ia tidak termasuk di dalam hukum hakam penyusuan”.

Begitu juga dalam kitab Mausu’ah al-Fiqhiyyah disebut:

Adapun hal berkenaan dengan hukum-hakam nasab seperti pembahagian harta pusaka, nafkah, memerdekakan hamba, gugur hukum kisas dan lain-lain tidak sabit dalam hukum penyusuan. Dan ia merupakan sepakat para fuqaha’.

Hubungan susuan ini memberi kesan dua hukum asas, iaitu:

1) Anak susuan menjadi mahram kepada ibu, bapa, adik beradik susuan dan sebagainya, dan diharamkan berkahwin dengan mereka.

2) Boleh tinggal bersama keluarga susuan, pergaulan dibolehkan sebagaimana dengan adik beradik kandung, dan aurat sepertimana apa yang boleh dan tidak boleh dilihat dalam hubungan mahram.

Kesan hukum disebabkan susuan ini serius kerana ia menjadikan sesuatu hubungan yang asalnya ajnabi menjadi mahram. Adik beradik susuan yang asalnya boleh dikahwini kerana tiada pertalian darah bertukar menjadi haram berkahwin berikutan hubungan yang baru terjalin itu. Hukum ini perlu dijelaskan bagi mengelakkan perkahwinan antara mahram berlaku kerana jahil tentang hukum.  

 

Rujukan: muftiwp

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This