Wasiyyah Shoppe Berhad telah melancarkan semula perkhidmatan amanah keluarga ‘Al-Mutahabbah’ kepada umat Islam di Malaysia. Produk ini telah diperkenalkan sejak 2018 lagi, dan kini telah diperkemaskan lagi dengan pengenalan beberapa ciri yang lebih menarik dan fleksibel serta selaras dengan undang-undang.
Produk al-Mutahabbah menggabungkan aset yang dimiliki di bawah satu pentadbiran AJK yang terdiri daripada ahli keluarga atau individu yang telah dinamakan oleh pemilik harta. Setelah peninggalan pemilik, AJK tersebut akan berbincang dan mentadbir bersama harta tersebut di mana Wasiyyah Shoppe boleh dilantik sebagai pemegang amanah, pemantau dan setiausaha mesyuarat bagi memastikan amanah pemilik diuruskan dengan baik.
Wasiyyah Shoppe Berhad boleh bertindak sedemikian atas kapasitinya sebagai syarikat amanah berdaftar, sepertimana yang digariskan dalam Akta Pemegang Amanah 1949.
“Al Mutahabbah adalah perkhidmatan bersifat hibrid yang dibangunkan Wasiyyah Shoppe Berhad khusus untuk segmen pasaran yang bukan sahaja mahukan hartanya diagihkan kepada pihak yang dikehendaki, malah segmen pasaran ini juga inginkan sebahagian harta mereka diurus dan dilaburkan secara profesional,” menurut CEO Wasiyyah Shoppe, En Ariffin Sabirin.
Produk Al-Mutahabbah ini bersifat hibrid kerana ia menggabungkan metodologi perancangan dan pengurusan harta mengikut undang-undang syariah dan undang-undang sivil.
“Wasiyyah Shoppe Berhad mengorak langkah berani dengan memenuhi keperluan unik segmen pasaran ini yang belum diterokai oleh mana-mana pihak di Malaysia sebelum ini,”.
Kaedah amanah keluarga ini telah banyak diamalkan di negara-negara maju namun masih sangat baru di Malaysia dan Wasiyyah Shoppe Berhad beraspirasi untuk mewujudkan budaya amanah keluarga ini di Malaysia sepertimana kejayaannya memperkenalkan budaya hibah di Malaysia semenjak 2004.
“Kebaikan utama Al Mutahabbah Wasiyyah Shoppe Berhad ialah waris-waris akan kekal mempunyai hubungan yang rapat dan baik selepas kematian ibu atau bapa kerana mereka perlu kerap berjumpa dan bermesyuarat bagi melaksanakan tanggungjawab bersama yang telah ditetapkan oleh ibu bapa mereka dalam dalam hal berkaitan pengurusan harta yang ditinggalkan,” katanya.
Bagi tahun kewangannya yang bakal berakhir pada Jun 2021, Wasiyyah Shoppe mensasarkan 2 peratus daripada pendapatan tahunannya akan datang melalui hasil jualan perkhidmatan ini.
Disesuaikan dari: https://www.sinarharian.com.my/article/107970/Wasiyyah-perkenal-amanah-keluarga-Al-Mutahabbah
- Adakah Sama Dokumen Hibah Yang Dibuat oleh Peguam, Wasiyyah Shoppe atau Syarikat Pusaka Lain? - September 21, 2023
- Jenis-jenis Hibah Dalam Islam - August 8, 2023
- HIBAH Rumah Yang Masih Belum Habis Dibayar - July 13, 2023