Tanggang Moden?

Kita sering didendang dengan cerita Tanggang, seorang anak penderhaka yang telah melupakan dan meninggalkan ibunya setelah menempa kejayaan. Jasa ibu yang membesarkannya bukan sahaja tidak dihargai, malah Tanggang berasa malu apabila dikaitkan dengan ibunya yang miskin. Lebih teruk dari itu, Tanggang menghalau ibunya dengan biadap.

Kisah Melayu dongeng ini mempunyai persamaan dengan kisah benar yang semakin viral ini. Seorang bekas jutawan yang telah disisih oleh tujuh orang anaknya setelah memindah milik harta bernilai jutaan ringgit kepada mereka. Sebahagian akhbar melabel mereka sebagai ‘Tanggang Moden’.

Itulah nasib Daut@ Md Kassim yang sudah berumur 83 tahun dan kini tinggal dengan isteri kedua dan anak-anak tirinya. Harta mewahnya yang telah dikumpul sejak tahun 70-an lagi telah diserahkan kepada anak-anaknya yang kini berusia antara 41 hingga 58 tahun. Antara aset miliknya yang telah berpindah milik kepada anak-anak kandungnya terdiri daripada tiga buah stesen minyak, 10 ekar ladang ternakan ayam, ladang tanaman sawit, rumah di Cheras yang dibeli pada harga RM600,000, deposit overdraf RM800,000 dan wang syarikat RM100,000.

Menurutnya, serahan hak milik ladang ternakan ayamnya telah dibuat secara kotor. Beliau mendakwa anaknya telah memperdayanya untuk menukar nama pemilik harta itu ketika beliau sedang dalam keadaan sakit dan tidak mampu berfikir secara waras.

Pada usia yang sangat lanjut itu, kesihatan Daut juga agak merosot. Daut telah diserang angin ahmar pada tahun 2013. Dalam keadaan kehilangan harta yang banyak dan disisih oleh anak kandung sendiri, beliau terpaksa menyara kehidupan dan mengeluarkan kos rawatan kesihatan dengan sisa baki yang ada.

Dalam keadaan itu sekalipun, anak perempuannya masih tiada rasa simpati dan sanggup mengherdiknya ketika beliau ingin meminta minyak diisi dengan percuma di stesen minyak yang pernah menjadi miliknya. Daut dibiar menunggu sehingga dua jam lamanya.

.

Pengajaran Buat Kita

Kisah ini apabila didengari sebelah pihak sahaja memang akan membawa kita untuk mencemuh sikap tujuh orang anaknya yang digambar ingin membolot kekayaan ayahnya semata-mata. Seakan-akan mereka sudah tidak sabar menunggu ayahnya yang sudah tua itu pergi meninggalkan dunia.

Untuk bersikap adil, kita perlu mendengar penjelasan kedua-dua belah pihak dahulu sebelum memutuskan siapa yang bersalah dalam hal ini. Kita tidak tahu sejarah silam keluarga Daut – bagaimana cara beliau membesarkan anak-anaknya, dan pada masa yang sama membangunkan aset kekayaannya. Pelbagai isu boleh berlaku – mungkin anak-anak diabaikan dalam proses mengumpul harta. Mungkin ada kesilapan lain di situ hingga mewujudkan perasaan dendam dan tidak puas hati yang membekas dalam hati tujuh orang anaknya.

Bagaimanapun, Islam telah mengajar kita bagaimana seharusnya sikap seorang anak melayan orang tuanya. Ibu ayah diletakkan di tempat yang tinggi sehinggakan kita ditegah untuk bercakap ‘ugh’ kepada mereka, apatah lagi bersikap kasar dan mengherdik. Selagimana mereka tidak menyuruh membuat maksiat, selagi itu kita harus patuh dan bersikap hormat. Bahkan jika maksiat yang disuruh, seorang anak harus menolak dengan baik. Masih disaran untuk adanya rasa hormat kepada ibu ayah.

Maka, dalam konteks isu warga emas ini, walau apapun kisah di sebaliknya, anak-anak Daut sepatutnya tetap hormat kepada ayahnya. Tidak wajar mereka menyisih malah mencemuh ayah mereka.

.

Hibahkan aset

Isu dan permasalahan yang dihadapi Daut dan sebahagian ibu ayah di luar sana ialah sukar menjangkakan sikap anak yang boleh berubah 180 darjah setelah mendapat hak milik harta. Ada anak yang berpura-pura baik kerana ingin membodek rumah dan aset lain diberikan kepada mereka. Setelah dapat apa yang dihajati, mulalah terbuka topeng dan sedikit demi sedikit mereka menyisihkan ibu dan ayahnya dari hidup.

Fikir kita, mustahil anak yang kita kenal berpuluh tahun boleh berubah begitu drastik. Dahulu sejak kecil kita didik dengan ilmu agama dan menghormati orang tua. Namun kerana harta, sikap anak berubah sekelip mata.

Sebenarnya terlalu banyak pengaruh yang ada di sekeliling yang boleh menjadi punca anak berubah. Antaranya pengaruh rakan pejabat, rakan lepak, isteri, keluarga belah isteri, drama, isu semasa dan bermacam lagi. Malah tekanan ekonomi keluarga atau gaya hidup juga boleh menjadikan dia terdesak.

Ibu ayah yang baik ingin menyerahkan harta kepada anak-anak sebagai tanda kasih sayang. Tetapi pada masa yang sama, mereka tidak mahu anak mereka berubah dan hubungan retak apabila nama pemilik harta dipindah milik. Apakah penyelesaian yang terbaik untuk permasalahan ini?

Ya, seperti yang ditulis di atas… solusinya ialah Hibah. Sebabnya Hibah mempunyai ciri-ciri istimewa, iaitu

Hibah harta daripada ibu/ayah kepada anaknya, atau datuk/nenek kepada cucunya BOLEH DIBATALKAN TANPA PERSETUJUAN ANAK/CUCU.

Walaupun sesuatu harta itu telah dihibahkan kepada anak, ibu ayah masih boleh mengambil manfaat daripada harta tersebut semasa mereka masih hidup. Mereka masih boleh tinggal di rumah yang telah dihibah. Walaupun rumah tersebut telah di’hadiah’kan kepada anak melalui dokumen hibah, nama pemillik asal iaitu ibu/ayah masih belum ditukar.

Pertukaran nama pemilik kepada nama anak hanya dibuat setelah pemberi hibah meninggal dunia. Sekiranya ibu ayah hendak membatalkan hibah ini, ia boleh dilaksanakan pada bila-bila masa sahaja dan tanpa memerlukan persetujuan daripada anak.

Disebabkan ciri ‘boleh batal’ ini, maka Hibah adalah penyelesaian terbaik bagi masalah seperti Daut. Mungkin anak-anaknya tidak akan melayani beliau sebegitu sekiranya harta beliau diserahkan kepada anaknya melalui dokumen Hibah.

Dari sudut lain, hibah juga boleh menjadi tertautnya kasih sayang ibu ayah dengan anaknya. Anak-anak sudah tentu akan menjaga perhubungan dengan ibu ayah apabila mereka tahu Hibah harta yang diberikan kepada mereka boleh dibatalkan pada bila-bila masa sahaja.

Anda bijak jika anda Hibah :):)

Untuk Hibahkan Harta, Hubungi saya Ansari 019-7498210
Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This