Antara objektif utama penubuhan Wasiyyah Shoppe Berhad ialah untuk memartabatkan Undang-undang Syariah di dalam konteks perancangan dan pewarisan harta Islam. Untuk melaksanakan objektif ini dua teras utama perlu dipenuhi :

1. Kesemua dokumen Wasiyyah Shoppe perlu melalui tapisan ketat Panel Syariah yang akan memastikan dokumen-dokumen ini PATUH SYARIAH (SYARIAH COMPLIANCE). Panel Syariah bukan sahaja melihat pandangan Syafi’e semata-mata dalam keputusan kelulusan malah melihat kepada semua pandangan mazhab Ahlus Sunnah Wal Jamaah serta rujukan undang-undang dari negara Islam lain. Selepas melalui perbincangan secara terperinci barulah ia diluluskan.

2. Dokumen-dokumen kami akan dibawa ke Mahkamah syariah untuk disahkan. Ada pihak merasakan urusan ini remeh, memakan masa dan belanja yang banyak. Namun pada Wasiyyah Shoppe Berhad proses ini penting kerana Mahkamah Syariah akan lebih bermartabat apabila lebih banyak kes dengan pelbagai situasi dibawa untuk dibicarakan di Mahkamah Syariah. Bidang kuasa Mahkamah Syariah akan diuji seterusnya berkembang apabila lebih banyak kes dibawa.

Jika bukan kita sebagai orang Islam memartabatkan Mahkamah Syariah siapa lagi?

Barisan Panel Wasiyyah Shoppe Berhad

panel syariah wasiyyah shoppe

Pengerusi : Ustaz Hj Ridzuan Awang

Telah bersama Wasiyyah Shoppe Berhad semenjak penubuhan pada 2004. Lebih 35 tahun pengalaman di dalam bidang fiqh mawarith dan merupakan antara individu paling berpengalaman di dalam bidang ini di Malaysia. Menduduki pelbagai Jawatankuasa dan panel syariah pelbagai institusi. Ustaz Ridzuan instrumental di dalam perkembangan produk2 Wasiyyah kerana telah bersama kami selama 14 tahun.

Ahli :

1. Dato Seri Dr Md Yusop Che Teh.

Bekas hakim Mahkamah Rayuan Syariah yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam undang2 Syariah. Bekas Hakim yang banyak memutuskan kes-kes berkaitan hibah dan wasiat selain kes2 lain. Sumbangan beliau memastikan format2 dokumen Wasiyyah Shoppe Berhad selari dengan kehendak undang2 Syariah & boleh disahkan Mahkamah Syariah. Telah bersama Wasiyyah Shoppe semenjak persaraannya 2017.

2. Ustaz Dr Zamro Muda.

Pensyarah kanan Fakulti Pengajian Islam UKM. Pengkhususan di dalam fiqh mawarith & pengalaman lebih 20 tahun. Terlibat dengan pelbagai Jawatankuasa peringkat kebangsaan & Selangor. Telah bersama Wasiyyah Shoppe semenjak 2008.

3. Ustazah Dr Noor Liza Mohd Said.

Pensyarah kanan Fakulti Pengajian Islam UKM . PhD dalam hibah & penglibatan lebih 10 tahun dalam fiqh mawarith. Terlibat dengan pelbagai kajian penyelidikan topik berkaitan harta pusaka, wasiat, hibah. Telah bersama Wasiyyah Shoppe semenjak 2008.

4. Ustaz Dr Nasrul Hisyam Nor Muhamad

Timbalan Dekan Fakulti Tamaddun Islam UTM Skudai. Telah menghasilkan pelbagai penulisan dalam isu harta pusaka, hibah dan wasiat. Seorang pengkaji prolifik dalam bidang fiqh mawarith di Malaysia. Telah bersama Wasiyyah Shoppe semenjak 2012.

5. Ustaz Dr Nik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani.

Pensyarah kanan Fakulti Pengajian Islam UKM dengan kepakaran di dalam Muammalat. Beliau juga merupakan Panel Syariah Citibank. Menyertai Panel Syariah Wasiyyah Shoppe pada awal 2018.

6. Tn Hj Sulaiman Kadimi.

Lebih 30 tahun pengalaman sebagai Pegawai Pusaka Kecil dengan jawatan terakhir sebelum bersara sebagai Ketua Penolong Pengarah JKPTG Pahang. Peranan beliau ialah untuk memastikan format2 dokumen perancangan harta Wasiyyah Shoppe selari dengan undang2 pentadbiran pusaka di Malaysia. Telah bersama Wasiyyah Shoppe semenjak 2010.

Inilah prinsip kepatuhan Syariah yang dipegang Wasiyyah Shoppe semenjak penubuhannya sehingga ke hari ini. Hasilnya ? Lebih dari 300 perintah pengesahan hibah dari Mahkamah Syariah seluruh Malaysia telah diperolehi. Rakyat Malaysia beragama Islam kini boleh meyakini perancangan harta yang mereka buat melalui Wasiyyah Shoppe adalah patuh syariah bukan sahaja dari segi produk malah dari segi implimentasi undang2nya juga mengikut proses di Mahkamah Syariah.

~Disesuaikan dari tulisan En.Ariffin.

Dapatkan Perkongsian EKSKLUSIF

Sila semak email dan CONFIRM langganan. Terima kasih!

Share This
× Berminat?