Hibah Harta Bercagar atau khususnya Hibah Bersyarat Rumah yang masih dalam pinjaman Bank menjadi isu perselisihan antara pemain industri pewarisan.

Kebanyakan syarikat amanah, syarikat pusaka, majlis agama negeri dan peguam menolak untuk membuat hibah harta yang terikat dengan pinjaman – hanya membuat hibah harta yang tiada hutang sahaja.

 

Wasiyyah Shoppe Berhad berbeza pendirian, menawarkan khidmat penyediaan dokumen hibah bersyarat untuk harta bercagar, berdasarkan dapatan penyelidikan dan kajian lapangan.

 

Malah sejak awal pengenalannya lagi pada tahun 2015 Wasiyyah Shoppe telah dikecam hebat oleh pihak yang bercanggah pendapat.

 

😓 Panel Syariah Wasiyyah Shoppe dituduh sebagai panel syariah 25%  – didakwa mendapat habuan besar bagi meng’halal’kan hibah bersyarat – yang menurut mereka, tidak patuh syara’. 

 

😓 Lebih dari itu, WSB juga dituduh tidak memahami proses pentadbiran pusaka selepas kematian. Kata mereka, harta yang dihibahkan tersebut tidak dapat diturunmilik kepada penerima Hibah selepas pemilik harta meninggal dunia kerana ada isu-isu yang terkait.  

Walau bagaimanapun, pada hari ini terbukti telah ramai yang mendapat manfaat daripada solusi hibah rumah yang masih dalam pinjaman yang disediakan oleh WSB.

 

Masyarakat tidak lagi ragu-ragu dengan dakwaan hibah ini tidak patuh syariah dan tidak dapat diturunmilik kerana telah ada kes precedent pengesahan hibah harta bercagar di Mahkamah Syariah.  

 

Fatwa terbaru ini menguatkan lagi bukti bahawa hibah harta bercagar itu sah di sisi syariah dan perundangan.

 

Fatwa Hibah Menyokong Pendirian WSB

Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang telah bermesyuarat pada tahun 2018 dan 2019 memutuskan fatwa yang menyokong pendirian Wasiyyah Shoppe sejak tahun 2015, antaranya:

 

Hibah Harta dalam gadaian adalah SAH sekiranya harta yang dihibahkan dilindungi oleh Takaful MRTT/MLTT atau mendapat keizinan daripada pembiaya.

 

Fatwa ini telah diwartakan dalam Warta Sel.P.U.8 pada 8 April 2021 dan Warta No. 1108 yang disiarkan pada 13 Mei 2021. 

Pewartaan fatwa ini adalah satu perkembangan yang memberikan kesan signifikan dalam prosedur pengesahan Hibah.

Ia bersifat mengikat (binding) dan menjadi panduan bagi hakim Mahkamah Syariah meluluskan hibah Harta yang masih terikat dengan pinjaman. 

 

Tidak Bermakna Sebarang Dokumen Hibah Boleh Digunapakai..

Dengan termaktubnya fatwa hibah ini, tidaklah bermakna sebarang dokumen hibah bersyarat yang disediakan oleh sesiapa pun akan terus menjadi sah.

Sepertimana prosedur biasa, Hakim meneliti pematuhan rukun dan syarat Hibah dalam dokumen yang disediakan kerana ia termasuk dalam hukum syara’.

Penyediaan dokumen Hibah memerlukan pengetahuan teknikal hukum syariah pewarisan dan perundangan harta. Pengalaman luas WSB mendapatkan pengesahan hibah di Mahkamah Syariah sangat membantu dalam memahami dinamika perundangan dan kehakiman.

Hakim adalah autoriti yang menentukan kesahan hibah yang dibuat, berdasarkan hujahan peguam dan isi kandungan dokumen kontrak hibah yang telah ditandatangani.

Kriteria ini sangat penting dititikberatkan kerana ia antara faktor utama yang menentukan samada penerima hibah seperti isteri dan anak-anak anda memperoleh harta yang dihibahkan tersebut.

 

Nak rancang Pewarisan? PM saya Ansari, 019-749 8210 atau Whatsapp dengan KLIK SINI.

 

 

 

 

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This