Objektif membuat perancangan harta ialah untuk memastikan hasrat pemilik harta tercapai, khususnya apabila dia sudah berada di alam lain.

Jika hasrat itu dizahirkan melalui dokumen hibah, maka dokumen yang dibuat mestilah sempurna.

Ramai yang menyediakan servis penyediaan dokumen hibah seperti peguam, syarikat amanah dan syarikat berkaitan pusaka. Namun begitu, bagaimanakah untuk kita pastikan dokumen yang disediakan itu sempurna rukun hibah dan syaratnya dan akhirnya mencapai tujuan iaitu tidak bermasalah untuk dilaksanakan?

Indicator yang menentukan kesempurnaan sesuatu dokumen hibah itu ialah apabila dokumen tersebut dibicara di Mahkamah Syariah dan berjaya disahkan.

Antara kriteria yang diteliti oleh hakim ialah samada dokumen hibah itu menepati empat rukun Hibah, iaitu:

➡️ Pemberi (al-Wahib)

➡️ Penerima (al-Mawhub lahu)

➡️ Harta yang dihibah (al-Mawhub)

➡️ Sighah (ijab dan qabul)

Syarat Harta Yang Boleh Dihibah

Harta yang dihibah mestilah memenuhi syarat berikut:

👍 Harta yang halal. 

👍 Mempunyai nilai di sisi syarak.

👍 Harta itu milik pemberi hibah. 

👍 Harta itu boleh diserah milikkan. 

👍 Harta sudah wujud semasa dihibahkan. Contohnya, tidak sah hibah barang yang belum ada seperti menghibahkan anak lembu yang masih dalam kandungan atau hibah hasil padi tahun hadapan sedangkan masih belum berbuah dan sebagainya. 

👍 Harta itu tidak bersambung dengan harta pemberi hibah yang tidak boleh dipisahkan seperti pokok-pokok, tanaman dan bangunan yang tidak termasuk tanah.

Harta yang Tidak Boleh diHibah

Secara umumnya, harta yang tidak boleh dihibah ialah harta yang tidak menepati sekurang-kurangnya salah satu daripada ciri-ciri di atas.

Untuk lebih mudah faham, antara contoh harta yang TIDAK BOLEH DIHIBAH ialah:

👎 KWSP (Paling popular – rujuk artikel ini untuk penjelasan lanjut)

👎 Pencen terbitan (rujuk di SINI)

👎 Ganjaran terbitan

👎 Pampasan insurans/Takaful caruman majikan

👎 Harta milik orang lain

👎 Harta yang dipegang sebagai pemegang amanah

👎 Harta tidak patuh syariah

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This