Apabila matinya anak Adam, harta peninggalan yang dikumpulkan di dunia akan diwariskan kepada waris-waris arwah. Waris-waris ini adalah waris mengikut hukum Faraid, yang mana bahagian setiap dari mereka telah ditetapkan oleh Allah dalam al-Quran.

Hibah pula adalah hadiah yang diberikan oleh arwah kepada penerima semasa dia masih hidup. Sepertimana Faraid, Hibah juga termasuk dalam syariah dan bersandarkan kepada dalil.

Dalam pewarisan, harta yang telah dihibahkan akan diasingkan terlebih dahulu dari pembahagian Faraid. Ini menjadikan sesetengah orang gusar dan berpandangan hibah yang dibuat akan menafikan hak waris Faraid.

Ini adalah satu pandangan yang keliru tentang Hibah dan akan dibincangkan dalam artikel ini.

 

Kedudukan Hibah dalam Faraid

Harta yang telah dihibahkan dan harta yang diFaraid sebenarnya tidak berkait.

Hibah terlaksana semasa hidup, bermakna harta yang telah dihibahkan itu sebenarnya telah bertukar hak milik kepada penerima setelah sempurna rukun serta syarat Hibah.

 

Apabila Hibah telah sempurna, harta itu bukan lagi milik pemberi Hibah, tetapi kepunyaan penerima Hibah.

 

Namun begitu, bagi menjaga kebajikan pemberi yang telah menyerahkan harta tersebut, boleh diletakkan syarat dalam kontrak Hibah bahawa pemberi itu berhak menikmati manfaat harta yang telah dihibahkan selagi dia masih hidup. 

 

Hak Faraid Wujud Selepas Meninggal Dunia

Hak Faraid wujud hanya setelah kematian pemilik harta, dan untuk hartanya sahaja.

Ini adalah asas yang betul-betul perlu difahami bagi merungkai kekeliruan Hibah menafikan hak waris Faraid.

Harta yang telah dihibahkan bukan lagi milik pemberi Hibah. Ia sudah menjadi milik penerima Hibah.

Oleh itu, tiada lagi hak Faraid ke atas harta yang telah dihibahkan bagi waris-waris pemberi hibah.

 

turutan hibah

 

Apabila pemberi itu meninggal dunia, harta yang dimilikinya di saat dia pergi sahaja yang akan diwariskan kepada waris-waris Faraid dan menjadi harta pusaka.

Lihat gambar rajah di atas.

Harta yang dihibahkan telah diasingkan dahulu dari kronologi pengagihan harta pusaka. Maka ia tidak tertakluk kepada pembahagian Faraid. 

 

Hibah Lari Dari Faraid?

Baik, dari segi kronologi pengurusan pusaka harapnya dah jelas. Harta yang dihibah tak berkait pun dengan harta yang diFaraid, kerana harta itu bukan milik pemberi Hibah pun setelah hibah sempurna.

Tetapi mungkin ada yang beranggapan membuat hibah adalah helah untuk lari dari Faraid. Buat hibah kerana hendak menafikan hak Faraid yang telah ditetapkan oleh Allah!

Please tarik handbrake. Jangan terus menuduh tanpa ilmu!

 

Dalil Pensyariatan Hibah

Sepertimana Faraid, Hibah pun asalnya dari syariat Islam juga. Bukan memandai sahaja ia dibuat.

Pensyariatan Hibah bersandarkan kepada dalil dari al-Quran dan Hadis.

 

Hibah dalil mas kahwin

 

Dalil hibah beri sayang

 

Hibah mempunyai sandaran dalil naqli dari Quran dan hadis.

Jelas sekarang sebenarnya Hibah dan Faraid itu tidak bertentangan.

Malah tiada pun perdebatan ulama’ tentang Hibah menafikan Faraid. Kerana kedua-duanya adalah hukum Syariat yang ada asasnya.

 

Faraid Bukan Satu-satunya Instrumen Pengagihan Harta

Faraid bukan satu-satunya hukum Allah yang berkait dengan pembahagian harta.

Selain Hibah, ada juga kaedah Wasiat, Waqaf, sedekah, infaq dan sebagainya. Setiap satu instrumen ini ada fungsinya tersendiri.

 

Jika anda mengatakan Hibah menafikan hak waris Faraid, maka begitu juga Wasiat, waqaf, sedekah dan infaq.

 

Kalau anda berpandangan Hibah menafikan hak waris, maka janganlah juga wakafkan harta anda. Kerana harta itu akan terkeluar daripada senarai harta yang akan diwariskan kepada waris Faraid anda.

Waris telah dinafikan harta kerana Wakaf!

Walhal itu adalah harta anda kerana anda masih hidup. Anda berhak membuat apa sahaja terhadap harta yang dimiliki, melainkan setelah ia manjadi pusaka.

Janganlah juga buat wasiat atau infaq bagi tujuan kebajikan. Kerana hak waris Faraid akan tersusut. Sepertimana dakwaan anda terhadap Hibah.

“Tapi, itu berbeza. Infaq untuk berbuat baik, dapat pahala berterusan.”

Tidakkan perkara sama dihasratkan apabila anda membuat Hibah?

Dasar Hibah adalah kasih sayang kepada penerima Hibah.

 

Kebajikan siapa yang lebih perlu diutamakan?

Bukankah mereka yang terdekat dengan anda?

 

hibah kepada waris

 

 

Hibah TIdak Menafikan Hak Faraid

Secara ringkasnya, berikut mengapa Hibah tidak menafikan hak Faraid:

 

👉 Hibah terlaksana semasa hidup, maka harta itu telah bertukar tangan kepada penerima Hibah apabila cukup rukun dan syarat.

 

👉 Hak Faraid pula wujud selepas meninggal dunia, hanya terhadap harta yang dimiliki oleh pemberi semasa dia pergi.

 

👉 Sebagaimana Faraid, Hibah juga berlandaskan dalil dan termasuk dalam syariat Islam.

 

👉 Jika anda menganggap Hibah menafikan hak waris Faraid yang lain, begitu juga wakaf, infaq, sedekah yang dibuat semasa hidup. Kerana waris Faraid terhalang untuk mendapatkan hak ke atas harta-harta tersebut. Takkanlah nak fikir macam tu kan?

 

Nak rancang Pewarisan? PM saya Ansari, 019-749 8210 atau Whatsapp dengan KLIK SINI.

 

Share This
× Berminat?