Penjawat awam merangkumi sekitar 1.6 juta daripada tenaga kerja rakyat Malaysia. Pelbagai manfaat ditawarkan bagi mereka yang berkhidmat dalam sektor perkhidmatan awam ini, antaranya peluang memohon pembiayaan rumah menerusi LPPSA.
Antara kelebihan pembelian rumah menerusi pinjaman LPPSA ialah pembeli dikenakan kadar ‘faedah’ atau ‘keuntungan’ bank yang tetap. Berbeza dengan pinjaman perumahan bank yang mana kadar bayaran balik menaik dan menurun bergantung kepada kadar Base Rate dan ketetapan bank.
Dalam soal perancangan pewarisan harta pula, adakah hibah rumah yang masih dalam pinjaman LPPSA berbeza dengan hibah rumah dalam pinjaman bank?
Perbandingan Rumah Pinjaman LPPSA Dengan Pinjaman Bank
LPPSA dan bank adalah pihak yang berkepentingan dalam pemilikan sesebuah rumah. Apabila LPPSA atau bank membiayai pembelian rumah tersebut, mereka menanggung liabiliti kewangan bagi mendapatkan semula pinjaman atau pembiayaan (beserta keuntungan) yang telah diberikan kepada peminjam.
Bagi memastikan kepentingan mereka terpelihara, antaranya dalam keadaan peminjam gagal membayar balik komitmen bulanan pinjaman perumahan mereka seperti yang telah dipersetujui, rumah itu dijadikan harta cagaran kepada LPPSA atau bank.
Sekiranya berlarutan untuk tempoh sekian-sekian komitmen bayaran bulanan tidak dipenuhi, LPPSA atau bank berhak mengambil tindakan terhadap rumah tersebut, seperti membuat lelongan.
Maka dalam konteks ini, kedudukan LPPSA dan Bank sama sahaja, iaitu berperanan sebagai pemberi biaya, pemiutang dan penerima cagaran yang berkepentingan terhadap rumah yang dibeli oleh peminjam atau pemiliknya.
Hibah Rumah Pinjaman LPPSA
Kesan cagaran ke atas rumah yang masih dalam pinjaman tersebut menjadikan LPPSA sebagai pihak yang berkepentingan. Ini perlu dititik berat dalam penyediaan dokumentasi hibah untuk menjadikannya satu dokumen yang sah dan solid.
Hibah adalah satu bentuk penukaran hak milik rumah daripada pemberi kepada penerima yang dinamakan dalam deklarasi hibah. Ia adalah satu bentuk kontrak dan transaksi yang memberikan kesan undang-undang terhadap pemilikan rumah tersebut.
Kepentingan LPPSA tidak boleh diketepikan begitu sahaja apabila pemilik rumah hendak menghibahkan rumah tersebut.
Penukaran hakmilik tentunya memberikan kesan kerana pembelian rumah tersebut asalnya melibatkan LPPSA dengan pemberi hibah, bukannya penerima.
Perlu Surat Kebenaran Hibah?
Bagaimana penyedia dokumen hibah dapat mengharmonikan hasrat pemilik rumah yang hendak menghibahkan rumah yang masih dalam pinjaman, dengan memastikan kepentingan LPPSA terpelihara apabila transaksi hibah rumah itu telah sempurna?
Adakah LPPSA akan mengeluarkan surat kebenaran untuk seseorang itu membuat hibah?
Tentunya TIDAK!
Buat apa LPPSA susah-susah nak keluarkan surat yang boleh menyukarkan keadaannya sebagai penerima cagaran, kan?
Tetapi anda jangan risau!
Tanpa surat kebenaran rasmi itu pun kami di Wasiyyah Shoppe tiada masalah untuk menyediakan dokumen hibah rumah pinjaman LPPSA ataupun bank.
Sudah tentu kami tidak membuat tindakan semberono yang tak berasas.
Tetapi Wasiyyah Shoppe berbekalkan hujah yang insyaAllah cukup untuk meyakinkan Hakim Mahkamah Syariah bahawa kepentingan pembiaya terpelihara dan segala rukun dan syarat yang terkandung dalam dokumen hibah yang disediakan itu cukup sempurna.
Penting Berurusan Dengan Penyedia Dokumen Hibah Yang Berpengalaman
Dan disebabkan itulah, hibah rumah yang masih dalam pinjaman LPPSA mahupun bank lebih complicated berbanding rumah yang tiada hutang.
Dan kerana itu jugalah amat penting untuk anda yang berhasrat menghibahkan rumah berurusan dengan syarikat yang berpengalaman dan berkepakaran dalam bidang hibah pusaka.
Kami di Wasiyyah Shoppe telahpun meneliti permasalahan ini sejak bertahun-tahun dan telahpun menemui solusinya menerusi dapatan hujahan ulama’, penelitian undang-undang dan dari badan berautoriti kehakiman.
Ini adalah antara perkara rumit yang penting untuk dirungkai dalam penyediaan dokumen hibah rumah yang masih dalam pinjaman LPPSA atau bank.
Sekiranya hibah itu dipertikai kesahannya oleh waris yang berkepentingan, maka aspek ini boleh diperselisihkan oleh peguam pendakwa.
Kesannya, mungkin menyebabkan hibah itu ditolak oleh Hakim Mahkamah Syariah sekiranya gagal untuk disahkan menepati rukun dan syarat hibah.
Penerima hibah terpaksa berputih mata.
Whatsapp saya Ansari 019-749 8210 untuk mendaftar penyediaan dokumen Hibah pinjaman LPPSA
- Adakah Sama Dokumen Hibah Yang Dibuat oleh Peguam, Wasiyyah Shoppe atau Syarikat Pusaka Lain? - September 21, 2023
- Jenis-jenis Hibah Dalam Islam - August 8, 2023
- HIBAH Rumah Yang Masih Belum Habis Dibayar - July 13, 2023
Nak tahu mengenai pengurusan harta ister.
Sy adalah isteri.
Beli rumah sebelum berkahwin.
Bila berkahwin baru masuk rumah dan hidup dgn suami tanpa anak.
Kalau sy mati,rumah jadi hakmilik siapa?
Beli rumah under lppsa.
Berniat utk hadiahkan rumah ni pada suami sekiranya sy mati dulu.
Akan jadi hak waris2 faraid puan. Jika tiada anak, dan tiada ayah atau datuk, maka waris faraid mungkin akan termasuk adik beradik.
Sekiranya nak wariskan kepada suami sahaja, maka perlu lah buat hibah.
assalamualaikum.. sy ibu tunggal mempunyai seorang ank perempuan berumur 10 tahun.. membeli rumah under lppsa.. mcm mna nk buat hibah atas nama anak ye
Wslm wbt puan Nur Atiqa,
Mohon puan Whatsapp saya, Ansari 019-749 8210 untuk details kos dan prosedur ya. Terima kasih.