Sesetengah perunding pewarisan menggunakan ayat 180 dari surah al-Baqarah bagi menggesa masyarakat membuat wasiat. Menurut mereka, ayat ini menunjukkan hukum wajib membuat wasiat bagi sesiapa yang memiliki harta.

Malangnya, kefahaman tentang wasiat itu tidak benar. 

Hukum wajib wasiat yang disampaikan dari ayat ini telah dimansuhkan setelah turunnya ayat mengenai hukum Faraid. Maka hukum wasiat tidak lagi wajib.

Mengikut kaedah ‘ulum quran, ayat 180 dari surah al-Baqarah ini telah dinasakhkan oleh ayat berkaitan Faraid.

 

Ayat 180 – 182 Surah al-Baqarah: Wajib Wasiat?

Ayat wajib wasiat

Maksud: “Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan agama), sebagai suatu kewajipan atas orang yang bertaqwa (180) Kemudian sesiapa yang mengubah mana-mana wasiat sesudah ia mendengarnya, maka sesungguhnya dosanya hanya ditanggung oleh orang yang mengubahnya; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui (181) Tetapi sesiapa yang mengetahui bahawa orang yang berwasiat itu tidak adil atau melakukan dosa (dalam wasiatnya), lalu ia mendamaikan antara mereka (waris, dengan membetulkan wasiat itu menurut aturan agama), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (182).”

 

Menurut Ibn Kathir, ayat ini mengandungi perintah berwasiat kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat.

Pendapat yang paling sahih menyebut hukum wajib wasiat pada mulanya, iaitu sebelum turun ayat pewarisan atau Faraid. Tetapi setelah penurunan ayat Faraid, hukum wajib berwasiat itu telah dimansuhkan.

Ayat Faraid telah menetapkan bahagian hak setiap waris yang wajib dilaksanakan, tanpa melalui proses wasiat.

Tidak perlu lagi seseorang yang berharta itu berwasiat untuk mewariskan harta kepada ibu bapa dan kerabat, kerana hak itu telah terkandung dalam hukum Faraid.

 

Hadis: “Tiada Wasiat Kepada Waris”

Hadis riwayat al-Tirmidhi, Abu Dawud dan Ibn Majah menyebut:

Ayat tiada wasiat buat waris 

Maksudnya: “… Sesungguhnya Allah memberikan kepada setiap orang yang berhak atas bahagiannya (masing-masing), maka tiada lagi wasiat bagi ahli waris“.

 

Wasiat bukan sahaja tidak wajib, malah tidak menjadi instrumen pewarisan yang patut dibuat kepada waris.

Ini dikuatkan lagi dengan athar dari Ibn Abbas, yang mengulas ayat al-Baqarah:180 dengan katanya, “ayat ini sudah dimansukhkan”. Menurutnya, pada awalnya tiada yang berhak mewarisi melainkan ibu bapa kecuali melalui proses wasiat bagi kaum kerabat. 

Ayat kewajipan berwasiat (al-Baqarah:180) menurut Ibn Abbas telah dimansuhkan oleh ayat 7 dari surah an-Nisa:

 

Ayat bahagian faraid telah ditetapkan

Maksud: “Orang lelaki ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, dan orang perempuan pula ada bahagian pusaka dan peninggalan ibu bapa dan kerabat, samada sedikit atau banyak dari harta yang ditinggalkan itu; iaitu bahagian yang diwajibkan (dan ditentukan oleh Allah)

 

Pendapat lain lebih banyak mengatakan bahawa ayat kewajipan berwasiat itu dimansuhkan oleh ayat al-mirath (ayat pewarisan Faraid), iaitu ayat dari surah an-Nisa’: 11, 12 dan 176.

Dalam ayat surah an-Nisa’ ini, waris-waris yang berhak dan pecahan hak setiapnya telah digariskan dengan jelas dan panjang lebar.

Waris-waris Faraid telah diperuntukkan bahagian Faraid, maka tiada keperluan lagi untuk membuat wasiat buat mereka.

 

Bagaimana Hendak Menjaga Kebajikan Waris Terdekat?

Mungkin timbul persoalan.. 

Kalau tidak boleh wasiat kepada anak dan isteri, bagaimana kita nak pastikan mereka mempunyai peninggalan wang yang cukup untuk teruskan hidup?

Pertamanya, kita harus beriman bahawa hukum Faraid itu adil kerana ianya wahyu dari Tuhan.

Kedua, ada instrumen lain yang boleh digunakan. Contohnya seperti Hibah. Hukum Hibah berbeza dengan wasiat kerana ia adalah pemberian semasa hidup.

Kesimpulannya, wasiat kepada waris terbatal, melainkan mendapat persetujuan semua waris. Pucuk pangkal, ia tidak terjamin buat penerima yang kita hasratkan. Fungsinya seperti pesanan; waris lain boleh ikut atau tidak.

 

 

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Share This
× Berminat?