Semenjak adanya varian Delta dan varian COVID yang baru, pandemik COVID semakin mengganas meragut nyawa rakyat Malaysia sehingga mencecah sekitar 100 – 200 mangsa setiap hari.

Yang menakutkan dan membimbangkan, semakin ramai mangsa terdiri dalam kalangan orang muda tanpa penyakit komorbiditi yang tiba-tiba sahaja rebah.

Kebimbangan yang sama disuarakan oleh Dr Hana Hadzrami menerusi akaun facebooknya..

 

orang muda meninggal covid

 

Benar bukan?

Dalam gelombang sebelum ini, mangsa yang tewas terdiri dalam kalangan golongan berumur dan telahpun menderita penyakit tiga serangkai atau komorbiditi.

Virus COVID dengan cepat telah berevolusi.

Dalam gelombang sekarang ini, anak-anak muda yang terjangkiti COVID juga ada yang dengan cepat boleh merosot kepada tahap 4 atau 5 dan memerlukan bantuan oksigen. 

 

Kadar keberjangkitan COVID juga lebih tinggi. Menurut Ketua Pengarah KKM Tan Sri Dr Noor Hisham, varian Delta mampu merebak dalam masa sesingkat 15 saat sahaja dan menerusi sebaran udara.

 

Individu yang telah dijangkiti membawa virus itu balik ke rumah dan berisiko merebakkan penyakit tersebut kepada seisi keluarga. Bagi sesetengah keluarga, ia sukar untuk dielakkan kerana terpaksa keluar bekerja dan mencari sesuap nasi.

Namun risiko tersebut boleh membawa kepada kematian..

Sedih pilu membaca berita kehilangan ahli keluarga yang datang menjengah setiap hari, terutamanya arwah yang meninggalkan tanggungan anak dan pasangan suami/isteri yang bergantung harap kepada arwah untuk kelangsungan hidup.

Khususnya bagi kes-kes yang mana kedua-dua ibu bapa meninggal dunia berturutan akibat COVID, bayangkan emosi kehilangan yang terpaksa ditempuhi oleh anak-anak, terutamanya anak yang masih di bawah umur.

Masa depan serta merta menjadi gelap.

Patah kedua-dua belah sayap 😭 😭

 

Kes arwah Benyajeed yang meninggal dunia akibat COVID, dan disusuli oleh isterinya hanya 3 hari kemudiannya sangat menyedihkan.

Kedua-dua suami isteri ini meninggalkan waris iaitu anak-anaknya seramai 8 orang yang berumur antara 4 hingga 19 tahun.

 

Anak yatim piatu covid

Sumber: Astro Awani

 

Semasa hidupnya, Benyajeed dan isterinya mencari nafkah dengan berniaga goreng pisang.

Bayangkan betapa sukar mereka nak berniaga semasa PKP.

Adakah ada harta pusaka wang ringgit yang tersisa yang ditinggalkan arwah buat bekalan anak sulung mereka menyara kehidupan adik beradik mereka yang ramai tersebut?  

Kalaulah semasa ibu bapa mereka masih hidup pun sudah sukar, apatah lagi dengan ketiadaan mereka. Bukan sahaja dari segi wang ringgit, tetapi juga defisit emosi.

 

Kes dua beradik ini juga menggamit simpati.

Arwah ibu bapa mereka kedua-duanya meninggal dunia pada usia muda – 38 tahun.

Jarak kematian keduanya kurang dari dua minggu.

 

Anak yatim piatu covid

Sumber: Sinar Harian

 

Kedua-dua waris anak bawah umur yang ditinggalkan tersebut dijaga oleh nenek mereka.

 

Benarlah kata Dr Hana, “pada gelombang ini, ibubapa menangisi pemergian anak-anak muda”.

 

Jika anda mempunyai harta yang banyak mahupun sedikit, pandemik ini adalah wakeup call untuk merancang pewarisan harta sesegera mungkin.

Sekiranya anda keluarga muda dengan anak-anak kecil bawah umur, fikirkan kebajikan mereka.

Siapa yang akan menjaga mereka, dan adakah anda sudah persiapkan tempat tinggal dan peruntukan untuk kelangsungan hidup mereka.

Semoga COVID ini berakhir segera, dan kita semua dikurniakan umur yang panjang dan barokah. Amiin..

 

 

 

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This