Apabila saya berjumpa dengan prospek dan membuat presentation tentang hibah, saya gemar menekankan tentang usaha Wasiyyah Shoppe yang telah mengeluarkan geran kepada universiti tempatan untuk menjalankan penyelidikan hibah harta bercagar. Saya ingin prospek mendapat perspektif sepertimana yang saya yakini bahawa syarikat ini serius dalam memastikan produk servis yang ditawarkan 100% Patuh Syariah dan efektif apabila nak dilaksanakan nanti.

Bermaksud, dokumen yang disediakan tidak mengandungi klausa yang bercanggah dengan undang-undang sivil maupun syariah. Dan juga berkesan dan efektif untuk terlaksana dan mencapai hasrat pemberi hibah. 

Mengenai keberkesanan dokumen yang dibuat… anda jangan terkejut, masih ada syarikat pusaka yang mempromosi wasiat 1/3 kepada waris. Wasiat ini terbatal melainkan mendapat persetujuan waris-waris yang lain.

Dokumen ini kurang berkesan kerana ia lebih berfungsi seperti pesanan yang tertakluk kepada ihsan waris.

Dalam membuat perancangan harta, objektif akhir ialah untuk memastikan dokumen atau solusi yang diambil akan terlaksana. Tambahan lagi sebagai orang Islam, kita juga mesti memastikan solusi tersebut selari dengan hukum syariah.

 

Ulasan CEO Wasiyyah Shoppe – Penyelidikan Ilmiah Hibah Harta Bercagar

Soalan di pm kepada saya selepas panjang lebar penerangan berkaitan HIBAH HARTA BERCAGAR saya semalam.

“Kenapa Wasiyyah Shoppe Bhd berani memperkenalkan HIBAH HARTA BERCAGAR sedangkan ada individu tertentu kata hibah harta bercagar berisiko menjadi tidak sah?”

Di Wasiyyah Shoppe Berhad kami berani memperkenalkan hibah harta bercagar kerana sebelum memperkenalkan hibah harta bercagar secara agresif, penyelidikan ilmiah telah pun dibuat.

Saya bukan penyelidik. Saya tiada disiplin & kelayakan sebagai penyelidik. Saya hanya seorang ‘practitioner’ yang mahu memberikan solusi kepada masyarakat yang banyak menghadapi masalah dalam urusan harta2 yang masih bercagar / dalam pinjaman bank.

Jadi apa yang kami buat ? Wasiyyah Shoppe Berhad memberi geran penyelidikan kepada sekumpulan penyelidik dari UKM yang kami tahu memang berkepakaran dan berpengetahuan luas di dalam bidang fiqh mawarith . Kami perlu pastikan bahawa apa sahaja yang ingin kami lakukan mestilah patuh syariah( Syariah compliance )

Merekalah yang bertanggungjawab mengkaji pelbagai kitab dari ulama2 tersohor yang diyakini kemantapan pandangannya dan meliputi semua pandangan ahlus sunnah wal jamaah ( Bukan pandangan Shafie sahaja ).

Di saat kesimpulan peribadi individu tertentu hanya menjurus kepada pembacaan kitab terpilih secara sekerat2 yang hanya menjurus kepada apa yang ingin diketahui sahaja atau perbualan dengan individu2 tertentu sahaja, disiplin ilmu penyelidikan ilmiah membawa kumpulan penyelidik ( beberapa orang, bukan seorang sahaja ) kepada pembacaan kitab2 secara menyeluruh dan lebih meluas.

Kumpulan Penyelidik mengkaji latarbelakang penulis kitab sama ada penulis kitab itu seseorang yang mempunyai kredibiliti dalam bidang yang ditulis dan adakah pandangannya disokong dengan nas, hadis dan ijmak ulama yang sahih dan kukuh.

Kitab yang dikaji juga merentas masa, zaman dan pemikiran serta datang dari pelbagai sumber negara2 Islam ( bukan Malaysia sahaja ) sehingga boleh dibuat kronologi aliran pemikiran penulis berkenaan.

Kes2 yang telah diputuskan oleh Mahkamah Syariah seluruh Malaysia juga dikaji alasan penghakimannya bagi mengenalpasti apa faktor yang diambilkira oleh Mahkamah Syariah dalam membuat keputusan.

Kumpulan penyelidik yang terdiri dari ahli2 akademik ini mempunyai disiplin tinggi untuk mencari kebenaran berdasarkan fakta2 yang ditemuinya. Berbeza pendekatan individu tertentu yang hanya mahu membaca apa yang menyokong pandangannya sahaja. Pandangan yang tidak sealiran dengannya ditolak ketepi malah ada yang disembunyikan !

Dapatan penyelidikan yang pelbagai kemudiannya dibentang dan dibincang secara terperinci di kalangan penyelidik. Hanya pandangan yang benar2 mantap sahaja dimasukkan ke dalam hasil penyelidikan manakala pandangan yang tidak kuat hanya dijadikan rujukan. Panduan umum hibah harta bercagar diformulasikan.

Laporan penyelidikan ini kemudiannya dibentang kepada Wasiyyah Shoppe Berhad dan menjadi panduan kepada pembangunan produk dan perkhidmatan kami.

Wasiyyah Shoppe Berhad TIDAK BOLEH sesuka hati membuat apa yang kami mahukan kecuali jika telah diluluskan oleh Panel Syariah kami dan diendorse oleh Lembaga Pengarah Syarikat. Ini tadbirurus korporat yang dipegang secara ketat oleh kami.

Individu tertentu berkenaan boleh menyatakan apa sahaja yang dikehendakinya tanpa terikat apa2 sekatan tetapi Wasiyyah Shoppe Berhad sebagai syarikat amanah berdaftar di bawah Akta Pemegang Amanah 1949 tidak boleh bertindak sesuka hati kerana terikat dengan tadbirurus korporat yang ketat.

Selepas dapatan penyelidikan diputuskan , Wasiyyah Shoppe Berhad berkongsi maklumat ini dengan pihak2 berautoriti di Malaysia yang kemudiannya memberi maklumbalas sama ada hujah2 dan dapatan ini boleh memberi kesan kepada pengesahan hibah harta bercagar atau tidak.

Inilah disiplin ilmu yang dipegang Wasiyyah Shoppe Berhad yang menyebabkan kami berani memperkenalkan hibah harta bercagar kepada masyarakat Malaysia.

MONKEY SURPRISE !

Saya terperanjat bila melihat slide2 individu tertentu berkaitan hibah harta bercagar. Hujah2 di dalam slidenya hampir menyerupai slide yang dihasilkan oleh kumpulan penyelidik.

Saya terperanjat beruk ( monkey surprise ) kerana ada ayat2 di dalam slide itu ‘sebiji2’ diceduk dari slide kumpulan penyelidik. Kumpulan penyelidik lagilah terperanjat kerana titik peluh mereka senang2 diciplak oleh individu tertentu tanpa sebarang kredit diberikan.

Ya berkongsi ilmu itu sesuatu yang baik tetapi adab perlulah dijaga. Janganlah semudah itu menciplak hasil titik peluh kumpulan penyelidik tanpa memberi kredit dan memohon keizinan. Fikirlah sendiri tindakan mengambil tanpa keizinan tuanpunya itu apa maksudnya ?

Dengan penjelasan ini saya berharap masyarakat dapat membuat penilaian sama ada ingin memegang pandangan individu tertentu atau pandangan Wasiyyah Shoppe Berhad sebuah syarikat amanah berdaftar yang disokong penyelidikan ilmiah berdisiplin. Pilihan di tangan anda.

RANCANG HARTA DAN URUS PUSAKA KINI TEPAT DAN MUDAH.

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This