Saya banyak terima persoalan tentang kos penyediaan Hibah terutamanya kos hibah rumah. Soalan ini memang relevan, kerana setiap servis dan perkhidmatan pasti ada cajnya. Di sebalik kosnya itu, perlu difahami terlebih dahulu rasional harga berbanding servis yang ditawarkan.

Mudah-mudahan dengan membaca artikel ini seterusnya, anda akan faham kenapa anda patut:

👉🏻  Tolak tawaran penyediaan dokumen hibah dengan kos rendah yang tidak masuk akal

👉🏻  Tolak servis peguam yang kepakarannya BUKAN dalam bidang hibah dan pusaka

👉🏻 Faham apa prioriti yang perlu diambil berat untuk memilih syarikat yang layak menyediakan dokumen Hibah anda

 

Nilai Dokumen Hibah

Kos dan nilai saling berhubung kait.

Pertamanya, anda perlu maklum bahawa Hibah adalah sejenis dokumen teknikal yang wajib menepati hukum syara’ dan undang-undang tempatan. Maka yang lebih arif untuk  menyediakan dokumen hibah adalah syarikat amanah atau peguam yang mempunyai kepakaran tentang hibah dan pusaka.

Objektifnya adalah untuk memastikan perlaksanaannya kelak tidak bermasalah, khasnya jika perlu dibicara dan disahkan di Mahkamah Syariah.

Bagi sesiapa yang pernah berurusan dengan peguam, tahulah anda kosnya tidak murah – sesuailah dengan ilmu dan kepakaran profesional mereka. Oleh itu, jika caj yang dikenakan terlalu murah, pastikan anda bertanya hidden charges ataupun skeptikal tentang kesahan Hibah itu kelak.

Bagi memahami nilai dokumen Hibah dan seterusnya kosnya yang berpatutan, persoalan yang perlu difikirkan adalah:

👉🏻 Kenapa nak buat hibah, bukan wasiat atau dibahagi mengikut Faraid sahaja?

👉🏻 Apa yang membuatkan lain syarikat, hibahnya ‘mahal’ dan ada pula yang ‘murah’?

👉🏻 Bagaimana nak pastikan waris tidak berhadapan masalah untuk mendapatkan harta yang dihibah?

value what you get

 

Nilai Hibah ialah memberi atas dasar kasih sayang kepada penerima. 

Kos yang diperlukan untuk Hibah adalah untuk kebaikan penerima Hibah kerana pemberi tidak mendapat apa-apa balasan, malah terpaksa mengeluarkan wang lagi untuk membayar caj penyediaan dokumen Hibah.

Atas sebab itu jugalah, dokumen itu tidak boleh dibuat secara cincai. Mesti dipastikan ianya LENGKAP DAN BERKESAN.

Lengkap kerana menepati rukun-rukun dan syarat Hibah.

Berkesan kerana kontrak hibah yang disediakan dipastikan sentiasa menepati undang-undang tempatan berkaitan harta yang dihibahkan. Apabila ada perubahan dari segi undang-undang, syarikat akan advise sekiranya perlu amendment. Maka syarikat sentiasa peka dengan perkembangan semasa.

Kedua-dua elemen Lengkap dan Berkesan ini sangat diambil berat oleh Wasiyyah Shoppe dalam menyediakan dokumen hibah pelanggan.

 

Kos Dokumen Hibah Wasiyyah Shoppe

Kos penyediaan Hibah oleh Wasiyyah Shoppe bermula dari RM1,600, bergantung kepada harta yang nak dihibah.

Cuba bandingkan kos hibah itu dengan nilai harta yang dihibahkan. Contohnya hibah rumah yang bernilai RM500,000 pada harga semasa. Rumah itu mungkin akan meningkat nilainya semasa meninggal nanti, dan jika hendak ditebus nilai dengan hak Faraid waris lain, sudah pasti bila dibandingkan, kos hibah hanya celah gigi saja.

Dan yang sering dilupakan ialah tebus pusaka hanya boleh dilaksanakan jika waris lain bersetuju. Jika waris bertegas mahukan rumah itu, maka tiada makna nilai wang yang ditawarkan.

Perbandingan Kos Hibah Dengan Syarikat Lain

Bagi yang nak bandingkan kos Hibah dengan syarikat lain, terus terang saya kata, ia tidak mudah. For starter, anda kena tahu beza Hibah Mutlak dan Hibah Bersyarat. Isu lain, apakah jenis kontrak yang digunakan. Nama saja dokumen Hibah, tetapi di dalamnya berbeza-beza; ada yang gunakan instrumen Mahkamah Sivil dan namakannya Hibah.

Yang buat Hibah Bersyarat pula, syarat apa yang digunakan? Dengan kontroversi dan khilaf berkaitan Hibah Bersyarat, sejauh mana anda konfiden dengan peguam yang tidak pernah pun melalui perbicaraan pengesahan Hibah?

Oleh demikian, yang lebih selamat ialah percaya kepada reputasi syarikat penyedia dokumen.

 

Reputasi Wasiyyah Shoppe

Objektif syarikat ialah untuk memastikan dokumen Hibah yang disediakan laku dan tiada masalah untuk disahkan di Mahkamah Syariah sekiranya dicabar. Di samping itu, dokumen yang disediakan sentiasa dipastikan menepati garis panduan hukum Syariah dan tidak bercanggah dengan undang-undang sivil dan syariah negara kita.

Untuk mencapai tahap itu, kertas kerja penyelidikan berkaitan Hibah Harta Bercagar telah terhasil melalui geran yang diberikan kepada universiti tempatan. Kertas kerja ini menilai secara komprehensif dan menyeluruh mengenai isu berkaitan hibah bersyarat dan hibah harta yang masih dalam pinjaman. Jika anda sudah survey, hampir kesemua syarikat pusaka hanya menyediakan hibah untuk harta yang sudah habis dibayar sahaja. Wasiyyah Shoppe terkecuali.

hibah rumah bercagar

Wasiyyah Shoppe juga melantik panel Syariah berkaliber bagi memastikan perkhidmatan sentiasa selari dengan perubahan undang-undang negara. Panel syariah ini bukan main tangkap muat.. mereka semua ini  mempunyai ilmu dan pengalaman relevan dengan industri ini. Seorang daripadanya adalah bekas Hakim Mahkamah Rayuan.   

panel syariah wasiyyah shoppe

 

Teruskan dengan Hibah?

Saya tak kata Hibah Wasiyyah Shoppe ini yang paling murah. Tapi saya yakin bahawa ianya ialah yang paling lengkap dan berkesan.

Wasiyyah Shoppe adalah pengeluar Hibah terbanyak di Malaysia. 

Dengan rekod lebih 300 kes Hibah berjaya disahkan, Wasiyyah Shoppe adalah syarikat syarikat yang paling terkehadapan dalam Hibah. Bagi yang buat Hibah dengan peguam atau syarikat lain, cuba tanya mereka jika mereka pernah sahkan Hibah?

Jika nak proceed, boleh Whatsapp saya Ansari 019-749 8210 atau klik SINI.

 

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Share This
× Berminat?