Ilmu pembahagian pusaka bukanlah sesuatu topik yang digemari oleh masyarakat. Masyarakat lebih suka untuk belajar tentang pelaburan bagi menggandakan wang yang ada. Namun yang sering kita terlepas pandang ialah pewarisan itu merupakan salah satu sumber kekayaan atau kewangan bagi para waris. Ini hanyalah dapat berlaku jika urusan pusaka itu ditadbir dengan betul yang membolehkan para waris menerima harta yang telah diwariskan.

Harta beku yang kini menjangkau RM70 bilion adalah testimoni betapa banyaknya harta pusaka yang tidak dapat diturunmilik kepada waris. Sumber kekayaan itu tergantung begitu sahaja; tiada pembahagian mahupun transaksi jualan yang dapat dibuat kerana pusaka arwah gagal diuruskan dengan sempurna.

Kematian berlapis, perebutan harta pusaka, waris tamak dan jahil tentang ilmu pewarisan dan prosedur untuk mentadbir pusaka, tiada kerjasama dan muafakat, suka bertangguh dan kurang mengambil berat, serta kecewa dengan layanan yang dianggap kurang adil. Ini adalah antara punca pembahagian pusaka tidak disegerakan.

1) Tanah Kubur Masih Merah

tanah kubur

Salah faham waris ialah tidak wajar membahagikan harta pusaka terlalu awal. Arwah baru meninggal dunia dan selesai dikebumikan. Apabila salah seorang waris membuka topik perbincangan untuk menyegerakan pembahagian pusaka, dia berisiko dipandang serong oleh waris-waris yang lain – dituduh tidak beradab, tamak harta, tidak menghormati si mati dan sebagainya.

Kerana bimbang dituduh sedemikian dan demi menjaga hubungan kekeluargaan, waris itu berasa lebih ‘selamat’ jika hasrat itu disimpan sahaja di hati. Biar orang lain yang bersuara.

Mungkin juga setelah masa berlalu, emosi sedih sudah beransur reda, maka barulah dirasakan sesuai untuk mula berbincang.

Persoalannya, bilakah masa yang sesuai untuk berbincang tentang pusaka?

Masa yang paling sesuai ialah sesegera yang boleh, idealnya setelah urusan pengkebumian selesai. Ya, semasa tanah kubur masih merah. Kebarangkalian sangat tinggi untuk semua waris yang terlibat berkumpul di satu tempat, maka lebih mudah perbincangan dibuat.

2) Terlalu Bersopan

Masyarakat Melayu terkenal dengan adab sopan dan menjaga hati. Namun, bukanlah ia sopan santun yang disaran sekiranya ia menjadi penghalang daripada kita mengikuti saranan syarak, iaitu agar pembahagian pusaka itu disegerakan. Tambah dosa lagi jika kita hanya bersopan di depan, tetapi mem’bawang’ dan mengumpat di belakang.

Perkataan benar itu perlu disampaikan walaupun ianya pahit untuk diterima.

Apabila waris bertindak di luar hukum syarak seperti mengambil hak pusaka waris lain, maka dia perlulah ditegur. Tegurlah secara berhikmah untuk menjaga hubungan baik. Namun sekiranya dia masih tegar, maka terserah kepada waris yang dizalimi sama ada untuk redha atau mempertahankan hak.

Tidak wajar kita mengherdiknya berkelakuan tidak sopan kepada abang sulung kerana adik itu menuntut hak Faraid yang telah termaktub.

3) Tidak Faham Implikasi Bertangguh

Waris tidak tahu implikasi menangguhkan pembahagian pusaka. Bagi waris yang sudah sedia tinggal di rumah pusaka yang ditinggalkan, mereka fikir tiada bezanya semasa arwah tiada dan masih hidup. Mereka masih boleh tinggal di situ seperti biasa.

rumah pusaka

Sekiranya waris lain redha, maka tiada isu untuk mereka terus menetap. Tetapi jika ada waris yang tidak bersetuju dan waris yang tinggal di rumah pusaka itu bertindak mengabaikan sahaja tuntutan, mereka sebenarnya telah mengambil hak waris lain secara batil.

Waris lain mempunyai hak ke atas rumah pusaka tersebut. Maka untuk terus tinggal secara sah, waris itu perlu mendapatkan keizinan sama ada dengan imbalan balasan atau tiada, bergantung kepada kemahuan waris yang lain..

Namun begitu, selagimana pusaka itu tidak diurus, maka hak milik rumah itu di sisi undang-undang masih berada di bawah nama arwah. Tiada transaksi ke atas rumah itu boleh dibuat. Dan sekiranya ada waris yang berhak meninggal sebelum diurus, maka bertambah kompleks lah urusan pusaka kerana bertambah lagi mereka yang berhak, iaitu waris kepada waris yang telah meninggal. Situasi ini dinamakan kematian berlapis.

4) Tidak Tahu Prosedur

Waris tidak tahu bagaimana hendak memulakan prosedur tuntutan pusaka, di mana ia hendak dilakukan dan kepada siapa hendak dirujuk. Kebiasaannya waris jarang nak ambil tahu prosedur ini sehinggalah apabila keadaan memaksa iaitu pada waktu berlakunya kematian. Banyak perkara yang perlu dihadam dan difaham.

Sesetengah maklumat dan prosedur memang boleh dicapai di hujung jari. Namun, jangan berasa terlalu yakin. Apabila nak dibuat secara praktikal, akan ada banyak isu baru yang timbul.

Para waris juga harus sepakat mempersetujui siapa dalam kalangan mereka yang hendak dipertanggungjawabkan untuk menjadi pentadbir. Pentadbir mestilah amanah dan dipercayai akan menjalankan tanggungjawab membahagikan pusaka, dan sanggup naik turun pejabat pusaka kecil atau mahkamah untuk menguruskan prosedur pusaka.

Proses tuntutan ini perlu dibuat berdasarkan prosedur yang telah ditetapkan. Sekiranya ada kesilapan dokumen yang digunakan, dokumen tidak lengkap, waris-waris tidak mengisi borang dengan betul dan pelbagai komplikasi lain yang berlaku, maka pentadbir harus mengulangi proses dan perlu menunggu tarikh baru untuk bicara pusaka.

5) Sikap Tidak Prihatin

Sesetengah waris enggan mengambil berat untuk menyelesaikan pengurusan pusaka arwah, khususnya apabila pusaka yang ditinggalkan kurang bernilai dan tidak memadai untuk bersusah payah diuruskan.

Dalam isu rumah atau tanah pusaka, para waris ada yang tidak terdesak untuk mengurusnya kerana ia tidak ke mana. Terutamanya apabila para waris tinggal berjauhan, maka jarak mudah digunakan sebagai alasan untuk tidak bekerjasama.

Anehnya, apabila pusaka telah selesai diuruskan, masing-masing tegar menuntut hak. Walaupun sebelum itu tiada yang mengendahkan untuk mengurus harta pusaka itu.

6) Pertelingkahan antara waris

Sekiranya anda bayangkan hanya waris yang memerlukan yang bertelingkah untuk mendapatkan hak pusaka, anda silap. Orang kaya juga turut sama berebut, kerana dikaburi oleh sikap tamak haloba dan kejahilan tentang pewarisan Islam.

kucing bergaduh

Harta boleh mengaburi mata, walau terhadap seorang yang alim sekalipun. Apabila waris-waris bertelingkah, urusan pusaka tergantung kerana masing-masing tidak dapat mencapai kata persetujuan dan kerjasama. Hubungan antara waris yang memang sedia keruh menyukarkan proses. Bukan sahaja harta pusaka tidak dapat diturun milik, malah hubungan kekeluargaan semakin parah.

Mungkin ada waris yang bertindak membolot harta pusaka dan menafikan hak waris tertentu.

7) Tidak puas hati dengan sikap arwah

keluarga bergaduh

Salah satu sebab lewatnya pusaka diselesaikan ialah kecewa dengan tindakan arwah. Si adik tidak berpuas hati dengan layanan arwah ayah yang selalu melebihkan abangnya. Ada juga waris yang tidak bersetuju dengan pembahagian harta berdasarkan hibah atau wasiat yang telah dibuat oleh arwah semasa hidupnya.

Perasaan kecil hati dan kecewa ini diluah dengan tidak memberikan perhatian sewajarnya dalam menyelesaikan harta pusaka itu.

Pusaka Bertangguh, Semua Pihak Rugi

Apabila pusaka tidak ditadbir segera, semua parti akan rugi. Pusaka itu tidak dapat dimanfaatkan, waris tidak dapat bahagian Faraid masing-masing, kerajaan juga tidak dapat mengenakan cukai sekiranya rumah pusaka itu dijual.

Masalah ini dapat dihindarkan sekiranya pemilik harta sedar dan mengambil langkah proaktif merancang pengurusan pusaka semasa masih hidup lagi. Pentadbir/Wasi telah dikenal pasti dan dilantik menerusi Dokumen Perlantikan Wasi. Urusan pentadbiran pusaka telah diamanahkan kepada syarikat amanah seperti Wasiyyah Shoppe samada bertindak membantu Wasi atau syarikat sendiri dilantik menjadi Wasi.

Plan pengurusan al-Wasitah, namanya. PM saya untuk detail selanjutnya.

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This