Membuat hibah adalah perbuatan kita menghadiahkan sesuatu aset atau harta yang dimiliki kepada seseorang semasa kita masih hidup. Pemberian itu dibuat kerana sayangkan penerima, dan tanpa mengharapkan balasan. Tidak dinafikan, kadangkala ada yang membuat hibah kerana mengharapkan sesuatu, tetapi itu topik yang lain. Dari aspek harta yang dihibah, harta itu mestilah milik kita sendiri, tidak berkongsi milik (sempurna milik), mahupun bukan harta milik orang lain.

Sama lah konsepnya seperti hadiah. Kita tidak boleh memberi harta orang lain sebagai hadiah kepada seseorang, walaupun perbuatan memberi itu perbuatan yang murni dan dianjurkan syarak. 

Harta yang ingin dihibah mestilah dimiliki sepenuhnya oleh pemberi hibah dari segi syariat dan mengikut tafsiran undang-undang

Pemilikan setiap harta yang berdaftar ada undang-undang tersendiri. Tidak boleh berdasarkan sangkaan individu, tujuan asalnya, atau niat yang tidak dizahirkan menerusi perjanjian hitam putih atau berlawanan dengan akta harta tersebut. Saya terangkan apa yang saya maksudkan dengan case study di bawah.

 

Harta Tumpang Atau Proksi

Baru-baru ini saya dihubungi oleh seorang prospek untuk mendapatkan nasihat dan pandangan. Actually, kisah inilah yang mencetuskan idea untuk saya berkongsi topik ini.

Alkisahnya, prospek ini memasukkan sebahagian gajinya dalam akaun isterinya. Beliau ‘hanya tumpang’ akaun isteri sahajatujuannya adalah untuk memudahkan isterinya yang tidak bekerja jika memerlukan wang.

Takdir menentukan, isterinya baru meninggal dunia. Wang yang ditumpangkan itu pula dituntut hak Faraid oleh keluarga isteri dan mereka ‘tidak mahu mengalah’

Walaupun beliau telah menjelaskan sumber wang itu semuanya datang daripada beliau kerana isterinya tidak bekerja, keluarga isteri masih tidak berganjak pendirian. Beliau buntu dan kesal.

Semasa meminta pandangan saya, beliau berterusan cuba meyakinkan saya bahawa beliau ada hak untuk menuntut kembali wang tersebut kerana ia hanya ditumpangkan untuk kegunaan isteri dan anak-anak sahaja. Bukan untuk diwariskan kepada waris Faraid isteri!

Namun begitu, apabila berbicara tentang harta pusaka, kita tidak boleh dikaburi dengan emosi. Ini adalah soal hukum Allah. Benar saya simpati kerana jumlah dalam akaun itu beratus ribu RM banyaknya. Bukan sedikit! 

Pentadbiran pusaka diurus mengikut nama pemilik akaun. Dari segi undang-undang, segala isi akaun itu milik isteri. Apabila isteri meninggal dunia, ianya menjadi pusaka isteri dan dibahagikan kepada waris Faraid isteri yang berhak.

Jika hendak dipertahankan juga ‘hak’nya, ruang mahkamah sentiasa terbuka. Tetapi jangan terlalu berharap, dan perlu bersedia untuk mengeluarkan kos perbicaraan yang tinggi.

Kes harta pusaka proksi juga lebih kurang sama. Harta didaftarkan di bawah nama orang lain, atas sebab dan kepentingan tertentu. Apabila ‘pemilik berdaftar’ itu meninggal dunia, sukar untuk membuktikan hak proksi tersebut. 

 

Pentingnya Buat Perancangan Harta Untuk Pewarisan

Kes yang saya kongsikan di atas menjadi contoh betapa pentingnya kita memahami bab pendaftaran harta. Niat untuk tumpangkan duit dalam akaun isteri ataupun proksi haruslah difahami implikasinya. Berat kesannya jika dipandang enteng.

Sekiranya anda nak ‘tumpang’ gaji ke dalam akaun isteri, pastikan pewarisan akaun itu dirancang juga. Isteri boleh mengeluarkan duit daripada akaun tersebut dengan bebas kerana akaun itu di bawah namanya. Jika telah merancang pewarisan, dalam situasi isteri pergi dahulu, akaun tersebut telahpun diwariskan kepada suami. Maka waris Faraid yang lain tidak boleh menuntut hak Faraid ke atas akaun itu.

Ada kaedah dan solusinya dari Wasiyyah Shoppe. Boleh hubungi saya di SINI.

Yang sudah berlaku biarlah ia berlalu, biarpun ianya perit. Prospek masih ada anak-anak. Jadikan kesilapan yang lalu sebagai pengajaran untuknya terus membuat perancangan pewarisan buat anak-anak.   

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This